Thursday, October 4, 2012

Amazing Thailand : Pattaya 4 - Santuary Of Truth

Sampai kat hotel tempat aku menginap semalam, aku pun ambik barang aku.  Semua urusan selesai. Hotel tu baik hati siap arrangekan aku sewa motosikal.

Sewa motosikal adalah sebanyak THB150/RM15 untuk sehari. Kena bagi deposit RM50 nanti dia refund.

Kenapa aku perlukan motosikal?

Sebabnya aku nak pegi satu tempat ni yang bas tak masuk. Taxi mahal dan Tuk Tuk pun tak hantar. So baik je la aku sewa motosikal. Plus aku fikir, sebelum aku pulangkan esok, aku boleh pegi ke Jomtien Beach dan jugak kawasan kawasan lain. Ada floating market di Pattaya ni jugak. So sekali harung je. Tak payah aku nak fikir fikir dah pasal transport.

Tapi sebelum apa apa, check in dulu kat hotel untuk malam nanti.


Yehah !!

Aku baru book malam sebelumnya tapi atas desakan perasaan lepas tu rasa nak lempang diri sendiri sebab bertindak mengikut nafsu serakah. Tutup mata je lah.

Dari hotel tadi ke Hard Rock Hotel tak jauh. Aku cuma bawak motosikal aku, park dan terus check in. Urusan check in semua mudah dan pantas.

Aku tak leh berlama lama sebab nak pegi ke tempat lain dengan waktu yang dah petang ni. 

Usha dulu apa yang patut.

Reception dan lobby

Tengok bilik terus nak pengsan. Motip tidur di temani 2 vampires ni????

Bilik air

Turun balik ke lobby

Tak boleh berlama lama aku kata. Nanti aku ambik gambar lagi di hotel. Sekarang ni, aku nak pegi ke satu tempat ni. Memang aku dah mark sebelum sampai lagi aku nak gi tengok sendiri. 

Nama tempat dia adalah Santuary of Truth.

Kasik preview dulu skit

Santuary of Truth ni sebenarnya kuil hindu.

Terletak di satu pantai di kawasan utara Pattaya. Lebih kurang 12 km dari Pattaya City. Nak pegi kawasan ni memang agak payah kalau tak de transport so better ada motosikal ke at least.

Berpandukan peta aku bawak motor. Ikut jalan utama seperti yang ada dalam peta. Tapi nak jumpa jalan masuk ke pantai bermasalah skit.

Dua tiga kali aku berhenti tanya orang. Nasib baik la dia orang bagus bagus belaka.


Akhirnya... sampai juga. Masuk kat kawasan parking dia terus nampak replika Santuary Of Truth ni.


Macamana nak cakap tempat ni heh?

Kuil biasa je, tapi yang mengkagumkan aku, kuil ini sebenarnya di bina dengan kayu semata mata.

Ya. Kayu jati !!!

So aku nak tengok la sendiri cemana gedabak bangunan besar ni nak di buat dengan kayu? Kukuh kah? Kuat kah? Cantik kah?

Tapi, nak masuk ke tempat ni kena bayar mahal sikit. THB500/RM50.

Sebabnya. Kuil ni belum siap dan masih dalam process pembinaan. Duit tiket tu di guna pakai untuk melakukan kerja kerja pembinaan sebab ianya tidak mendapat sponsor dari mana mana pihak.

Tak pe la. Halal bi halal. Bukan datang hari hari. Keinginan aku untuk tengok dengan mata kepala sendiri tu lebih besar.

Tapi hari dah petang. Orang pun dah tak ramai.

Jom. save RM50 duit korang, aku belanja tak pe. Meh sini masuk tempat ni.


Lepas park motosikal, beli tiket so kena jalan sikit. Ikut je anak panah tu.

Kalau malas nak menapak, ada kuda di sediakan.

Kuda ni malu malu

Sampai nanti di kawasan macam pokok pokok dah nampak ukiran pada kayu yang di bina di kawasan ini.

"Tolong. Tolong Aini Bang Brahim...."

Dan jalan ikut laluan dalam tu, maka tersergam indah la tempat ini. Santuary of Truth.

