Wednesday, October 16, 2013

Kampung Bandar Bersejarah, Jugra

Kalau berkesempatan ke Banting atau lebih tepat lagi ke Jugra, jangan lupa singgah di Kampung Bandar Bersejarah. Aku ke sini lepas check out daripada Gold Coast Morib tu. Dah alang alang dekat, tibai sekali harung.

Tak de apa pun cuma di sini la letaknya 2 tapak sejarah yang negeri Selangor iaitu Istana Bandar dan juga Masjid Di Raja Sultan Alauddin.

Untuk sampai ke sini, ikut je signboard. Nanti jumpa lah pintu gerbang ni


Aku pegi pun sekadar jalan jalan dan nak tengok kawasan.

Nanti lepas pada pintu gerbang ni nampak Istana Bandar atau Istana Alauddin belah kiri.

Pintu di tutup

Memula ingat tak boleh masuk, tapi ada post guard kat situ, aku pun tanya dia kata boleh jer. Tak sure la mungkin ada time time jugak kot.

So sebab di benarkan masuk, kami pun masuk.

Tempat ni agak scary jugak lah. Ngeh Ngeh Ngeh

Tapi dah di wartakan sebagai Warisan negara.


Di Sejarahkan, Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke lima), telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka ninda baginda Sultan Abdul Samad. 

Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Bandar yang dibina pada tahun 1905. 

Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda.

Masa kami sampai tu guard tu tak de la bukak pintu. Pastu ada satu kereta lagi sampai. Couple. Dia orang pun ambik gambar jugak. Hero tak nak ikut, duduk dalam kereta. Aku ajak OR, dia turun kejap. Anak Dara aku tu Dora the Explorer, dia nak je ikut kalau aku jalan jalan macam ni.

Tapi memang agak spooky la tempat ni.

Kami berjalan ke bahagian tepi bangunan lama ni.

Lagi spooky siap ada tingkap yang terbuka. Pintu yang ternganga di bahagian atas. Mungkin pintu rosak dan tingkap tu rosak kot.

"Seram kan Yang? Silap silap kita tengok tengok, kat pintu tu ada orang tengok kita"
"Hish"

Tiba tiba aku pandang ke atas, nampak kelibat orang !

Berdebar gila.

"Yang.. Orang !"
"Haah"

Lama kami perhatikan. Kami pandang dia, dia pandang kita orang. Pastu dia pusing dan berjalan.

Rasanya memang orang !

Tak tau la sapa. Tapi lelaki. Tak berbaju. Nampak dia mundar mandir kat atas tu. Dia pandang je kami. OR terus pegi ke kereta. Aku berjalan dengan Anak Dara aku. Buat tak pedulik jer.



Serious tak berani nak masuk belakang belakang.... Sunyi sepi je. 

Guard tadi kat post guard depan sana tu.

Bila aku jalan ke kereta, tengok pintu depan terbukak !

Nampak pintu tu dah terbukak?

Aku terasa macam nak masuk pulak. Aku hantar anak aku ke kereta pastu aku pegi masuk.

Dup Dap Dup Dap. Couple tadi tu aku nampak dia orang ke belah tepi bangunan. Musykil jugak sapa yang bukak pintu ni.

Aku masuk ke dalam. 

Gelap semacam je.

Dalam bangunan

Tingkap

Ada replika istana ni kat dalam

Tengah aku dok berjalan dalam tu. Cuak jugak. Tetiba ada kelibat orang keluar dari balik dinding.

"Shit !"

Terkejut aku.

Pak guard !

"Terkejut saya !"

Dia senyum je. Pastu dia berjalan keluar. Dia berpakaian lengkap guard lengkap lah. Then dia jalan terus ke pintu depan.

Aku pun tak tunggu lama. Aku ikut dia keluar. Tapi bila aku keluar dari pintu utama, dia tak der !!!

"Shit kali ke dua !"

Takes time jugak kalau dia nak berjalan dari pintu tu sampai ke post guard. Ke dia jalan memang laju?

Wallahuallam. Tak tau lah. Malas nak fikir bukan bukan.

Yang pasti, cepat cepat aku kembali ke kereta dan meninggalkan perkarangan istana lama ni.

Belah belakang


Istana Alauddin

Kemudian kami ke Masjid Di Raja Sultan Alauddin yang tak jauh dari situ.








Singgah kejap then kami pun blah.

Kalau ke Jugra jangan lupa datang ke sini, jenguk jenguk la apa yang patut...........

Hehehehe.....

13 comments :

  1. wahhhhh....suspen sungguhh la......siapakah org x berbaju itu? betulkah pak guard yg ko jumpa itu?? jeng jeng jengg!!!

    ReplyDelete
  2. MKL : berdebar tak? Hahahha

    HB : aku rasa orang la kot sebab masing masing ada kaki...

    tapi seriau jugak bila ingat balik...

    ReplyDelete
  3. hahaha mmg spooky tapi seb baik la masa aku pi dpt special access tour ngan pakcik yg jaga tu. mmg dia tido situ, solat situ sume. bini dia tido kat bawah, dia tido kat atas.

    cumanya masa aku gi, minah meroyan yg claim rumah tu hak dia ada...uih drama gile aritu! tapi aku suka la dpt pi tempat ni esp rumah2 lama mmg aku teringin nak ada rumah cun2 camni...rare kot...kan?

    ReplyDelete
  4. Biq : Orang yang aku nampak tu tak berupa pakcik pun..mcm muda lagi la... tapi cuak la tetiba nampak orang kat atas tu... dah la x pakai baju !



    ReplyDelete
  5. org muda tidak berbaju?? jeng jeng jengggggggg! shiapa?? shiapa??

    ReplyDelete
  6. Mungkin Pak Guard yang sama kot.. atau penjaga hulu balang istana yg dah beratus tahun??? kenapa tak shoot picture org tu? hahhaaa...

    menarik macam Kellie Castle jugak nie :D

    ReplyDelete
  7. Biq : Ntah. Tak dapat di kenal pasti..

    TT : Tak berani sebab dia merenung tajam.. pastu dia pusing jalan blah ke belakang.... kang aku snap dia menyeringai lagi aku haru...

    ReplyDelete
  8. Saya baru je pwgi tadi. Ambil few pics then balik. Pak gad bagi masuk tapi saya xberani sbb dtg sorg2. Masa tu ada pembantu muzium, 2 org pak gad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nebeng gi sorang sorang bakper.... ajok la saing !

      Delete
  9. Kg sya ni, knp x ronda abih dlm istana, xde pape insya'Allah kalau niat baik. Umah pak sedara pun bdepan dgn istana, tp tggl tapak je sbb terbakar. Cuma kalau nmpk pelik2 tu, diamkn saja.. Bkn manusia je duk dlm dunia ni kan.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti la ada masa dan kesempatan buleh pegi lagi.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...