Tuesday, September 4, 2012

Birthday Hero

Hoi !!!

Ada orang ke tidak ni??

Fuh. Moga aktiviti korang terisi dengan benda yang baik baik saja. Kalau makan jangan lupa berak, nanti mengalami kekembungan dan berat badan berlebihan.

Weekend aku minggu ni penuh dengan aktiviti terancang dan tak terancang.

Hero dah azan kat aku berpuluh kali pasal birthday dia. Takutnya aku lupa sebab dah jatuh minggu lepas lagi time aku tak de.

Kejap kejap.

"Papa. Mana kek Hero?"

Selalu aku buat muka bodo dan gelak gelak.

"Papa? Bila nak sambut hari jadi Hero?"
"Nanti la. Papa buat arrangement dengan Ibu"
"Ala Papa ni. Asyik asyik nanti. Nanti sampai Hero sambut hari jadi tahun depan pulak"
"Hahahaha"

Lepas telinga aku agak dah tak tahan hari tu, Papa pun telah memberi kawad cam dengan suara lantang dan bergema seluruh mayapada dan maya karin untuk semua bersiap sedia !

* mati la semua. Macam lah ramai sangat.

Bersiap sedialah sebab Papa nak bawak pegi makan kat luar.

Tak bagitau lagi dia pasal suprise birthday, cuma cakap nak keluar. Dia dah mengenyam sebab dia dapat syak aku nak bawak dia pegi beli hadiah hari jadi dia.

"Papa. Hadiah Hero tak de ke?"

Dia siap tanya OR lagi.

"Ibu rasa Papa bagi hadiah tak kat Hero?"

So kami keluar pegi la makan. Aku nak bawak makan di Italianese sebab Papa menyembok dan mengidam nak makan Creme Brulee.

Pegi sini dulu.

"Kita nak pegi mana ni Papa?"
"Kita dah sampai ToysRus. Hero masuk dalam ni, Hero boleh pilih apa je yang Hero nak, Papa bagi hadiah hari jadi, tapi satu saja !!....................


Belum sempat aku bacakan syarat syarat penyertaan dia dah hilang.

Kecik kecik kepala lari masuk dalam ToysRus dan cari barang dia.

Tup tap tup tap dalam tu, akhirnya dia jumpa barang yang dia nak.


Papa mood baik so tak membantah.

Yang masalahnya, tak nak 1. Nak 2 ! Dia kata satu yang baik, satu lagi yang jahat. Mana baik mana jahat ntah.

Tau apa tu?

Gasing !!!!

Dia ni semenjak dua menjak dia tengok sepupu dia kumpul gasing, dia pun nak la gasing mainan tu. So, kalau Papa dia kumpul Fridge Magnet ( walaupun aku dah malas dan dah hilang minat ). Anaknya pulak mengumpul gasing dengan rakus sekali.

Sekarang dia dah ada 7 gasing. Beli lagi 2 ni jadi 9. Selalunya beli kat mall biasa dalam RM10 seketul.

Tapi yang ni beli kat ToyRus, faham faham je lah. Boleh pokai Papa.  

Tapi tak pe. Sebab hari jadi, Papa belikan yang original. So dia ada 9 ketul koleksi. Nanti kena beli tool box pulak nak simpan gasing gasing dia.

Muka kegembiraan setelah mendapat gasing

Selesai acara beli hadiah dulu. Then kami semua pegi makan di Italiannies.

Perut dan berkeroncong si Endung Endung. Apa lagi. Let's belasah mengisi perut yang kempis ni.


Macam biasa sampai sampai di hidangkan dengan roti dan cuka Italy ni. FOC

Menu Hero, aku dan OR. Carbonara tu sangat inzal. Kid eats for free !

Hot Chocolate untuk Hero

Orange-ade untuk Papa.

Makan makan sampai kenyang sambil dia sibuk nak main gasing. Dan bermula lah acara kemuncak.

Aku dah buat arrangement dengan orang Italianese tu, sangat best, dia orang ada bagi free cake so lepas tu adalah ...

"SUPRISE !!!!!!"

Budak yang malu malu kucing

Then bila staff staff Italianese menyanyi lagu Happy Birthday, dia dah macam nak masuk celah ketiak aku sebab malu. 

Pemalu lah sangat, kalau melalak nak gasing tengah tengah orang ramai tu tak de nya dia malu !

Staff Italianese ni pun satu.

