Friday, January 12, 2018

LEHA WORLD, Paroi NS

Nama Leha sudah memang tidak asing lagi di persada antarabangsa. Sudah tersohor di seluruh dunia. 

World !!!

Tapi Leha yang mana satu ni?

Mari aku perkenalkan. Leha World !

Siap effek kepulan asap asap

Kebakaran kah?

No ! Kebakaran yang bakal menyedapkan selera anda....

Sebenarnya Leha World ni nama kedai makan !

Masa kat Seremban, member aku ajak lunch. So dia kata dengan sekuat hatinya.

"Jom kita gi makan. Aku bawak korang makan kat satu tempat ni. Nama dia LINA WORLD !!"

Konfiden !

Tapi masing masing tak tau jalan. Guna waze tak der !

Rupanya Leha bukan Lina !!

Kawasan hadapan restauran

Dan aku sendiri sebab jarang datang area Seremban ni kira pasrah je lah ikut mana orang bawak. Tempat makan ni letaknya di area Ampangan dekat dengan stadium Paroi. 

Sedang elok waktu lunch. Sampai, parking keta. Nak masuk restoran dia tu tiba tiba aku rasa macam nak pengsan.

Yes ! Aku over sikit ni sebab tetiba rasa macam di syorga.....

Sebelum tu usha setting dalam resto dia dulu.

Kedai bersih dan luas

Asalnya jual kat bawah pokok jer

Seating pun banyak dan mencukupi sesekali menampung pelanggan yang ramai time lunch hour

OK sambung bab nak pengsan tadi tu. Tau kenapa? Masuk restoran dia tu tengok lauk pauk......saujana mata memandang !

Fuh ! Korang kira berapa tray sekarang !!













Serious terpana kejap. Tak dapat ku bayangkan.....  * tarik Ella makan lauk lemak cili padi.

Ella rasa?

Banyak gila lauk. Dari lemak, gulai, kari, asam. Baik ikan, udang, sotong, ayam, daging. Sayur saja macam variasi stok tukang masak dia mesti macam memasak tak payah sukatan. Main campak campak je sebab dah biasa. Hahaha.

Belum kira sayur mayur kampung yang mentah lagi segar dengan segala jenis sos, budu, air asam. Imagine kol berapa dia orang prepare ni. 

Staff pun agak ramai lah.

Abang ni staff dia. Lambai tangan kat peminat Bang !

Ayam bakar

Ulam ulaman untuk di makan agar kelihatan sentiasa muda.

Tapi dah banyak sangat lauk. Nak pilih rambang mata. Tekak tetiba jem tak tau nak makan apa sebab mata dah di goda dengan aneka lauk dengan pelbagai warna dan rupa.

Makanan dia bagi aku kira OK lah.. Ambik situ sini sikit. Janji kenyang. Harga tak mahal. Kira berpatutan untuk makan lunch. 

Dan yang menariknya....

Minuman di kedai Kak Leha ni perchomah !!! Boleh refill ! Sapa nak bagi tu??? Air aneka jenis lak tu

Dan siap ada bubur kacang. Free ! Tapi jangan la ambik sampai membazir.

Mantap gak la tempat ni kalau nak datang makan. Kira aku awal sikit masa tu so orang kurang lagi. Tak pasti waktu puncak dia cemana. Maybe ramai la kot. Kalau tak sapa nak abiskan lauk pauk yang banyak tu?

Melihat lauk yang banyak tu satu pengalaman yang menarik bagi aku. So boleh datang dan hidu bau !

Ingat Leha bukan Lina. Kak Lina Pom Pom memang menarik gak, tapi Kak Leha Paroi ni memang WORLD !!!!!!!!!!!!!!

Baca ni :  Utusan : Kelebihan Restoran Leha World

 Leha World !

LEHA WORLD NASI CAMPUR
389, Persiaran Rajawali,
Taman Paroi Jaya,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan

Di buka 10.30 pagi sehingga 3.30 petang
(tutup hari minggu)


Semoga terus maju jaya Kak Leha... nama mu bergema seluruh dunia dan moga moga hingga ke Selatan Pluto !

18 comments :

  1. Eh pesal org nogori xtau kodai ni. Xleh jd ni leha. Hahaha alaaa awat tutup weekend...cesss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org nogori suka gi makan kat over the sea............. hep hep

      Delete
  2. perghh..banyaknya..

    kt tmn melati, ada Leha Kelfood (kelantan food)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak.. koma jap tgk makanan..

      leha kelfood belum world lagi.. masih dlm jajahan tu..

      Delete
  3. Hoh, kecur tengok masak lomak cili api...masakan nogori memang torbaek !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip.... kau pernah dengar perkataan 'obersity'?

      sila tanam rasa takut bila melihat banyak banyak lauk sebegitu

      Delete
  4. Mau kena pergi tetiap hari ni nak rasa semua lauk.

    Tapi bila lauk byk cenggini otak jem nak pilih pastu mesti pilih ayan goreng dgn sayur je heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. takut buntu nak pilih lauk. berdiri kat situ... sampai abis lunch hour.

      balik dengan keadaan lapar. trauma tengok ribuan tray di susun rapi

      Delete
  5. Kul 1.42 pagi...tengah tahan suhu sejuk Malaysia 22 darjah sekarang, tetiba terbukak entri Bang Meng yang ni...tengok lauk yg byk belaka + nampak sedap pulak tu...terus perut berbunyi tetengah malam T_T terbaek entri ni Bang Meng...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabahlah... demi kelangsingan diri.
      jgn muda tergoda. itu semua donia..........

      * tambah nasi lagi 3 senduk

      Delete
  6. banyaknya lauk...bubur kacang tu mcm.sedap je..
    nk kena try ni..tapi bila dh banyak sangat mesti tak tau nk makan yg mana satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey la free.. cukup sekadar utk cuci cuci mulut...

      Delete
  7. bole tak dtg nk mkn bubur free je hahahah...matilah kena halau dgn kak leha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. nampak kak leha tu mcm garang je.... kang saja kena suara halilintar...

      Delete
  8. fuh, mau seharian klu nak try semua lauk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...