Tuesday, May 26, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 15 - Mirissa to Unawatuna Beach

Sampai kat chalet penginapan aku lepak lepak jap. Try browse thru agoda untuk cari penginapan malam ni. 

Masih tak de bilik ni, mana aku nak tidur?

Godek punya godek, last sekali aku decided nak tidur di Colombo je, Jadi aku kena pastikan aku sampai ke Colombo malam ni jugak ! Tak kisah la pukul berapa pun. Esok senang sikit aku nak cari pengangkutan ke airport.

Lepak lepak kat chalet fikir macam masih ada masa sejam lagi sebelum check out. Aku fikir aku nak gi pantai jap usha Mirissa Beach buat kali terakhir sebelum aku blah !

Mirissa Beach. Ni hujung belah penginapan aku.

Ada jetski

Ada yang dah bersantai

Sebab waktu tengahari orang agak kurang. Tenang sikit pantai ni

Tujuan aku nak ke pulau kecik tu sekali lagi

Kali ni air surut tak payah nak harung air macam semalam

Di atas pulau berlatarkan Mirissa Beach. Lepak kejap

Usha kiri kanan

Oh lupa nak cerita. Ombak yang menghempas ke batu ni agak boleh tahan ganas. 

Semalam waktu aku lepak kat sini time senja. Ada couple sibuk dok selfie selfie atas batu. Tetiba ombak kuat terjatuh dia orang. Dan paling sadis aku dengar handphone dia orang tercampak jatuh celah celah batu.

Tak tau la apa cerita. Arwah terus la phone tu kot.

So agak kena hati hati jugak di batu batu ni terutama kaki kaki selfie.

Pantai Mirissa. Patah balik ke chalet. Dah tak de banyak masa. Jalan laju laju. Cuaca pun panas

Salah satu chalet tepi pantai ni. Memang tak banyak chalet mengadap laut di Mirissa Beach ni.

Sampai di bilik aku sempat mandi dan bersiap siap then tepat jam 12 tengahari aku check out terus. Kali ni dah check siap siap pastikan tak de spentot ikut aku berjalan.

Plan aku nak naik bas ke Unawatuna Beach. Lepak lepak lebih kurang je kat sana then aku akan terus ke Galle sebelum aku ke Colombo !

Harap tak de halangan !

Berjalan keluar ke jalan besar

Sampai kat luar jalan, elok je aku sampai ada bas lalu.

Aku tahan. 

"Unawatuna?"
"No !"

Alamak ! Malu. Salah bas. Konfiden dah ada tadi.

Pastu nampak bas lain pulak, aku tahan sekali lagi dan bas berhenti.

"Unawatuna?"
"Yes"

Haaaa. Jangan risau di Sri Lanka ni bas banyak !!! Cuma tu la kalau nasib tak baik memang kena berdiri. Dan nasib aku baik kali ni, naik je terus dapat seat. Depan sekali. Tu pun sebab aku letak beg aku sebelah drebar.

Perjalanan dari Mirissa ke Unawatuna tak jauh mana. Lebih kurang 20 kilometer je. Tambang bas 60 Rupee. Aku duduk depan dengan sorang minah salleh dari France. Dia nak balik ke Galle. Dia buat day trip je ke Mirissa Beach ni.

Borak borak dengan dia then ada nenek Salleh sebelah sana menyampuk. Nenek tu dari Colorado. So lagi rancak la aku berborak dengan dia. Siap nenek tu ambik gambar wefie aku dengan dia. Nak tunjuk kat sapa ntah?

Tu pun drebar bas yang bagitau dah sampai. Aku turun je tepi jalan dan dengan beg yang besar dan agak berat jugak, aku terjah ke pantai Unawatuna Beach.

Nampak kedai jual pisang. Pisang raja udang kah ni?

Nenas

Unawatuna Beach ni letak dia agak jauh dari jalan besar. Kena menapak dekat 1 kilometer masuk ke dalam ke arah pantai baru jumpa pantai.

Dan macam di Mirissa jugak, kebanyakkan penginapan tidak terletak di tepi pantai jadi sepanjang jalan tu ada banyak resto, kedai kedai runcit, kedai cenderamata dan juga penginapan.

FM Sri Lanka

Kat sini la aku usha ada jumpa FM. Fikir fikir memula malas nak beli, tapi mamat tu cakap seketul cuma 50 Rupee. Murah lah tu lebih kurang RM1.50. Boleh la aku borong.

Tapi aku fikir nak beli masa on the way balik je nanti sebab aku akan lalu jalan yang sama.

Jalan lebih kurang ratusan meter then aku sampai ke pantai Unawatuna.

Unawatuna Beach

Masa sampai di Unawatuna Beach ni aku agak terkejut. Terkejut sebab pantai dia macam ntah hapa hapa je. 

Kalau Mirissa Beach tu aku rasa tak lawa mana pantai dia, Unawatuna ni lagi teruk. Pantai dia kecik je, orang agak ramai cuma ombak dia tak kuat mana. Tenang dan sesuai untuk orang mandi manda !

Tapi ada je la yang berjemur jemuran

Bersantai santaian

Pantai dia lebih pendek dari Mirissa

Dan kat hujungnya ada kuil dan binaan atas bukit

Unawatuna Beach ni lebih ramai golongan mat salleh tua tua jer bersantai

Kakak jual kain. Abis satu pantai dia tebar kain dia. Kesian tak de orang nak beli jugak

Misi aku di Unawatuna Beach ni selain daripada nak ambik ambik gambar, lepak lepak kejap then aku cuma nak cari port nak makan !

