Wednesday, December 17, 2014

Jejak Myanmar - 13 - Bagan : Bagan - Ayeyarwady River

Cuaca panas gila. Kalau boleh nak duduk tempat beraircond jer. Tapi tak der. Lagipun selaku lelaki berdarah kacukan yang tak berapa terdedah dengan sinaran sang suria terik seperti ni, cuaca panas sebegini boleh menyebabkan kulit menjadi rentung dan kering. Rona rona kulit wajah akan mudah menjadi tidak sekata di bawah mata, leher dan lengan. Malah, kekeringan kulit akan juga mengakibatkan kerosakkan sel dan menyebabkan munculnya kerepot, penebalan kulit, dan tanda-tanda penuaan lainnya.

* statement mintak pelempang

Sebab cuaca panas sangat dan aku tak tau nak menyinggah ke mana, aku just bawak basikal tu dan pegi ke sungai.

Bukan aku nak gi terjun sungai.. tapi nak tengok tengok jer.

Tu pun sebab aku nampak dalam map, sungai macam dah tak jauh.

Memang tak jauh pun.

Ayeyarwady River

Sebaik je sampai di tebing sungai, tetiba ada sorang pakcik ni tegur.

"Boat?"

Aku sengeh je lah. Memula aku memang macam tak berapa nak melayan peminat peminat ni, tapi dia macam tak blah blah. Dia offer aku naik bot menyusuri Ayeyarwady River tu. Dia kata boleh nampak temples dan pagodas dari tengah sungai.

"How much?"

Aku tanya.

"USD 20 for 1 hour"
"No.. expensive"
"You get one boat"
"I dont need one boat"

Aku gerak lari lari cuba cuba gi ambik gambar lagi.

Ada hotel di tepi sungai ni

Boat boat besar

"Hello. Sir. USD 10?"
"Nevermind"
"How much you want?"

Suka la tanya soalan macam tu. Soalan perangkap. Masalahnya aku pun tak tau berapa nak kena bayar. Tak de pun itinerary aku nak naik naik bot ni.

"USD 5?"

Aku menchoba.

"More. More.. USD 8?"
"USD 7?"

Hahaha. Aku bangang gak la melayan. Bukan apa, sebab cuaca pun panas, aku pun tak de arah tuju. Kalau dapat duduk dalam bot tu melayan angin sepoi sepoi bahasa Myanmar pun menarik juga.

"OK Sir. Come"
"USD 7?"
"OK. OK"

Aku pun tak tau mahal ke murah. Tapi considering aku sorang sorang dapat naik bot, dalam cuaca panas macam ni, belasah je lah !

Dia bawa aku naik bot.

Ini ferry dari Yangon dan Mandalay. Makan berhari hari jugak la nak sampai ke Bagan. Pakcik tu kata mahal kalau naik ni

Aku lepak je atas bot.. pakcik tu kat belakang

Bot bergerak perlahan meninggalkan kawasan jetty tadi ke tengah sungai. Sebab engine bot bising dan aku pun tak dengar apa nak borak borak dengan pakcik tu jadi aku melayan perasaan dan pakcik tu pun menjalankan tugasnya dengan girang.

Girang sebab dia bakal dapat duit dari aku !

Dari jauh sudah mula kelihatan pagoda dan temples di sekitar Bagan dan Ayeyarwady River.

Yuna teman abang Meng meh... !



Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah..

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Agak bosan. Aku cuma melayan perasaan. dan berlindung dari panas.

Perahu di seberang. Macam ada penempatan di belah sana juga

Pagoda dan temples di Bagan

Antara yang kelihatan

Nampak jugak la temples yang besar besar dan tinggi. Kalau yang renek renek tu terlindung dek pokok je lah.

Dia bawah aku ke seberang Ayeyarwady River tu dan lepas tu pusing balik. Lama jugak lah. Lebih pada 30 minit aku duduk atas bot tu. 

Ruin temples di tebing sungai

Menyusuri Sungai Irrawandy

The Irrawaddy River or Ayeyarwady River (also spelt Ayeyarwaddy) is a river that flows from north to south through Myanmar (formerly Burma). It is the country's largest river and most important commercial waterway. 

Originating from the confluence of the N'mai and Mali rivers, it flows relatively straight North-South before emptying through the Irrawaddy Delta into the Andaman Sea. Its drainage area of about 255,081 km² covers a large part of Burma. After Rudyard Kipling's poem, it is sometimes referred to as 'The Road to Mandalay'.

Perahu nelayan

Tempat bayar masuk ke Bagan untuk pelancong yang datang dengan bot

Orang orang kampung berkumpul

Lepas abis naik bot tu dan ambik gambar di kawasan tebing Ayeyarwady River tu aku pun start e bike dah blah.

Nak kata worth it nak belayar tu ke tidak.. hmm rasanya terserah la kot. Macam aku ni sebab tak de benda nak buat dan duduk dalam bot tu agak kurang panas kalau di bandingkan nak kena cari tempat berteduh yang lain, jadi aku rasa OK jer.

Mungkin kalau naik ramai ramai seronok jugak la.

Dari tebing sungai ni aku berpatah balik semula ke kuil kuil tadi yang aku cuma ambik gambar dari jauh je tapi belum sempat nak masuk.

Jadi, ayuh kita masuk dan terjah pagoda pagoda yang ada ni.

Antara binaan temple yang ada di Bagan

Aku panjat salah satu temple yang besar di Bagan ni untuk melihat keindahan panorama

Haaaaa. Nampak dah Yang besar sana nuh Ananda Pagoda yang aku pegi sebelum ni

Itu pun boleh tahan besar. Nama nya Thatbyinnyu Temple 

Thatbyinnyu Temple is a famous temple located in Bagan (formerly Pagan), built in the mid-12th century during the reign of King Alaungsithu. It is adjacent to Ananda Temple. Thatbyinnyu Temple is shaped like a cross, but is not symmetrical. The temple has two primary storeys, with the seated Buddha image located on the second storey.

