Wednesday, September 26, 2012

Taman Bunga Raya Kuala Lumpur

Pernah pegi Taman Bunga Raya Kuala Lumpur?

Tahu sejarah bunga raya dan kenapa bunga raya jadi bunga kebangsaan kita?

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Terletak di kawasan Tasik Perdana nuh. Berdekatannya pulak ada Taman Bunga Orkid. Boleh je sekali harung.

Pegi la jalan jalan time weekend ke atau bila bila ada mood nak melihat bunga.

Masuk percuma !




















Macam banyak bunga Orkid je. Apa yang aku fikir ni?  

So bunga Orkid bunga kebangsaan negara mana? Mesti ingat Thailand kan? Bukan ! 

Tiada markah untuk anda ! anda ! dan anda !

Jawapannya Singapore !

Tahukah kamu ! kamu ! kamu ! dan kamu ! bunga raya ini juga menjadi bunga kebangsaan Korea Selatan?? Tak tahu? Ada terdapat pada bendera dan emblem negara tersebut. Pegi check.

So apa lagi. Pack barang ! Kita nak pegi ber Gangnam Style di Korea pulak ni !!!!

"Oooooo sexy lady..............."

* pose pose Jahanam Style

4 comments :

  1. oppa...gangnam styleee.. uh uh uh uhhh

    ReplyDelete
  2. gi korea??? yeszaaaaaaaa! bawak LL4 tak???

    WE WANT LL4! WE WANT LL4!

    (kalo takde, sila ADAKAN ye...jgn hampakan peminat yg disimbah air semalam)

    ReplyDelete
  3. * tabur bunga rampai yang telah di perasap..

    mohon semua penonton duduk diam di dalam panggung

    ReplyDelete
  4. Op op op op oppa gangnam style. Bgitu katanya. Sila tidoq di gangnam. Sedap tdo sana. Hahaha. sila check muka oppa and adik2 gegirl kat sana, sgt cantek okeh walopon... under the knife katanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...