Saturday, October 1, 2016

Jom Makan : House of Chicken Rice, Kg Pandan KL

Jangan tanya cemana aku buleh sesat sampai ke Kg Pandan.

Orang kata,

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Kampung Pandan jarang di jengah
Sebab tak tau apa yang ada !

Dulu pernah la pegi sebab rumah Pakcik aku kat situ. Now dia dah pindah so tak de la aku terjah lagi melawat kawasan Kg Pandan ni.

Sebenarnya ada kerja buat tu yang aku terpelanting sampai ke sana. Ada urusan kejap, so lepas abis kerja kerja tu terasa nak makan.

Dan jumpa pilihan utama.

Gua rock beb... kena la makan kat kedai Mat Rock !

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit.

Memula memang nak makan kat situ tapi penuh pulak. Lagipun tak de meja yang boleh hisap rokok. Apa la Mat Rock ni.... tak rock la kalau tak leh hisap rokok !!!

Jadi...

Aku berpaling tadah ke kedai sebelah....

Asal nampak je jadi sebulat suara dengan member opis, ayuh terjah. Houe of Chicken Rice, Kg Pandan.

Nama kedai. Letaknya selang beberapa buah dari kedai Mat Rock tadi. Row yang sama dengan Petronas Kg Pandan.

Boleh pilih duduk di luar

Atau di dalam

Duk kat luar la buleh hisap rokok. Tapi cuaca panas sungguh !

Kedai dia kecik je. Kalau tengahari masak jugak nak dapat seat kosong. Abis abis pun kena lah menunggu.

Sebab tengok orang ramai tu la aku assume macam sedap jer. So berpisah kasih dengan Mat Rock terus datang makan sini.

Konsep kedai ni... duduk.. nanti waiter datang untuk order.

Tengok menu dulu.

Ada ala carte jugak combo mombo

Pilih la ikut selera tekak

Dah order tu duduk la menunggu.

Aku konon ambik 2 set combo untuk 2 orang. Tapi banyak pulak pantang larang. Member aku nak BBQ Chicken dia kata tak leh pulak dengan combo tu.

Sudahnya dia ambik single set dan aku ambik combo.

Air sampai dulu. Sejukkan tekak

Ni BBQ Chicken Rice

Ni aku punya. Roasted Chicken Rice

Di datangkan dengan sup kosong

Ni taugeh datang lambat. Aku punya nasi dah abis baru terhegeh hegeh tiba. Dia lupa aku ambik combo set.... sudahnya... terbiar sepi...

Tak di lupa... sambal cili untuk menambahkan keenakkan.

Dah makan kena la bagi verdict !

Okey. Aku tak abis makan. Sebab bagi aku nasi ayam dia tak de la umpph mana. Rupa pun biasa biasa je. Harga standard chicken rice lah.. 2 orang makan tak de la sampai RM 20.

Nak repeat tak mau lah.

House of Chicken Rice, Kg Pandan  
Jalan Kampung Pandan
Kuala Lumpur

Kalau terdampar tetiba kat area ni lagi, aku akur untuk mencuba Ayam Goreng Kunyit, Mat Rock ! Sapa dah cuba? Fenomena tak ayam kunyit Mat Rock ni?

"Matt..... ayam kasik lebey.... kunyit kurengggg"

* tarik key lagu rock sambil gongong ayam kunyit.



Kau genggam perasaan ku
Bila kau hampir kepadaku
Kemarau di dalam dada
Basah bagaikan disirami

Bayangmu sekilas datang
Mengangguku dalam lena
Sulitnya memikirkan perasaan
Ini datang...

Kau bawa
Fenomena...
Di jiwa
Fenomena...
Kau cipta
Fenomena...
Indah amat mengasyikkan

8 comments :

  1. Ish.. nok makang ke nok ngisap ni. Kang kene tulah mat rock doh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan comes with rokok... lepas makan kena berasap. baru la complete satu meal ! hahahah

      Delete
    2. Parop. Dessert ko guano? Hahah

      Delete
    3. dessert tu always.. kdg kdg jadi appetizer jugop

      Delete
  2. ayam goreng kunyit mmg popular sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... simple je bunyi nya..tapi sebab murah kot. so jadi tarikan ramai

      Delete
  3. Nostalgia !!!! I di besarkan di sini ... dulu kami duduk sini dari ianya setinggan hingga lah menjadi Desa Pandan gitu ... ooooo nostalgia sungguh !!!

    My adik beradik masih ada lagi yang duduk di sana !!!

    Tapi ... hahahahhaa tak pernah lak gi makan kat sana !!! Hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kalau kampung sndiri tak de la nak gi makan kat kedai kan? mesti balik makan kat rumah.

      kg pandan pesat membangun... maju bersama kuala lumpur...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...