Thursday, May 5, 2016

Jom Makan : Sen of Thai, Uptown Damansara

Ayuh pantas terjah dan makan makan !

Aku dengan OR je keluar dinner sebab ada urusan di area Uptown Damansara. Mencari tempat makan sambil riki riki kawasan sekitar.

Ternampak resto ni, macam baru buka. Hari tu ada dua tiga kali lalu dah nak usha, tapi kali ni pastikan jaya !!!!

Sen of Thai nama di beri

Menghidangkan makanan Thai.

Nak try makan masakan Siam.

Masa kami sampai macam tak de orang, macam sendu sendu jer. So maybe cepat la kot sebab tak ramai customer. Elok jugak tu, tak perlu berlama lama buang masa menunggu makanan tiba.

Masuk dan kami di beri tempat duduk.

Usha dulu kawasan dalam resto ni !

Setting yang agak cozy

Tempat duduk yang agak mencukupi

Pilih la mana nak lepak. Tapi tak de smoking area.

Seating yang agak comfortable

Sebab tak de orang, cepatnya kami di entertain.

Duduk dan di beri buku menu. Masing masing pilih apa nak di makan.

Sen of Thai. Menu book

Ada Lunch menu. Tapi time tu dinner. Dia kata masih boleh order set ni cuma tak de set lah ( tak de free drink etc)

Aku order yang dalam buku menu.

"You want this? They are the same"

Dia tunjuk dekat Lunch Set punya menu. Memang benda yang sama tapi....

"Yes but this one is cheaper !"
"Oh yeah"

Hah... Lain la kalau set tu ada free drink? Mahal 2 ringgit pun, duit tau. Tak cukup 2 ringgit tak leh gi Haji !

Menunggu tak lama dah makanan dihidangkan.

Air sampai dulu. Iced Lemon Tea for both of us

Air masak tidak di lupa

Makanan pun tiba. OR order Green Curry Chicken with Rice

Green Curry yang tak berapa nak green mana

Aku order Pineapple Fried Rice

Sekali lagi buat kemunculan

Di datangkan dengan sambal belacan

Verdict on main menu dulu.

Overall makanan biasa biasa je more kepada tak sedap !

Tak kena dengan selera kami. Green Curry Chicken tak berapa green curry. Color dan presentation pun nampak tak berapa menyelerakan. Bila rasa pun biasa biasa jer. Ingredient macam kureng dari green curry yang biass aku rasa. Overall menu yang agak fail di sini.

Pineapple fried rice tu better sikit la walaupun tak lah sedap mana. Boleh la makan kalau betul betul kelaparan. 

End up.

Makan pun tak abis

Last sekali kami settled with desserts. 

Chocolate Bananana Cake.

Cake dia OK. Not bad

Free coffee with every cake purchased !

Black coffee. We both agreed, coffee dia sedap ! Or maybe because it was FOC !

Aneka cakes yang ada

Overall, not really recommended. But tak tau la kot ada makanan lain yang sedap yang kami tak rasa. Tapi based on meals yang kami order macam kureng je.

Tapi kedai cantik. Bersih dan selesa. Ambience OK lah. Parking payah sikit kalau time siang kat area Uptown tu. Service memang bagus. Maybe sebab tak de orang so dia orang very attentive.

Tapi kalau attentive sangat macam serabut je pulak.

Asal air kosong kurang sikit je waiter datang top up.

Abis letak sudu je terus datang bagi tooth pick. Ingat gigi aku jem ka?? But really something la sampai aku terkejut dia nak bersilat ke apa.

Rupanya siap patahkan tooth pick tu tepi meja.

Resto pork free. Price wise acceptable lagi. Semua tu dalam RM 64 for both. 

Nak repeat.. rasanya not for me lah !

Korang boleh gi try cuba sendiri.





SEN OF THAI
52, Ground Floor,
Jalan SS21/58,
Damansara Uptown, Damansara Utama,
47400
Petaling Jaya,
Tel: 03- 7732 3939
11 am - 10 pm.

Facebook : Sen of Thai, Damansara Uptown

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...