Dhammayangyi Temple

Dhammayangyi Temple  is a Buddhist temple located in Bagan, Myanmar. Largest of all the temples in Bagan, the Dhammayan as it is popularly known was built during the reign of King Narathu (1167-1170). Narathu, who came to the throne by assassinating his father Alaungsithu and his elder brother, presumably built this largest temple to atone for his sins. 

The Dhammayangyi is the widest temple in Bagan, and is built in a plan similar to that of Ananda Temple.  Burmese Chronicles state that while the construction of the temple was in the process, the king was assassinated by some Indians and thus the temple was not completed. Sinhalese sources however indicate that the king was killed by Sinhalese invaders.

The temple's interior is bricked up for unknown reasons, thus only the four porches and the outer corridors are accessible

Sudut lain Thatbyinnyu Temple 

Ananda Temple

Temple temple lain. Tak semua temple temple ni boleh di daki. Kalau ada pun kena hati hati sebab binaan yang tak kukuh. Sebaiknya, kalau nak tengok panorama, pilih temple yang besar besar dan yang sememangnya boleh di panjat

Tapi panjat bukan sebarang panjat. Sebab selipar tidak di benarkan di pakai untuk masuk dan naik ke temple temple ni, so kalau cuaca panas.. memang panas tapak kaki !!! Terpaksa la menari shuffle sorang sorang diri.

Tapi kalau nak layan view, memang menarik !!

Aku agak puas hati sebab dah nampak apa yang ada di Bagan ni dengan mata dan kepala sendiri.

Now.. hari masih siang, nak ke mana lagi?????

bersambung.......

14 comments :

  1. The clouds look like cotton on canvas..

    ReplyDelete
  2. Landskap tample....kira kerjaya sebg tok sami mmg dialu-alukan di sini kalau setiap temple itu masih diguna pkai.

    ReplyDelete
  3. statement first tue dh mcm skrip iklan skin care jer bang..hahaha

    Byk betul temple kt bagan eh..tetiba imagine camne rupa tmpt ni masa zaman gemilang dorang..hmmm

    ReplyDelete
  4. demi kecantikkan ko lain kali sapu sunblock bebanyak krim anti penuaan sekali hokeh baru ko nampak mulus sentiasa

    boat tu macam boat penambang memori sangat

    ferry yangon mandalay tu macam rumah

    Meng temple tu semua memang dalam kawasan macam tu ke tak nampak orang pun

    ReplyDelete
  5. kalau naik boat time sunset baru ada feeling sikit kot..

    *naik boat waktu tengahari datang jugak feels, feeling jadi pandalela rinong.. rasa nak terjun sungai aje..hehehe

    ReplyDelete
  6. banyaknya temple..lain-lain senibina..

    ReplyDelete
  7. JJ : cotton candy?

    nasib la ada awan sikit sikit... tapi bahang panas tetap terasa...



    Nasa : betul..

    setiap temple tu ada penjaga dia.. especially yang besar besar. ada yang siap buat rumah kat belakang..

    dan ada jugak yang berkeluarga dan beranak pinak.

    dan ada jugak yang solo je menjaga pagoda ni... pagoda yang jauh jauh lak tu..

    tercuak kejap aku ada sekali kena sergah

    ReplyDelete
  8. An : actually temple yang asalnya tak banyak... tapi tu yang ancient...

    so yang banyak banyak especially yang kecik kecik ni di bina from time to time even sampai skrg..

    sebab tu la.. unesco tak wartakan sebagai tapak warisan dunia sebab dah bercampur campur.. sesuka hati dia orang je tambah dan bina dan tambah dan bina...


    ZF : kawasannya lawa.. luas dan tandus.

    dan panasnya... mendidih..

    kena pegi the right season.. ok skit kot

    ReplyDelete
  9. CC : tak nampak orang sebab panas. orang semua berlindung. aku je gila merayap time time panas tu...

    sunblock tak de dlm kamus hidup aku..

    bedak tanaka pun sama. tak der...

    kg kau panggil penambang ke. kg aku pun sama. adakah kita sekampung dari hitaly?


    ZulZ : betul tu.... kalau sunset menarik gak. tapi lagi menarik sunset dari atas pagoda.. sebab boleh tengok pagoda pagoda lain.

    kalau banyak hari boleh la consider sunset atas sungai kot sebab sungai tu belah barat daripada pagoda pagoda tu.. kalau sunrise mungkin menarik skit

    ReplyDelete
  10. Nohas : ya.. yang ancient dan yang besar besar tu memang unik.

    yang kecik kecik dan bersepah tu je lebih kurang sama je rupa rupa mereka...

    ReplyDelete
  11. ahahaha...meh sini nk bagi pelempang tu (hamoiii JM lama x jengah sini tiba2 nk lempang org...dh lama hidup ke hahaha)

    bab bargain Abam Meng mmg terrer arghh dari USD 20 turun ke USD7 tu

    bok pa lah byk temple kat sini

    ReplyDelete
  12. kg aku pung panggil penambang.Aku budak mermaid island.Aku dari hitaly juga

    ReplyDelete
  13. JM : ya ler. lama tak muncul tetiba nak lempang orang.. hish. mana pegi? jalan sokmo...

    bargain tu ikut suka. tapi last2 terpedaya.. nak tak nak terpaksa ambik.

    Sini banyak temple sebab memang tempat dia la kot.. dolu dolu.. tapi yang baru baru pun banyak....


    CC : mermaid island?

    chih... pelekong tahik baru tau

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...