Thursday, June 1, 2017

Jejak Bumi Parsi : 01 - KLIA to Tehran

Hello ! Hello !

Beratur semua satu barisan panjang nak check jari. Sapa jari mongel dan montok sila ke belakang.. Yang jari runcing dan slim sila ke depan dan boleh stay sama sama.

Walaupun jari aku sekarang masih berstatus obesity lagi........Aku yakin selepas selesai menaip entry Iran ni jari kita akan sekufu !

* rendam jari dalam slimming tea untuk kesan lebih berganda

Aku sebenarnya excited nak updates pasal trip ke Iran ni. Tapi tu la. Di sebalik excitement yang ada, perasan malas itu selalu berbondong bondong tiba membuatkan semuanya tergendala.

Slow slow kayuh.

Bendera Iran !

Highlight pasal trip ke Iran ni dah muncul dulu di sini : Highlight - Iran

Bajet dan Itinerary pun dah aku siapkan di entries entries ni....


So rasanya kalau sesapa nak ke sana, semua info di atas dah memadai. Maka nya entries entries yang bakal muncul ini adalah merapek meraban dan photo sharing yang boleh aku kongsi untuk mendekati negara Iran yang selalunya di associatekan dengan something something yang tak mengujakan untuk orang lawati. 

Tapi percayalah, kesimpulan awal yang boleh aku kongsi, setelah mengenali dengan lebih dekat.... pastinya hati akan tertawan dengan negara Iran yang turut terkenal sebagai bumi Parsi ini.

Apa yang penting............. jangan berhenti meneroka dunia !...... Pasti kan ketemu jawapannya.......... Pergi dan rasai sendiri. 

Mukadimah pasal trip ke Iran ni aku dah cerita dah. So sebelum kita pegi ke details trip ni, ayuh ambil tau beberapa fakta menarik mengenai negara Iran yang mungkin tidak di ketahui ramai.

Iran terletak di Timur Tengah dan Central Eurasia, Iran merupakan negara dengan budaya seni dan sains yang kekal berkembang bukan saja di tanairnya sendiri malah mempengaruhi negara-negara di luar tujuh lautan. Negara yang memainkan peranan penting dalam membawa Zaman Emas Islam ini mempunyai budaya yang dicontohi oleh banyak negara hari ini. 

Secara geografinya, keseluruhan kawasan Iran adalah bergunung-ganang, dipenuhi dengan rizab minyak yang mencukupi dan menjadi antara liga utama kuasa-kuasa besar minyak dunia. 

Diisytiharkan sebagai Republik Islam selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, majoriti rakyat di negara ini adalah dari golongan Syiah. Akhir-akhir ini, kerana cita-cita politik pemimpinnya, Iran telah terpalit kebencian daripada masyarakat antarabangsa. Tetapi sebenarnya, Iran adalah sebuah negara yang memiliki rakyat yang sangat merendah diri.

Senibina bangunan di Iran

Fakta negara Iran
  • Bandar Terbesar: Tehran
  • Bahasa Rasmi: Persian
  • Agama: Islam
  • Republic: 24 Oktober 1979
  • Keluasan . 1.648.195 km persegi
  • Penduduk: 78 juta
  • Mata wang: Rial (IRR)

Menarik Dan Fun Fakta Mengenai Iran

01 - Perkataan Iran telah diperolehi daripada istilah Proto-Iran Aryana, yang bermaksud "Tanah orang Aryan".
02 - Nama rasmi Iran adalah 'Republik Islam Iran'.
03 - Ibu negara Iran Tehran yang merupakan bandar terbesar ke-19 di dunia.
04 - Iran juga anggota pengasas PBB, NAM, OIC, dan OPEC.
05 - Mt. Damavand, puncak tertinggi Iran, terletak di Mountains Alborz yang berada pada 4,667 m.
06 - Permaidani dari Iran menyumbang sebagai eksport kedua terbesar. Ini permaidani terkenal di seluruh dunia untuk reka bentuk halus dan berkualiti.
07 - Iran juga mempunyai beberapa kaviar atau telur ikan terbaik di dunia, makanan istimewa mewah yang terdiri dari bukan disenyawakan, masin, dan diproses.
08 - Iran mempunyai banyak haiwan terancam seperti buaya, Asiatic Cheetah, dan Caspian Horse.
09 - Terdapat juga harimau Iran tetapi mereka telah diburu sehingga pupus 50 tahun lalu.
10 - Bahasa Parsi masih dituturkan di negara-negara seperti Afghanistan dan Tajikistan. Bahasa ini juga kekal bahasa mahkamah rasmi India selama 200 tahun.

