Monday, June 2, 2014

Kuala Kangsar - Part 2 : Muzium DiRaja | MCKK | Restoran KK Klasik

Lepas solat di masjid Ubudiah tu, kami ke Muzium Di Raja Kuala Kangsar.

Rumah sapa la ni

Istana Iskandariah

Istana

Istana

Sampai muzium tapi dah tutup. Ambik gambar dari luar je lah

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Wiki bilang.....

Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak, oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan daya usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.


Abis tu patah balik ke masjid semula sebab Princess pulak nak dadih.

Berhenti gi beli sekali lagi.



Pastu gi singgah kat MCKK jap. Ambik gambar.


Wiki kata....

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.

Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris: Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak.

Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.


Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60.

]
Koleq

Clifford Kuala Kangsar

Sebelum blah tu kami singgah makan kat restoran ni.

Nama dia KK Klasik




Boleh tahan lah sedap jugak.

Yang penting kenyang.

Start lepas tu terus je drive balik KL dan jem tak sudah sudah. Tak tau sebab apa jem nya. Dari Kuala Kangsar gerak semula kol 7 malam dan start tersangkut sangkut semula.

Moralnya kalau nak travel time cuti sekolah, jangan pegi jauh jauh. Jalan jem. 

Tak pun, naik je flight. Harap la boleh pegi jauh jauh sampai ke hujung dunia.



Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

Actually anak anak aku kebosanan, dia orang dok nyanyi lagu 'Lompat si katak lompat' tak sudah sudah ! Memula aku rengsa jugak, tapi last sekali aku yang join sama.

* tarik key soprano

Jalan jem kat highway dari Kuala Kangsar sampai dekat Tanjung Malim ! Sudahnya pukul 1 pagi jugak sampai KL.

* sigh............

Maka, tamat la percutian 'Rentas ke Pulau, Cilok ke Kuala'.

TAMAT

9 comments :

  1. dari 2009 Muzium tu ditutup 'sementara'

    ReplyDelete
  2. DrS : maybe tempatnya tak selamat kot..

    lagi lagi kalau feng yi dgn fu wa datang melawat..

    ReplyDelete
  3. Part jammed yg paling tension nasib baik ada penghibur lagu lompat si katak lompat pun jadilah buat halwa telinga. Lagu Frozen satu minta princess nyanyi

    ReplyDelete
  4. teman org kuala..duduk ataih bukit kerajaan..

    restoran KK Klasik tu kat belah mana? tak pernah gi..

    ReplyDelete
  5. Budak2 tajaan Yayasan Sabah yang dihantar belajat kat MCKK dulu semua hensem2. Sampai kitorang buat speku, agaknya admin YS saja nak kumpul yang hensem2 kat 1 sekolah. Kalau cuti sekolah ada program YS, aku & the geng memang suka cuci mata tengok geng2 MCKK ni. Ehem.

    ReplyDelete
  6. JM : dia nyanyi x bunyi. mulut je bergerak..


    Nohas : Restoran Klasik KK tu on the way dari pekan nak keluar ke highway.

    Tepi jalan je, sign beso beso...


    BK : bersih tak mata????

    hahaha.. ya ke budak budak koleq hensem2?

    * kebil kebil kan mata....

    ReplyDelete
  7. Bibie... Wajah pinoy pun boleh tahan... Boleh cuci mata di sana

    ReplyDelete
  8. oikk...awat xde entry pagi ni? Meng busy bebenorr gamaknyaaa

    ReplyDelete
  9. HB : sorry. aku terschedule malam ni..

    silap tarikh.

    hahahaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...