Mamat tu cakap, memula say thanks to Papa dan ibu. So dia malu malu dengan muka celah ketiak aku sambil cakap terima kasih kat Papa dan Ibu. Lepas tu, kena buat wish.

"Adik sebelum tiup lilin kena pejam mata lepas tu doakan apa impian adik.. nak suruh Papa belikan PS3 ker..."
"PSP !!!!"

Tetiba je dia menjerit. Keluar terus dari menyorok celah ketiak aku.

"Oi.. dalam hati lah. Mana boleh bagitau"

Laju je dia nak bagitau. Dan laju je aku naik hantu. Aku dah tau pun dia dok azan jugak ni pasal PSP tu tapi aku buat bodo je. 

Pastu dia wish apa benda ntah then dia tiup lilin.

Ni puding kek dengan lilin sebatang. Creme Brulee aku dia lupa nak bagi.

On the way balik tu, borak borak dalam kereta.

"Seronoklah Papa. Terima kasih Papa. Hero sayang Papa"

Hmmm. Kata kata beli jiwa. Dia tak tau Papa ni lagi MMJM.

"Papa.."
"Hmmm"
"Papa tau tak apa impian Hero?"
"Mana boleh bagitahu. Kan abang tu cakap, dalam hati jer"
"Alaa... Papa nak tahu tak?"
"Tak nak"
"Apa impian Papa?"
"Rahsia."
"Ala.. cakap lah"
"Betul nak tau ni?"
"Papa kasi tau lah"
"Nanti Papa jumpa Papa bagitau...."

Then aku dok tengok kiri kanan kot nampak BMW X6. Ada gak la sebutir lalu.

"Tu impian Papa"
"Oooo kereta..... Papa nak tau tak apa impian Hero?"
"Tak nak !!!"
"Ala.. Papa ni.. tak seronok la"
"Tak seronok sudah... Kalau Papa tau lagi Papa tak seronok"

Padahal aku dah tau dia memang nak PSP. PS2 dia hari tu rosak malas nak baiki.

Pastu... balik singgah MyDin aku turun beli kopi. Dia sibuk nak ikut. Masuk MyMydin dia terus je hilang. 

Aku cari kopi, then nampak dia berlari.

"Papa. Hero tak de gasing yang kaler kuning ni"
"Eh.. kan dah beli 2 tadi?"
"Yang ni tak original. Murah je Papa"
"Berapa?"

Di tunjuk kat aku.

RM6.90 jer seketul.  Nak cakap jangan beli pun tak jadi. Aku boleh beli 20 bijik gasing sekaligus di MyDin ni dengan harga 2 gasing beli di ToysRus!!! 

* nanges.

Nak tak nak kena beli jugak tambah koleksi dia kasi cukup 10. Kalau tak dia shuffle tengah tengah kedai. 

Aku jugak yang haru...............

14 comments :

  1. Selamat Hari Lahir


    Semoga jadi anak yang soleh.
    Bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. happy birthday hero. ade blog x?
    untungla ade papa yg kaya-raya giteww... hehehe

    ReplyDelete
  3. MMJM tu apa??

    Belikan hero psp abg meng. kesian heols. hahaha

    ReplyDelete
  4. terima kasih PB..

    uncle danny, hero ckp..papa dia tak kaya.. keje makan gaji jugak. dont worry.. your time will come.

    MMJM tu adalah MULUT MANIS JUBUR MASAM

    * pengsan.

    aku x nak belikan dia PSP.. hari tu periksa dapat no 17.

    ReplyDelete
  5. hepi beseday Hero..
    nasib dia tak wish nak adik?!..

    hiks..lariik

    ReplyDelete
  6. happy bday hero!

    nmpk jugak hero walaupon muka xnmpk.. nk jugak tgk papa hero dan ibu hero =)

    ReplyDelete
  7. nampak papa hero kang ko x lalu makan sebulan

    ReplyDelete
  8. huhuhu..chanteqq!

    *sudah! buat apa kau menangis di sini..(matila tersampuk babak dialog Ibu Mertuahku)

    ReplyDelete
  9. happy besday hero...
    untung papa hero rajin melayan...
    kalo layan psp lagik terbaek kan papa hero?

    ReplyDelete
  10. aku rasa perangai Hero ni dia dapat dari bapak dia ar.

    ha ha ha!

    ReplyDelete
  11. ya ALLAH! Makcik2 aku slalu sebut pepatah tu "mulut manis, jubur masam"! hahahaha maksudnya.. orang yg berpura2 baik, walhal berhati busuk bak bangkai. lol.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...