Senibina Iran

11 - Isteri Alexander Roxanne adalah warga Iran; dia dipanggil sebagai Roshanak dalam Persian.
12 - Sehingga tahun 1935, Iran dikenali sebagai Parsi tetapi hari ini kedua-dua nama-nama yang digunakan silih berganti.
13 - Iran berkedudukan ketujuh di kalangan negara-negara di dunia, dari segi jumlah Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
14 - Iran di barisan kedua di dunia untuk rizab gas asli dan telah menduduki tempat ketiga rizab minyak,
15 - Iran bersempadan dengan sepuluh buah negara iaitu, Armenia, Azerbaijan, Turkmenistan, Afghanistan, Pakistan, Oman, United Arab Emirates, Kuwait, Iraq, dan Turki.
16 - Majoriti daripada penduduk Iran adalah Syiah.
17 - Pistachios dipanggil sebagai 'kacang tersenyum' di Iran kerana separuh pembukaan.
18 - Buah delima berasal dari Parsi (Iran) dan banyak di tanam dan di jual di sekitar negara ini.
19 - Walaupun dikaitkan kebanyakannya dengan Islam, Iran adalah tempat kelahiran Siyyid Ali-Muhammad, salah seorang pengasas agama Baha'i.
20 - Ralph Waldo Emerson dan Wolfgang Von Goethe adalah antara penyair Barat yang terkenal dipengaruhi oleh penyair Parsi.

Binaan lama yang masih kekal di Iran

21- Dengan sejarah dan penyelesaian bandar yang bermula sejak seawal 4000 BC, Iran adalah salah satu daripada tamadun utama tertua berterusan di dunia.
22 - Iran adalah perintis dalam memanfaatkan tenaga angin dan kincir angin yang pertama telah diwujudkan di sini dalam abad ke-9. Iran membina kincir angin yang diketahui terawal yang menyerupai roda dayung besar.
23 - Islam Zaman Emas mencapai kemuncaknya pada abad ke-10 dan ke-11, di mana Persia adalah hab utama aktiviti saintifik.
24 - Internet di kalangan belia Iran telah menjadi amat popular seperti hari ini Iran adalah negara keempat terbesar di dunia dari segi blogger. Dengan lebih daripada 700,000 blog Persian, kebanyakannya berpangkalan di Iran, bahasa Parsi berada di kedudukan sebagai bahasa kedua yang paling popular di seluruh blogosphere.
25 - Iran adalah 2 terbesar pengeksport minyak OPEC.
26 - Dengan rizab gas asli dan minyak yang besar, Iran berada pada kedudukan ketiga untuk membangunkan teknologi Gas-to-Liquid.
27 - Dari segi Purchasing Power, ekonomi Iran adalah ke-18 terbesar di dunia.
28 - Lebih daripada dua pertiga daripada penduduk Iran adalah di bawah umur 30.
29 - Dengan lebih ramai orang menyertai kursus-kursus universiti, kadar celik huruf di Iran berjumlah 82%.
30 - Laporan daya saing global pangkat Iran ke-69 daripada 139 negara.

Salah sebuah masjid di Yazd

Dah la kan? Macam dah banyak sangat je. Kalau nak tau lebih lanjut tentang fakta Iran, boleh google je.

Now.........................

Jom flash back and meniti detik detik awal sewaktu permulaan aku memulakan trip ke Iran ni.

cue lagu....



Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya….