Tadaaaaaaaaa

Masa aku sampai orang semua dah nak keluar. Dia tutup jam 6.30 petang. So aku ada lebih kurang 20 minit je. Tak pe la. Cepat cepat.

Apa lagi korang yang kat belakang tu. Cepat ! Terhegeh hegeh kang tempat ni tutup, korang nak bermalam di sini??

* mati la marah sapa pun tak tau.

Ini pandangan dari depan. 

Ini dari kawasan persekitaran

Tempat ni terletak di tepi pantai sebenarnya. Kalau cuaca menarik memang lawa nak ambik gambar sunset. Tapi cuaca tak menyebelahi aku. Kena berpuas hati dengan apa yang ada je lah.

Actually nya boleh masuk ke dalam.

So mari kita masuk.

Baca ni

Baca ni jugak.

"The Sanctuary of Truth is a gigantic wooden construction which covers the area of more than two rais. The top point of the building is about 105 meters high. It was constructed to withstand the wind and sunshine on the seashore at Rachvate Cape, Tumbon Naklea, Amphur Banglamung, Chon Buri Province.

The building was constructed according to ancient Thai ingenuity and every square inch of the building is covered with wooden carve sculpture. The purposes of decoration with wooden carve sculptures are to use art and culture as the reflection of Ancient Vision of Earth, Ancient Knowledge,  and Eastern Philosophy. With in this complex, visitors will understand Ancient Life, Human Responsibility, Basic Thought, Cycle of living, Life Relationship with Universe and Common Goal of Life toward Utopia"

My fav

Masuk dalam ada geng geng jepun ni lagi

Semuanya dari kayu jati

Aku tak tau la. Ni personal lah kot.

Masa aku tengok kat luar aku rasa biasa lah. Aku just fikir. 

"Oh. Cantik. Cantik... "

OK. That is it.

Tapi bila aku masuk dalam. Sebaik saja melangkah masuk tu macam ada aura. Dan aku terus rasa kekaguman. Kagum gila aku sebab ruang dalam tu besar dan dia buat dengan ukiran semua tu menggunakan cuma kayu dan craftman tangan.

Susah la aku nak cakap, bagi aku kena gi tengok sendiri. Menarik. Seriously menarik.

Ada tempat upacara sembahyang juga

Yang tak tahan tu siap ada muzik dalam ni.

Macam muzik bollywood lah. Lagu lagu hindu lama. Mengasyikkan jugak sebenarnya. Sesuai dengan persekitaran dan tour kat sini.

Tak ramai orang so aku abiskan masa berkeliaran sebelum kena halau keluar.


Wanita kesepian sedang berlapang dada

Kata kata kat sign ni memang menarik perhatian aku.

"The work indicates that humans are only dust in the universe and will ultimately become one with it. 

Physical beings deteriorate, ravages by the time but truth and goodness are immortal. 

Materials pleasure is a superficial physical and external joy. True happiness is found in intrinsic spiritual pleasure. 

Ideals make human life more meaningful. 

Determination to go to the ideal world is something desired by all men. Every belief,. every religion and every philosophy leads there by different paths. 

To ponder the great question of heaven and earth and yet live for humanity, to study and teach the sublime knowledge of scholar of the past and to create eternal peace for all mankind, this is the true goal of the knowledge great men strive to achieve"

puting tetek terbelah kena pahat


OK. Macam biasa lepas tu aku kena halau sebab tempat ni dah nak tutup. Jepun Jepun tadi pun dah blah.

So aku menapak keluar balik semula.

Bagi aku, tempat ni memang lawa dan cantik untuk photog. Bagi yang nak datang saja saja pun OK kalau rasa tak rugi RM50. Kalau selain dari sebab musabab ni selain korang nak beribadah (kot?) then ... tak de apa sangat lah.

Senja di Santuary of Truth

Lepas keluar tu, terus la blah. Pegi ambik motosikal aku dan terus balik.

Aku kan tak bawak spek so aku risau nak bawak motosikal malam malam. So sebelum malam menjelang. Sebelum hari gelap, baik je aku blah balik dulu. Nanti aku terpaksa meraba raba dalam kesamaran.