Lapar lah hari ni satu hari tak makan. Ramping tak nya jugak jugak. Chalet aku tu tak de sediakan breakfast pun. 

Jadi aku usha resto resto tepi pantai ni dan cari mana yang sesuai nak makan.

Jumpa satu port kedai makan ni. Aku lepak sini jer

Kedai agak cozy. Yang penting ada wifi...

Nama resto

Belek belek

Last sekali settle down dengan nasi goreng udang jugak. Tapi yang ni sedap sikit la pada yang semalam. Aku siap suruh dia buat pedas sikit.. tapi tetap tak rasa pedas !

Cuaca cuaca panas ni dapat lime juice sambil bersantai tepi pantai adalah sangat indah !

Makan dan lepak lepak. Tak de orang lain pun, aku je so aku mendapat layanan yang baik dari pekerja restoran ni. 

Lepas makan aku siap tinggalkan beg aku kejap dan pegi ke hujung pantai nak usha usha. Tapi tak de menarik mana. Memang tak menarik la Unawatuna Beach ni kecuali kalau sesapa nak pegi diving atau snorkeling boleh la jadikan Unawatuna sebagai base point. Ada banyak diving dan snorkeling trip kat sini.

Kuil di hujung pantai. Ada tangga untuk panjat ke atas tapi aku malas nak daki. Ada pantai belah sana lagi satu nama dia Jungle Beach, tapi aku malas nak usha jugak. Panas !

Lepak lebih kurang kat Unawatuna ni then aku rasa time untuk bergerak.

Kalau nak compare Unawatuna dengan Mirissa, aku rasa Mirissa memang pilihan yang lebih baik untuk di lawati.



Memanglah di antara kita tiada yang sempurna
Namun bagiku di antara semua kaulah sinarnya
Memang hanya Tuhan tahu segala
Takdir dan ketentuan terus menyala

Kasih kau tak mengerti
Diri ini lebih baik darinya yang kau inginkan
Aku janji

Hidup ini hanya sekali
Jadikanlah aku ini cinta yang paling sejati
Hingga akhir

Pernahkah kau terbayang aku dan kamu
Menempuhi segalanya bersama tanpa rasa jemu
Bila kau terjatuh ku kan menyambut
Cinta yang terutuh kita bina

Kasih kau tak mengerti
Diri ini lebih baik darinya yang kau inginkan
Aku janji

Wahai kasih kau tak mengerti
Diri ini lebih baik darinya yang kau inginkan
Aku janji
Hidup ini hanya sekali
Jadikanlah aku ini cinta yang paling sejati
Sehingga akhir nanti

Cinta yang
Cinta yang paling sejati

Cinta yang
Cinta yang paling sejati
Paling sejati

Aku chow dari sini dan berjalan keluar jalan besar tadi. Sambil sambil tu usha jugak tuk tuk sebab Unawatuna dengan Galle ni dah tak jauh, so kalau tak naik bus pun naik tuk tuk still affordable.

Ada resto nama No Name

Berjalan dengan beg yang agak berat jugak la. Jauh jugak nak keluar semula. Sambil sambil tu tanya tuk tuk yang bersepah sepah tepi tepi jalan.

"Galle?"
"OK sir"
"How much?"
"500 Rupee"
"No way !"
"How much you want Sir?"
"200 Rupee"
"No way !"

Alamak ! Terkono balik den !

Tak pe lah aku redha naik bas je lah.

bersambung.................

18 comments :

  1. Alamak. Macam tu je ke rupa unawatuna tu. Kalau aku dah guling protes atas pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woaa 1st to komen dpt hadiah fm sri lanka idak??? Huhiii

      Delete
    2. malangnya........................ aku pun tak beli fm sri lanka !

      Delete
    3. aku pun rasa unawatuna agak mengecewakan sebab baca blog ramai yang ke unawatuna ni instead of mirissa.. but then again.. tak ralat la aku pegi mirissa..

      Delete
  2. Sepesen jer fm dia orang ni.
    Yg kat epot pun.. mcm ni jugak.. tapi lagi murah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mcm tak berapa menarik. mcm tangkap muat je. pastu banyak lak yang gambar binatang2 ni...

      Delete
  3. 40 rupee ke 60 rupee yg betol meng...konpius hakuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. hentikan kekompiuskan kau tu.
      aku silap..

      dah betulkan dah

      Delete
  4. Hahahahahaa ... hari nih baru nak singgah ... baca yg last dulu kemudian akan mneyusul satu satu ... tak sabar nak tau kisah spentot !!!

    Anyway, sebut makcik dari Colorado ... terus teringat kat mak mak angkat waktu belajar sana dulu !!! Ntah ada ntah tidak lagi dia orang semua ....

    Nasi Goreng Udang? Rest Thai ker? Sri Lanka nyer makanan lebih kurang India gak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ghaz... Canadan dgn US tu tak jauh lagi.. pegi pegi lah melawat sambil berjalan2..

      kalau dah balik malaysia jauh la nak pegi balik dah...

      Makanan di Sri Lanka yes lebih kurang India tapi ada jugak feel feel masak thai. tapi rasanya memang jauh laa....

      Delete
  5. Colorado??? School of Mines??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SM ... you dulu kat Mines jugak ker?

      Delete
    2. Ghaz... u colorado school of mines ke?

      * mati la berbalas balas tembakan

      Delete
    3. Hahahahahhahahahaa ....

      Meng ...

      Yup ... 85-88 dulu .... mungkin waktu tuh you masih menyusu kot !!!

      Hahahahahahhahaha

      Delete
    4. eh no.. masa tu I dah mula mula mengorat dan main mata....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...