Lagu di tujukan pada OR sebab dia merajuk !

* hulur bunga tahik ayam 3 kuntum untuk cubaan membeli jiwa

Hahaha. Aku lupa nak bagitau dia in advance pasal trip ni. Dah seminggu teringat tu baru aku bagitau dia. Dia OK je sebenarnya sebab dah tak leh nak buat apa kan?

Hahahaha....

So dia balik kampung bawak diri dengan budak budak !... * merajuklertukan

Jadi aku terbiar sendirian sehari sebelum nak pegi. Jadi sapa nak hantar aku ke epot !!!

Tepukan gemuruh untuk kawan kawan yang sentiasa ada dan bersedia untuk hantar aku ke airport ...

* chicken dance.

IH dengan BW datang ambik aku dan hantar aku ke airport KLIA 2

Sampai airport agak petang. Flight aku petang ala ala ke maghrib jugak. Dia orang park kereta dan hantar aku sampai ke dalam terminal. Sempat kami lepak borak borak sambil makan di Kenny Rogers.

Then ke bangunan terminal untuk sedia berlepas

Beg aku mrmang lite gila so tak de nak hantar luggage pun.  

Dah check in terus ke satellite building untuk penerbangan segera

Jauh la nak menapak ke terminal sana

Sempat beli rokok dulu. Iran bagi pelepasan duty free rokok sebanyak 20 packs. Tapi kalau tak bawak rokok pun jangan risau sebab kat Iran rokok murah. Cuma tak jumpa la Dunhill ..... !

Time tu jugak aku rasa macam ada tak kena jer. Aku memang jarang travel pakai belt sebab tau hassle nak bukak belt bila pemeriksaan. Tapi masa kat airport tu seluar aku pakai tu macam melondeh jer.

Apakah aku sudah kurus???????

Soalan yang berlegar legar di fikiran.... 

Tapi sebenarnya tidak ! Sebenarnya aku pakai seluar jeans yang agak longgar yang dah lama tak pakai. Tu yang melorot je seluar tu. Kalau tonggeng mesti nampak spentot.

Jadi bagi mengelakkan masalaah malasah lain atau di keji oleh orang atau kelihatan buruk sebab asyik angkat seluar sendiri maka aku sempat beli belt di KLIA2 tu !

Pejam mata beli belt di sini....

Mahal sikit la tapi bila pakai terus rasa selesa sikit ! Fuh. Selesai satu masalah.

Masuk gate berlepas dan menunggu....

Masa kat gate ni nampak ramai orang asing. Tapi ada juga sorang dua Melayu yang aku perasan sama sama menunggu flite ke Tehran ni. Aku yakin dia orang dalam flight yang sama. Tapi sebab aku malas nak bersuai kenal so aku ambik port tepi je lah. Tapi sebelum tu sempat gi surau untuk solat dulu.

Kapal terbang dah ready. Kami di panggil boarding. Seat aku beli so memang cantik tak de orang kat sebelah. Boleh kuak lentang untuk sepanjang 8 jam perjalanan nanti.

Baca baca magazine Air Asia jap

Dan pesawat mula beredar meninggalkan bangunan terminal menuju ke landasan. Hujan mula turun petang tu 

Dalam flite tu crew memang ada nampak rupa Iranian.... Excited nak tengok awek awek Parsi dalam flite. Crew dia tu pun comey jugak la....

Bye bye Malaysia............... nanti aku pulang !

Sepanjang penerbangan di penuhi dengan aktiviti menidurkan diri sendiri. Tak berapa menjadi. So aku layan perasaan sendiri.

Sewaktu flite mula stabil diruang angkasa, hidangan pertama mula di hidangkan. Aku memang tak ambik makanan dalam flight ni so aku buat tak tau je lah. So crew tolak cart dari satu row sampai lah ke row aku dan tetiba 2 orang mamat Melayu tanya.

"Boarding Pass Encik"
"No.. saya tak order in flight meals"
"Tak apa Encik.. flight ni memang kami bagi free meal"
"Apa????????????????????? Free food?"

