Monday, January 30, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 18 | Day 07 : Arrowtown - Glenorchy

Agak pening pening lalat ikut laluan yang macam ular kena palu berzig zag dari atas sampai ke bawah. Lagi haru sebab terpaksa follow lori bawak tahi ! Nasib tak jadi apa apa, kalau meletop ke tangki tu, haruslah kami busuk setahun.

Jalan turun ikut laluan Crown Range Road tu memang agak sasau tapi sebaik saja sampai ke bahagian terakhir, maka akan nampaklah terbentang indah kawasan Arrowtown Valley dan a spectacular view of The Remarkables.

Arrowtown Valley

The Remarkables di kejauhan

Dah turun ke part terakhir laluan jalan berliku. Nampak tak lori tahik kat depan tu?

Lepas pada turun kawasan tu kami tiba di persimpangan Arrow Junction. Nampak sign dan masing masing bertanyakan soalan yang sama.

"Nak pegi Arrowtown ke tak?"

Memang Arrowtown ni jadi destinasi konon jadi singgah tapi tak masuk dalam itinerary sebab takut tak de masa. Tapi alang alang dah sampai kat sini, tengok jarak pun cuma 8 KM je dari simpang tu maka kami sebulat suara bersepakat...

"Okey Uols.. Let's gone.................... !!"

* nampak cikgu Grammar kejar dengan penyapu sebab suka suka cipta ayat sendiri.

Jalan menuju ke Arrowtown.

Sebenarnya kami di serang sedikit rasa bingung sebab tak tau nak tuju ke mana. Nampak macam ada signboard ke Arrowtown tapi bila lalu rasa macam sunyi sepi je tempat ni.

Adakah kami kesesatan?

Oh tidak sebenarnya. Kami berada di jalan yang betul !

Cuma belum sampai di tempat yang sepatutnya jer.

Arrowtown ni merupakan sebuah pekan lama yang dahulunya sangat terkenal kerana hasil emas yang di raih di kawasan sini. Tapi sekarang pekan ini hanya menjadi sebuah sejarah dan segala bentuk bangunan dan keadaan di pekan ini masih di kekalkan sama seperti sewaktu kemegahan Arrowtown ni sendiri.  

Pekan Arrowtown dengan 2 batang jalan utama dan bangunan bangunan lama yang masih dipelihara

Arrowtown is a living historic settlement with many stories to tell. Wander the tree-lined streets of restored cottages and explore gold mining sites.

Arrowtown is a historic gold mining town in the Otago region of the South Island of New Zealand. Arrowtown is located on the banks of the Arrow River approximately 7.5 km from State Highway 6. There is also road access directly to Queenstown via the Shotover Gorge and a third route via the picturesque Lake Hayes.

Map pekan Arrowtown sebagai panduan

One of the most picturesque settlements in New Zealand, Arrowtown sits alongside the gold-bearing Arrow River. The town was established in 1862, during the height of the Otago gold rush. The settlement grew quickly as pioneers constructed cottages, shops, hotels and churches, more than 60 of which can still be seen today.

A special highlight is the Chinese settlement at the edge of the river. Built by Chinese miners from 1868, this area of restored shelters and buildings paints a picture of earlier times.

The Lakes District Museum in Buckingham Street has been described as one of New Zealand's best small museums. A variety of entertaining exhibits presents an authentic picture of early Maori life in the Southern Lakes district, the harsh pioneering days and the exciting gold rush era of the mid to late 1800s.

The gold days are long over (although you can still pan for gold in the river with some success), so Arrowtown's focus is on hosting visitors. Play a round at the challenging local golf course or take a 4WD journey to Macetown, a ghost town accessible only by wagon track.

In April and May Arrowtown ignites with colour as deciduous trees prepare for winter. A festival is held in the last week of April to celebrate the town's seasonal beauty and glittering history.

Arrowtown has a range of cafes, restaurants and appealing shops.

Approx. population 2200, information centre, fuel.

Kami park kereta dan jalan kaki sekitar Historic Avenue yang tak busy mana ni. Antara bangunan bangunan lama yang masih boleh di lihat di sini termasuk lah.

Pejabat pos

Lake District Museum & Gallery

The Lakes District Museum & Gallery is a great place to start any trip to Arrowtown, offering a geological and social history of the area, including some great photographs and model recreations of when it was a gold mining town.

