Saturday, March 23, 2013

Aku Jambatan Buat Mu

Tahu Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya tu?

Ia adalah jambatan tambatan kabel yang menjadi satu mercu tanda di Putrajaya.

Sebagai penghubung utama di antara Presint 2 dengan Pulau Utama dan kawasan kediaman Presint 8, Seri Wawasan menjadi penghubung yang penting ke Presint Pembangunan Bercampur. Dikategorikan sebagai ‘jambatan pengenalan' Seri Ehsan juga merupakan kemudahan penghubungan penting di antara Presint 8 dan Pulau Utama.

Jambatan konkrit ini ialah kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli . Ia mempunyai jalan raya dua hala tiga lorong selebar 18.6m masing-masing terdiri dari 3 x 3.5m lebar jalan, 0.5m bahu jalan dan 0.5m garisan tengah. Lebar pembahagi jalan ialah 4m manakala lorong pejalan kaki dan trek basikal pula 5.1m menjadikan lebar keseluruhan 37.2m di bahagian tengah jambatan.

Itu kata google.

Aku just kata.....

Lawa jugak jambatan ni malam malam. Lagi seronok kalau dapat minum teh o ais limau sambil tengok lampu lampa berkelipan.

Enjoy your weekend !




Pada awalnya ku sangka berkawan saja
akhirnya ku sedari kau ku sayangi

ingin aku mengiringi kehidupanmu
kerna engkau beerti bagi diriku

kau nyalakan pengharapan hidup masa depan
ku membina cita-cita untuk hari muka

kiranya aku jambatan yang menghubungkan
tiba kau ke seberang ku kau lupakan

kalau dulu segandingan seiya sekata
kau bertukar haluan tidak setia

bila aku mengenangmu di dalam sepiku
ku terkenang pengorbanan yang telah ku berikan
rupanya aku menjadi batu loncatan
bertemu yang kau hajati ku kau tinggalkan

kau nyalakan pengharapan hidup masa depan
ku membina cita-cita untuk hari muka
rupanya aku menjadi batu loncatan
bertemu yg kau hajati ku kau tinggalkan

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...