Jeng Jeng Jeng........................

Baik hati la Air Asia X ni bagi penumpang free meals. Patut la aku macam tengok semua orang dapat makanan !

Pucuk di cita ulam mendatang.

"Nah !"

Hulur boarding pass dengan mata berbunga......

Meals pertama. Chicken Kebab namanya... tapi ada nasi dan ayam.

Cukup set dengan air. Kalau tak dapat air mau tercekik pulak aku makan nasi tak de kuah ni. Makanan adalah TAK SEDAP ! Huhuhuhu. Kering je.

So actually, selepas aku riki riki, kenapa dia orang bagi free meals dalam flight ni adalah sebab nak menunjukkan Iranian Hospitality. Memang masa persetujuan di buat oleh pihak AAX dengan kerajaan Iran, makanan dalam flight shud be provided by airlines FOC. Tapi.. kalau korang beli makanan dalam flite yang macam biasa biasa tu pun ada je. Nanti dia hidang yang tu lah. Tak dapat la general meals - chic kebab ni !

Apa apa pun orang bagi free so syukur.............. !

* sambung pakai serban.

Abis makan, sambung cuba cubaan meniduri diri yang susah nak lena ni...............

Memang tak boleh nak lena. Tidur tidur ayam je. Tengah melayan perasaan tu tetiba lampu dalam pesawat di buka dan dia orang hidang pulak meals ke 2. Yang ni makan pizza jer. Orang bagi, makan je lah. Jangan banyak complain.

Tak lama lepas tu pilot bagi isyarat, pesawat dah nak mendarat di bumi Tehran.......

Akhirnya pesawat berjaya mendarat di Tehran Imam Khomeini International Airport

8 jam perjalanan tapi aku sampai lebih kurang jam 12 tengah malam waktu tempatan.

Tak tau apa nak expect. Excited dan cuak pun ada.... Tapi dah berjaya sampai ni at least aku happy sebab Iran memang destinasi yang aku memang nak sangat sangat sampai. Dan kini... Alhamdulillah !

Aku berjaya berpijak di bumi Parsi !

Keluar dari pesawat, semua penumpang masuk ke bangunan terminal dan berjalan mengikut laluan.

Aku memang tau, rakyat Malaysia tak payah buat Visa untuk ke Iran ni tapi aku memang nak buat insurance walaupun tak diwajibkan sebab Insurance yang aku ada tak valid digunapakai di negara Parsi ni. So aku follow je sampai nampak tempat orang buat visa dan insurance. Masa tu ramai yang dah terus beratur di kaunter immigration untuk chop passport keluar. 

Dekat kaunter insurance tu aku bagitau nak buat insurance. Mamat kat kaunter tu mintak passport dan uruskan. Time tu ramai jugak yang beratur nak buat insurance dan lepas tu buat Visa.

Dia prepare insurance aku.

Harga insurance sepanjang di Iran USD 16

Dah siap tu aku bagi dia USD 20. Dan dan je dia bagi aku bakl USD 3. tak cukup 1 USD.

"No need Visa"

Cuba cuba berbaik dan bagi info kat aku padahal dah paw aku 1 USD ! Malas nak kisah, aku blah je lah dan bergerak ke kaunter immigration. Urusan chop passport pantas je ......

So officially..... welcome to Tehran Meng. Welcome to Iran !!!!! * percikan bunga kobis

Eh ! Jangan ingat tak de orang nak sambut aku.. Ada !!!

Sebelum aku berlepas ke Iran ni. Walaupun aku tak de itinerary khusus mana nak pegi dan ke mana, tapi aku memang booking penginapan malam pertama di Tehran malam ni. Bagi aku ni elok jugak daripada aku hilang punca dan tak tau nak tuju ke mana. 

Dan hostel yang aku booking tu memang di Bandar Tehran dan agak jauh dari airport ni, so mamat hostel tu dah suggest airport pick up untuk aku. Dan 2 hari sebelum fly, dia emailed bagiatu ada sorang perempuan ni datang dari Malaysia dan menginap di hostel yang sama dan dia tanya nak share taxi dengan aku. Aku cakap OK je !