Kedai kedai dan cafes

The Gold Nugget

Gallery

Kedai jual pakaian dan cenderamata. Jangan cuba-cuba nak ambik gambar dalam kedai ok. BW dah kena marah tokei kedai.

Bangunan lama dan unik

Pejabat pos

Post Masters

Library

Kami tak spend lama pun kat Arrowtown ni. Just singgah ambik ambik gambar dan jalan seround kat pekan ni. Macam tak de apa sangat pun. Nak recommend pun tak sure. Ikut interest masing masing lah. 

Tapi kalau ada banyak masa boleh lah beraktiviti macam camping ke atau gi trekking kat laluan laluan di kawasan sekitar ni.

Kalau ada masa boleh singgah jugak di Lake Hayes berdekatan dengan Arrowtown ni. Lawa jugak area tasik tu.

Agak agak dah abis spend masa kat Arrowtown ni dan sempat kencing kat toilet awam kat situ, kami bergerak menuju ke Glenorchy. Destinasi yang sepatutnya kami tujui hari ini.

Perjalanan dari Arrowtown menuju ke Glenorchy. Lebih kurang 20 KM perjalanan kami memasuki kawasan bandar Queenstown

Memang laluan dari Arrowtown ke Glenorchy akan merentas masuk pekan Queenstown dulu

Dah alang alang sampai Queenstown, sembah ratu dulu ! Kang Queen marah karang kena daulat.

Dah masuk kawasan Queenstown. Lalu je kami tak singgah sebab malam petang nanti kami akan patah balik dari Glenorchy ke sini dan bermalam di Queenstown malam ni.

Nampak cuaca macam cun pulak hari tu. 

Dan ramalan kaji cuaca meramalkan esoknya cuaca bakal mendung di Queenstown ni. Jadi sebagai langkah awal agar dapat ambik gambar dengan cuaca terang dan langit membiru macam ni, jadi kami singgah tepi Lake Wakatipu masa jalan ke Glenorchy tu.

Singgah kejap snappy snappy !

Lake Wakatipu dan The Remarkables

Lake Wakatipu dan bandar Queenstown di kejauhan

Lake Wakatipu yang cantik dan tenang. Sungguh tak tipu !

Perjalanan di teruskan lagi menuju ke Glenorchy.

Jarak perjalanan dari Queenstown ke sana kira kira 46 KM dan memakan masa sekitar 1 jam jugak sebab laluan yang berliku liku.

Laluan ke Glenorchy ini dibangunkan betul betul di tepi dan sepanjang pinggir Lake Wakatipu dari Queenstown. Jalan memang kena hati hati tapi view sepanjang jalan memang superb. Di laluan ni jugak lah port terbaik kalau nak tengok sunset di Queenstown over Lake Wakatipu ni sebab kalau dari pekan Queenstown tu sendiri, sunset memang tak nampak sebab dilindungi gunung ganang.

View Lake Wakatipu di laluan Queenstown - Glenorchy Road. Kawasan pergunungan di kanan dan tasik di kiri jalan

Ralit ralit layan view sepanjang perjalanan, akhirnya kami nampak signboard Glenorchy. Maksudnya kami dah pun sampai !!

Ya beda bedu................... !

Welcome to Glenorchy !

Sumpah ! Sebelum aku sampai ke sini, aku sendiri tak pernah dengar nama Glenorchy ni. Glen penyanyi tu adalah.

Tapi since IH dah masukkan dalam itinerary jadi aku ikut je lah. Aku anggap tempat ni memang ada tarikannya nanti.

Glenorchy ni nak kata pekan tak jugak. Used to be pekan yang mati tapi kini dikenali dengan nama 'Gateway to Paradise' kerana menjadi laluan untuk ke Routeburn Track dan ke arah South West New Zealand World Heritage Area. 

Tapi disebabkan pemandangan yang indah di sekitar Glenorchy ni, telah menjadi tarikan ramai pelancong untuk datang ke sini untuk menikmati ketenangan dan keindahan kawasan di penghujung Lake Wakatipu ini.

 
Sampai sampai je kami cari parking tepi tasik, Di kawasan ni lah ada kedai kedai, cafe dan rumah persinggahan untuk kemudahan orang yang datang.


Glenorchy Jetty yang menjadi mercu tanda di sini.


Satu lagi landmark. Glenorchy historic boat shed.

