Wednesday, January 10, 2018

DC Mall, Damansara City

Banyak betul shopping mall baru muncul sekarang ni. 

Masalahnya pertambahan pusat beli belah ni tak seiring dengan pertambahan gaji aku ! And atas sebab itu lah aku tak berapa keep track mall mall baru yang muncul macam cendawan tumbuh ni. Sebab tu jugak lah, aku kurang tau sangat.

Tapi ada mall baru ni, aku pernah baca signboard bila lalu kat area Bukit Damansara tak de lah teringin nak pegi.

* Shima mana Shima?

Tapi masa stayed kat Sofitel KL tu, dah dekat, aku gi lah usharina. 

Area Damansara City yang di bangunkan oleh Hong Leong Group yang melenyapkan PBD yang cukup gah satu ketika dulu.

Pusat komersial baru yang di buka untuk cater orang orang yang kerja area tu.

Nampak besar dan macam gah

Di kelilingi pejabat pejabat dan hotel bertaraf 5 bintang

Urban mall cater medium and up market for customers in nearby office

Menara Millenium. Sapa keje sini sila lambai lambaikan bulu ketiak bongsu !

Somehow aku suka jugak design dia

Big staircase terus ke tingkat atas yang mana ada banyak cafe dan restaurants

The roof

Modern art

View from upper level

Asyik asyik gambar bumbung ni keluar

Sebenarnya tak banyak info yang aku dapat korek dari internet. Maybe sebab mall still baru dan dari pengamatan aku, orang ramai time siang je. Maybe from nearby offices. After 6 pm dah senyap sunyi. Ada lah few bars and cafe open till night but that all about it.

Usha dalam.

Concierge

High roof... Tak rasa lemas

Maybe tak banyak lagi kedai dah buka waktu sekarang ni

Atas macam meriah sikit

Inside shopping area belah ground floor

Tak sure kedai apa yang menarik

Ada few restaurants yang beroperasi

Erawan for thai lover

Ni satu lagi.. Aku usha menu dia harga mahal gila makanan dia.

Belah bawah ada cafe with live band

Usha kat area bawah

Jumpa la kedai bukak time malam

Sempat la aku dinner satu group kat sini

Tu je lah yang menarik dengan DC Mall ni. Rasanya kedai paling laku kat sini adalah MyNews.. Yang lain lain tu tahap roh berterbangan dah nak lari.

Maybe sebab baru kot. Tapi tak nampak ada anchor / big names atau cinema atau pasaraya besar bertapak lagi.


Apa apa pun Happy Deepavali

Semoga terus maju jaya DC Mall.

Jangan nanti rosak macam tu je sebab tak menjadi tarikan umum. Lagi lagi tapak PBD tu akan naik another Premium Lifestyle Mall - Pavilion Damansara Heights.

5 comments :

  1. Dulu masa MRT berhenti last kat PBD, naik feeder bus selalu lalu depan mall ni. tapi tak pernah rasa nak masuk sebab nampak sendu hahah.

    tengok macam banak kedai untuk orang have haveeee je meng! -khai http://kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak have have sgt. cuma resto dan bar tu je utk golongan bangsar-di-awan je aci lepak... pulak tak sesuai dgn kita yang suci murni ni...

      kedai kat mall biasa biasa je tenants dia.

      Delete
  2. Aisey.. bekas ofis kita (PBD) dah jadi Mall sekarang! Kena pegi lawat ni, nak tengok workstation kita dulu dah jadi kedai apa sekarang. Harap jangan jadi toilet kat mall ni dah la! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. toilet dia toilet designer tak pe...
      cuba la jejak kasih dgn mangkuk jamban lama dulu.. kot2 masih ada di situ... jadi bahan muzium hahaa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...