So aku expect minah ni dan mamat teksi tu lah yang akan tunggu aku.... 

Dan keluar dari balai ketibaan memang ada yang menunggu. Siap bawak kertas besar besar nama aku.

Tapi sangkaan aku agak meleset sikit. Ingatkan 2 orang, rupanya ada 3 orang. Selain dari minah tu ada sorang mamat lagi. Aku jumpa dia orang jap then aku suruh dia orang tunggu sebab aku nak naik ke atas. Dia orang macam pening pening lalat je... Akur tanda setuju dan aku terus hilang meluru ke atas....

Tujuan aku... tukar duit dulu...

Memang aku tak de duit Rial. So aku memang nak tukar kat airport. So aku pegi tukar dulu. Rate dia standard lah so aku tukar siap siap untuk bekalan bayar teksi nanti.

Money exchange kat airport tu ada di balai perlepasan di tingkat atas.

Selesai tu aku turun bawah semula dan mendapatkan mereka.

"Abang pegi mana?"

Minah Melayu tu tanya.

"Tukar duit"
"Alah. Kenapa tak cakap"
"Laaaa Mana nak tau"

Hahahaha... Tu la aku nonong nonong je tak bagitau tadi. Kesian dia orang. Tapi tak pe lah. Dia orang kata esok nak tukar kat city jer. Dan kami berkenalan... sorang drebar teksi tak reti cakap English. Minah bernama Kim Kardarshian dan sorang Pemuda berspek mata.

Berkenalan serba ringkas dan kami bergerak ke kereta. Teksi macam nak roboh !

Tapi teksi tu la yang membawa kami ke kota Tehran dalam sejuk beku cuaca tengah malam. Dingin di luar terasa menusuk ke tubuh. Perjalanan hampir sejam akhirnya membawa kami ke hostel penginapan. 

Seriously hostel tu macam celah bangunan ntah ke mana mana. Kalau nak cari sendiri belum tentu aku jumpa !

Sampai kami di sambut dengan pekerja hostel yang siap sedia menunggu. Ada drama sikit masa nak bayar teksi tu. Dalam email kata USD 20, so aku expect 3 orang kami share lah bagi bagi... tapi mamat tu keji mintak sorang USD 15 !

Ah ! Awal awal dah rasa tak best. Macam kena tipu je..... tapi apa kan daya. Sabar je lah. Janji dah sampai lokasi untuk menginap malam ni.

Aku booking dorm memula, pastu tengok bilik ada 2 orang tengah lena berdengkur, tak jadi nak join. Ada bilik single aku opted untuk lena malam tu.

Harga USD30 per nite. Lena sampai ke pagi.

Berjaya jugak aku menidurkan diri. Esok nak bangun pagi pagi dan merancang aktiviti.......... !

Masih tak dapat gambaran Tehran sebenarnya tapi aku bersedia untuk sebarang kemungkinan yang ada.

bersambung.................

10 comments :

  1. yess..entry yang dinantikan..syukurlah kerana abang meng tak cuti update entry di bulan ramadhon ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mcm nak cuti tapi tak jadi. kira on call la ni.

      :-)

      Delete
  2. Ishh, kata bulan pose xder entry... Kan dah bnyk nk kena khatam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... laju skit la kejar !! bulan puasa jangan tak bermaya karin pulak...

      hari tu janji nak berehat tapi terajin lak nak abiskan iran nih

      Delete
  3. Alamak..lama tak singgah sini dah ketinggalan entry iran..huhu. Baca sambil makan kuih raya lar gamaknya ni hahaha. Selamat Hari Raya Meng :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya.. ketinggalan ketapi jap kau neh... tak pe. slow slow kayuh

      Delete
  4. Bang Meng.Bole bagi emel hostel tu?Booking thru email je ke?nk prepare utk travel bln 3 nnt.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama lagi tu.. ada masa utk cari hostel yang much better.. try survey dulu cari yang location better lagi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...