Layan ni skit lagi.



Adik ni baru bangun tido. Mak dia keje dalam park ni

Oh lupa nak kasi tau, nak masuk dalam ni kena pakai topi putih sebab under construction. Note : Topi putih tak de kena mengena dengan saiz tetek pompuan ni

OK. This is the actual view dari udara

Motosikal yang aku sewa

Then aku bergegas balik ke Pattaya Beach.

Dahaga. Lepak beli kopi pastu minum dan hisap rokok sambil melayan angin petang di tepi pantai. Dah tak ramai orang. Best.

Aku lepak je duk situ. Tak risau nak balik sebab depan Hard Rock tu je. Cuma kalau aku nak park motosikal kena masuk ikut lobby hotel tu belah belakang. Belah pantai ni cuma ada Cafe dia je. Boleh jugak nak masuk ikut belah pantai cuma jauh sikit dengan tempat aku nak park motosikal nanti.

Lepak lepak tepi pantai menunggu sunset.

ada lagi yang mandi manda

Payung payung yang siang tadi terbuka dah di tutup

Dah kemas kemas. Esok bukak balik

Menanti senja yang berlabuh

Penginapan di belakang je

Sign Pattaya bermandikan cahaya

Nampak merah di kaki langit tu? Tu je senja yang tinggal. Lain mendung

Orang cakap sunset kat Pattaya ni lawa. Tapi sebab cuaca mendung, ni je rezeki aku hari tu

Ni Hard Rock Cafe di bahagian pantai

Bilik aku facing town. View tak menarik. Bilik murah la katakan

OK. Ni entrance sebenar Hard Rock Hotel. Yang tadi tadi tu belah belakang hotel yang facing laut. 

Sempat merayau dan ambik gambar apa yang patut

Ni semua kat lobby, kat pool dan dekat kawasan sekitar hotel

Balik bilik aku realized seluar aku tak de.

Aku cuma bawak 1 jeans, 1 short dan 1 kain pelikat. Short aku dah basah. Aku fikir nak tidur malam nanti cemana? 

Last sekali turun gi beli seluar tido kat bawah.

Memang tak de plan nak beli apa apa pun kat merchandise shop dia. Semua mahal. Tapi terbeli jugak. Beli seluar pendek je pun.


Mandi dan bersiap siap aku kena cepat sebab aku nak cari makanan.

Aku nak makan !

Aku belum makan satu hari lagi hari ni. Lapar. Pegi usha kat Cafe Hard Rock macam tak de apa menarik nak di makan. Aku nak cari nasi !

So aku bersiap siap dan keluar

Malam tu panjang lagi langkah sebenarnya.. ehem ehem. tu nanti aku sambung cerita. Tapi bila aku balik hotel aku lupa. Malam tu sebenarnya kat Hard Rock ada party buih !!



Balik balik je  terus aku di rasuk puaka dan amarah.

"Hoi !! Motip tak hajak haku??????"

* hempas mandian Dettol sambil cekak pinggang

bersambung...............

6 comments :

  1. Kelas ko meng, bilik ada vampire 2 ekoq!

    Agak kagum jugak la tgk gambar ko amik dlm kuil kayu jati tu, gigih sungguh deme main ukir2 tu..

    Ko main buih sengsorang kt dlm bath tub bilik ko udah kekekekek

    ReplyDelete
  2. oo em giiii! sumpah cun kot kuil tu! aku suka benda2 cam nampak gothic skit ni.

    pokok kelapak senja nan merah tu pun cantik gile gambar! terus inzal aku nak gi sana.

    party buih? nasib baik takde suicide bomber kat situ, kalo tak, abis la ko dgn dettol2 ko tu berbuih hahaha!

    ReplyDelete
  3. cantik kuil tuh!!!

    party buih? i loike~ kikikiki

    ReplyDelete
  4. teringin nak pi sini..chiangmai dah sampai..

    ReplyDelete
  5. Thanking you for a fun read. And nice photos..

    ReplyDelete
  6. ER : you are welcome. and thanks to u too

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...