Saturday, January 4, 2014

Short Trip Cuti Sekolah Dec 2013 - Part 3 : Awana Resort Hotel

Dari Genting Sempah tu terus naik ke Genting dan malam tu kami menginap di Awana Resort Hotel.

Awana Resort Hotel

Check in cepat je sebab hari pun dah petang

Sampai sampai je tengok katil. Argh........ terus rasa nak pose pose ular sawa

Aku agak suka hotel ni sebab bilik dia agak spacious. Siap ada 2 queen size bed. 

Tapi !

TV masih CRT lagi. 

"Hello Genting... sekarang dah 2014 lah ! Korang kenapa tak berdaya saing dan maju setapak lagi menukar TV LED?"

* tala hailer dari balkoni


Dalam toilet

View dah lawa dari tingkat 19, tapi cuaca mendung lak

Kabus dah sirna

Kira hotel ni yang lain lain pun OK jugak la. Bilik bersih. Nampak agak lama dan berusia tapi masih well maintained. Aku rasa ni kali ke 3 aku stay kat sini tapi sebelum sebelum ni event company.

Tapi !!!

Ada sesuatu yang maha tidak best !

Wifi tak free ! Kena bayar. Dah la Hero dok aim nak download game dia kat tablet tu. Aku malas la nak ambik memula sebab RM25 satu hari. Boleh pakai untuk 1 device je pulak tu.

Lepak lepak kat bilik ................

Princess aku ni nampak ada cerita Oggy dia. Terus la terpaku tengok TV sambil makan Mc Donalds

Si abang tersembam atas katil. Merusuh. Merajuk sebab aku tak ambik internet dan dia tak boleh nak download game. Dia kalau merajuk aku buat bodoh je. Buat tak layan. Tapi dia pun akan sedaya upaya akan bagitau aku kenapa dia merajuk tu.

Dan masa keluar dari bilik air lepas mandi dan bersegar bugar... tetiba Papa dapat surat cinta.

Jeng Jeng Jeng

Last sekali ambik jugak la internet tu. So dia gembiralah dapat download game Beach Buggy dia tu. Dia main game dia dok diam sikit.

Malam tu makan Mc D pastu abiskan makan nasi lemak.

Aku bagi cadangan bukan bukan. Konon konon nak gi naik Genting la malam tu.

Konon.. konon kan?

Baby Pink dengan Kitty.

Belum pukul 10 lagi, Papa dah melayari bahtera cinta keasyikan............... sambil pose pose separa bogel di atas ranjang.

Aku yang mengeruh dulu....

Sedar sedar Princess dah datang naik tidur atas badan aku. Tengok jam. Pukul 5 pagi !!!

Bangkit subuh subuh hari ( belum subuh pun lagi ).. aku kencing. Pastu Hero lak datang bertempek. Dia pun bangun jugak dok main game dia. Biasanya dapat download game baru.

Memang lena betul tidur dengan sejuk sejuk angin bayu membawa diri ku.....

View dari balkony. Memula aku ingat cahaya bulan. Tapi sebenarnya cahaya lampu dari KL

Pagi pagi minum kopi. Tapi beraknya tak mau jugak !! Dasar bontot tak terdidik.

Kabus melitupi pagi di kawasan Awana Resort Genting ni

Pandangan pun agak terhalang

Golf course

Then kami gi breakfast

Ada lontong ! Tapi tak sedap. OR kata Nasi Lemak dia sedap...choice of food dan rasa makanannya biasa biasa je lah.

Then macam biasa, budak budak dah aim nak mandi kolam

Turun jugak la lepas breakfast tu walaupun sebenarnya hujan.

Dalam hujan pun ramai yang mandi manda. Princess mandi kejap je pastu dah menggigil. Tak nak mandi dah lepas tu. Orang pun ramai, then kami naik balik ke bilik.

Pool

View dari bilik

Sebab hujan tak de orang main golf

Dah clear sikit

Aku teringin nak ke sana dan ambik gambar dari sana, tapi hujan ler pulak

Awana Resort Hotel

Lepak lepak then sudahnya kami check out je dalam pukul 1 tengahari. 

bersambung......

7 comments :

  1. MKL : agak lawa view di sini, cuma cuaca sendu sikit...

    puas menunggu. tak de rezeki.

    ReplyDelete
  2. HAHHAH comel je, siap bagi surat cinta.

    ReplyDelete
  3. Note dari Hero yg tak tahan tu... sib baik papa tak kena karate hihihi

    ReplyDelete
  4. Ketua polis negara kalau dh bg surat cinta terpaksa meng terpaksa laksanakan...hahaha

    ReplyDelete
  5. Tak mampu nk tdo kat Awana tu..huhuh..kalau lah dpt kawin org kaya..ahhah..berangan..org kaya tapi bukan duit sendiri kan..

    Pose separa bogel?..eeee...tak SEJUK keeee...dah la tggal tempat tggi tu

    ReplyDelete
  6. NanaD : sebab dia merajuk mcm tu la.. tak nak bercakap..

    pastu duduk kat dinding tunggu kena pujuk.

    AP : tu la.. tapi senang je nak elak kena karate.. geletek...

    berguling2 la dia...

    HB : SYMP la.. kalau tak muncung lebih panjang dari ikan todak

    JM : kumpul duit dan pegi sendiri. jgn harap org.. laki kaya ke laki tak kaya ke, janji dia sayang.. ya dok? kang kaya tapi jiwa merana. tak syok gak. kena lak gi awana bawa diri sorang2..

    sejuk kat situ..tapi ada selimut.... jadi pocong laaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...