Glenorchy is a sleepy little town in New Zealand near Queenstown and just down the street from Paradise on Lake Wakatipu.

Glenorchy is a gob-smacking 45 minute scenic drive from Queenstown. The drive is renowned as one of the top 8 scenic drives in the world. The township of Glenorchy sits on the shores of Lake Wakatipu and is known as the ‘Gateway to Paradise’. Not only is it close to Paradise itself, Glenorchy is the jumping off point for the Routeburn Track, one of the top 10 classic hikes in the world.

‘Do the Dart’ with Dart River Jetboat safaris, take a flight to Milford Sound (just 12 minutes by air), take a horse trek along the river or just walk or drive in New Zealands natural Paradise.

Glenorchy township is the heart of the head of the Lake. This small town has a few cafes and shops, a small general store, a true country pub and accommodation from campsites and backpackers through to the luxury of award winning Blanket Bay Lodge.

Staying in Glenorchy is a must for those who want to immerse themselves in some of New Zealand's best scenery. Glenorchy is a sought after location for the film industry with recent shoots such as The Chronicles of Narnia, X Men Origins: Wolverine and the LOTR trilogy.

Glenorchy jetty

Kalau di Lake Wanaka kelmarin, ada Lone tree of  Wanaka dan di Glenorchy ni pun tidak kurang hebatnya jugak. 

Ada jugak pokok willow tumbuh di permukaan Lake Wakatipu. Dan pokok ini dikenali dengan nama The Willow Trees Of Glenorchy. 

Tada..... ! Bukan satu.

Bukan empat !

Tapi semuanya ada 7 batang pokok yang sejajar di atas permukaan Lake Wakatipu ni. Serious tak tipu !

Dan inilah tarikan utama kenapa kami datang ke Glenorchy ni.

Tapi cuaca petang tu agak silau so nak ambik gambar willow tree ni agak terganggu sebab pencahayaan yang tak berapa cun.

Jadi gambar tak berapa lawa. Biasanya orang ambik time sunset atau time misty misty kat kawasan ni baru nampak gambar mantap dan padu.

Usha area lain di sekitar kawasan Glenorchy ni.

Lake Wakatipu

Nak ambik gambar pokok ni pun ada cabarannya. Walaupun hari tu tak de ramai orang kat area ni, tapi ada 2 orang amoi bergambar sakan sampai kita orang terpaksa tunggu turn.

Dan aksi dia orang memang jahanam semuanya. Segala bentuk akrobatik dia nak cuba. Terkangkang-kangkang.

Kesian kawan dia. Lepas ambik gambar dia check. Tak puas hati. Ambik lagi. Pose yang sama. Tak puas hati lagi. Snap lagi. Tapi tak per. Bagi peluang dia orang pose pose vain dulu kat situ, kita gi usha kat jetty dulu.

Kawasan Glenorchy dari arah jetty

Jetty dan Lake Wakatipu

Pemandangan dari atas jetty

Lake Wakatipu

Dah abis amoi amoi tu blah dari situ then baru lah giliran kami pulak.

Ke tepi ! ke tepi ! Artis antarabangsa nak start berpoyo-sing ni.

Masa tu macam ada dua tiga puak orang baru sampai. Dengan rakus, kami cop dulu port untuk snappy di situ sebab kalau tak terpaksa tunggu giliran lain lagi nanti.

A row of Willow Trees at Glenorchy

Baru dapat port nak shooting

Walaupun sebenarnya gambar tak de lah cun mana pun. Gebang je lebih. Salahkan cahaya la apa lah... Hahaha

Dah ! Dah ! Dah !

Abis dah ! Bagi giliran orang lain pulak nak ambik gambar.

Makanya, masa untuk bergerak. Kami cadang nak makan bekalan yang ada untuk lunch sebab belum makan lagi ni. Cari port kat area tepi Lake Wakatipu dekat area jetty tu tapi macam banyak pulak anjing berkeliran.

Sudahnya start kereta dan kami cari port lain jauh sikit dari kawasan jetty tu. Nak cari tempat yang agak privacy la kiranya. Abis si Sepiah kami kerah meredah semak samun dan belukar.

Jeng jeng jeng... Jumpa dah. So kawasan ni memang kami yang punya !

Port yang cantik sebab dekat dengan air boleh basuh pinggan lepas makan.

Cepat Doremon.... keluarkan semua bekalan makanan yang kita ada !

