Wednesday, June 13, 2012

Incredible India - Hotel

Aku nak share hotel hotel yang aku duduk sepanjang aku di India.

Nak kata hotel mewah tak de la mewah. Nak kata cikai sangat tak jugak cikai. Kira OK lah. Hotel hotel ni termasuk dalam tour package aku sekali so aku tak perlu nak fikir apa apa dah.

Overall semua hotel OK.

Hotel kat India ni actually murah murah je tapi kena pandai cari dan look around. Yang penting selesa.

Hotel pertama aku tinggal masa kat Delhi, nama dia Yug Villa. 

Terletak kat middle of no where. Aku pun tak pasti kat mana. Macam jauh dari semua benda. So aku tak sarankan hotel ni. Tapi bilik dia comfortable. Ada kedai kedai banyak jugak di persekitaran tapi agak jauh dari tourist spot.

Bangunan hotel

Bilik sederhana besar.

Tilam best. Bantal tak best.

Pemandangan dari balkoni bilik. Pagi pagi nampak makcik makcik duduk bergossip kat bawah. Siap anak dia buat seat up lagi. Anak dia pompuan okeh.


Kawasan persekitaran hotel

Aku tak sempat pun nak breakfast kat hotel ni sebab aku bangkit siap siap terus keluar. Drebar dah tunggu. Hari ke dua tu awal pagi aku dah bergerak ke Agra so tak de masa nak makan.

Tak tengok pun.

Tapi receiptionist dia friendly, boleh la. Masa aku tanya dia mana aku nak cari pharmacy, bersungguh sungguh dia lukis kan peta. Padahal sebelah bangunan hotel je pun pharmacy tu.

In room service pun OK. Aku ada order air mineral je masa sampai. Room servis dia pun berkali kali call aku sebab aku letak sign dont disturb.  Aku cakap tak pe, tak payah kemas. Aku OK je. Bilik pun tak bersepah.

Sewaktu di Agra, aku tinggal di hotel nama dia Taj Inn.

Feeling feeling Taj Mahal.

Terletak tak jauh dari Taj Mahal. 


Bilik dia lagi best pada kat Delhi cuma sempit sikit.

Kalau orang berlari kat luar boleh dengar. Ada pulak budak budak main ketuk ketuk bilik aku. Ntah hapa hapa je.

Tapi aku cuma satu malam di sini, so tak pe lah.

Tidur pun lena jer. Silap silap aku berdengkur, orang kat luar boleh dengar.

Tapi ada satu hotel di Agra ni, antara top hotel in the world, setiap bilik dia semua nampak Taj Mahal. Nama dia Oberoi Amarvilla. Memang lawa gila hotel tu. 




Hallway menuju ke lif

Ruang istirehat di setiap tingkat. Pagi tu aku nampak ada orang tidur kat sini. Keji je

Suasana depan hotel. Agak sibuk

Lobby hotel

Breakfast pagi kat restoran di roof top

Sepatutnya boleh nampak Taj Mahal dari restoran ni, tapi sebab billboard abang ni lah. Terus tak nampak !

Suasana sekitar hotel dari roof top hotel. Breakfast dia aku tak sempat makan sebab aku awal sangat. Dia orang cuma buat toast dengan orange juice je untuk aku.

Dan ini pulak hotel aku di Jaipur.

Nama hotel ni Hotel Golden Manor.

Terletak tak jauh dari station keretapi Jaipur. Kawasan yang agak busy sebab ada roundabout besar. Tapi hotel ni ke dalam sikit.

Dalam banyak banyak hotel ni paling cosy. Paling best !

Bilik besar dan sangat sangat selesa. Tilam pun best. Bantal pun best. Aku menginap 2 malam di sini.



Reception area. Baju biru tu mamat dari Tour Company. Dia tolong check in kan untuk aku

Lobby area

Argh... best !

Luas. Sini baru aku bukak TV. Banyak la cerita Tamil. Nasib ada siaran HBO

Mandian


Cuma ada sekali je aku call housekeeping suruh kemas bilik, then datang 2 orang. Sorang dok vakum sorang dok kemas kemas dan tukar barang barang dalam bilik air.

Aku suruh dia tambah air mineral. Patut complimentary bilik. Dia tak faham English. Dia pegi order air dari restoran hotel.

Siol je.

Pastu aku cakap aku tak nak. Aku suruh dia ambik balik.

Nasib baik lepas tu dia orang hantar yang complimentary punya. 

Yang kelakar jugak. Budak yang kemas bilik tu sebijik muka staff aku. Muka Melayu gila. Aku dok tengok dia atas bawah sebab staff aku tu dah berhenti dan lepas dia resign hari tu aku tak tau dia keje mana tu yang aku musykil. Takkan dia berhenti pastu keje hotel kat India kot? Hahahaha.

Tak puas hati aku tanya dia.

"Are you Indian?"

Haram tak faham. Tak leh nak cakap balik. 

"You...from India?"
"No.. Nepal. Nepal"
"Oh... Nepal !"

Patut lah. 

Sebijik macam muka engineer aku. Hahahaha.

Tak pegi Nepal tapi dapat gak jumpa orang Nepal. Hiks


Ni restoran dia.

Makanan dia so so lah. Biasa biasa je.

Overall aku OK je dengan ke tiga tiga hotel ni. Selesa lah. Tapi aku tak curik towel OK sebab semuanya biasa biasa je.

Buat berat beg aku je nanti.

Hahahaha.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...