Nom Nom Nom. Makan sampai kenyang. Abis juga.

Sebenarnya cuaca time tu sejuk gila kat luar ni. Lagi lagi angin tepi tasik tu. Dan sesekali awan mendung macam hujan nak turun. Nasib baik tak lama lepas tu kembali cerah dan langit membiru semula.

Sebab port tu memang lawa, jadi kami ambik peluang solat di kawasan yang sama.

Selesai solat, perut dah kenyang. Masa untuk bergerak balik ke Queenstown.

Jalan yang sama masa kami datang tadi. Glenorchy - Queenstown Road

View memang memukau pandangan mata

Some part tu Lake Wakatipu cukup tenang sampai terbias gunung ganang. Macam mirror lake pulak.

Awan UFO

Sebab hari macam masih awal lagi so kami tak de lah rushing nak cepat cepat balik ke Queenstown. Dan kami rancang kalau masa masih awal nanti sempat lah pegi jalan jalan dulu kat area Queenstown nanti. 

So aktiviti menyinggah di perjalanan tetap berlaku. Sebab view sangat padu so kami cari port paling menarik untuk berhenti.

Scenic view

Sempat aku riki riki kat google, katanya dekat area KM 25 memang look out point untuk ambik gambar di sini. Kalau sunset memang cun la dari sini. Tapi kawasan KM 25 tu tak de tempat berhenti, so kena pandai pandai cari tempat nak park kereta tepi jalan dan kami menapak naik atas bukit kat spot corner KM 25 tu.

Kena menapak mendaki sikit

Penanda aras KM 25

Ada sedikit info pasal Lake Wakatipu dan segala gunung ganang yang ada di balik pemandangannya.

Dab macam biasa, kebetulan kat situ ada puak puak rombongan geng geng Chinese Mainland agaknya. So dia orang nak bergambar ramai ramai, terpaksa lah aku jadi photographer tak berbayar.

Sebenarnya aku tak puas hati ambik gambar dia orang tu sebab mengadap cahaya so muka masing masing jadi gelap;. Tapi dah dia orang insist nak duduk tepi jalan tu jugak. 

Zass !

Padan muka la masing masing tengok muka mereka semua dah bertukar menjadi orang minyak. Gelap dan tak nampak batang hidung. Hahahaha.

Apa apa pun Glenorchy adalah lawa dan wajib pergi !

Last shot Lake Wakatipu ke arah Glenorchy.

Kalau aku dah booked Wanaka sebagai favourite place aku di NZ ni, IH pulak memilih Glenorchy sebagai tempat favourite dia. BW? Dia belum buat pilihan !

Terima kasih Glenorchy sebab bagi kami peluang menatap keindahan mu............... Sangat sesuai lah dengan jolokan namanya 'A gateway to paradise'

Hati kami pun rasa berbunga bunga penuh keriangan !



There was a time
I was everything and nothing all in one
When you found me
I was feeling like a cloud across the sun

I need to tell you
How you light up every second of the day
But in the moonlight
You just shine like a beacon on the bay

And I can't explain
But it's something about the way you look tonight
Takes my breath away
It's that feeling I get about you, deep inside
And I can't describe
But it's something about the way you look tonight
Takes my breath away
The way you look tonight

With a smile
You pull the deepest secrets from my heart
In all honesty
I'm speechless and I don't know where to start

Tiba masanya untuk bergerak kembali ke Tanah Ratu. 

bersambung..................

8 comments :

  1. Apa??? Artis antarabangsa jadi jurufoto???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann? memalukan jer.... nasib takde reporter lalu lalang. kalau tak boleh viral

      Delete
  2. Replies
    1. siapa? aku?

      welll...... pegi SPA 3 kali seminggu.. jaga kuku jaga apa segala... mesti la cantik.

      eh ke bukan aku?

      Delete
  3. tatau nak komen apa tah... terima kasih en supermeng belanja kami dgn cerita pengembaraan jeng jeng jeng yg menakjubkan... nanti nak tiruuuu insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama.

      terima kasih jugak sebab sudi baca dan tinggalkan komen.

      Delete
  4. follow blog ni dah lama...haha slow2 baca ikut setiap negara..lama nak khatam ni hehe...serius NZ cantik gilerrr...terima kasih belanja gambar cantik2 dan cun ..teruskan menulis..memamg best..rasa macam join sekali setiap trip yg en supermeng pegi hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...