Wednesday, May 23, 2012

Santai Samui - Day 2 - Part 2

Misi bermula !

Misinya adalah menjelajah Koh Samui dengan merempit.


Perkara perkara yang di perlukan.


Motosikal atau scooter !

Ya.  Nak merempit kena la ada motosikal. Kalau naik beca tak jadi merempit pulak ya tak?

Ni motosikal yang aku sewa depan Ark Bar. Harga THB150 untuk 24 jam (RM15). Kalau nak sewa motosikal di sana pastikan cari yang mileage rendah sikit. So kita tau la motosikal tu jarang guna atau pun baru. Tak de la kang naik tercabut skru ke apa. Nak jalan jauh ni !

Helmet !

Ya. Kena ada helmet. Tapi rata rata orang tak pakai pun helmet. Aku? Aku pakai sebab aku baik. Menjaga keselamatan. Tahukah anda? Koh Samui merupakan tempat paling banyak berlakunya kemalangan. Tapi sepanjang aku kat sana tak de pulak terserempak mana mana kemalangan mahupun terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah. Apa yang penting, bawak moto hati hati.

Air !

Bawak la air sebotol. Mana tau kang meredah ke mana hala tak jumpa kedai, nanti dahaga. How? Kalau ada biskut ke cokelat  bawak sekali. Isi je dalam beg.

Kamera !

Penting ni sebagai bukti dan nak ambik gambar. Kang kalau tak de gambar tak de lah pulak kenangan.

Pemilihan pakaian !

Ececece. Macam nak pegi annual dinner pulak. Pakai je la apa apa pun asal selesa. Cuaca panas jangan la pakai purdah. Kang orang ingat ninja bawak motosikal pulak.

Minyak !

Pastikan isi minyak. Banyak je jual minyak di tepi tepi jalan dalam botol tu. Satu botol harga dia THB40. Tapi aku rasa mostly motosikal ni dah di jahanamkan meter minyak sebab minyak asyik empty je. Bubuh pun tak naik naik. Macam konspirasi pulak. Kena hati hati la. Check selalu, takkan la dah jalan jauh jauh ingat minyak tak abis pulak.

So apa lagi?

Semua cukup??

Ada lagi !

Diri sendiri lah.


Dah tentu la gaya kena ada. Dan diri cukup sifat dan kesihatan baik untuk gi jalan jalan.

Tengok gambar di atas tu. Tu aku lah tu.

Ada gaya tak sebagai perempit di pulau???

Tapi. Tu aku selepas shred lemak 1 guni. Pegi whitening dan bleaching dulu 44 kali. Hah baru boleh nampak macam tu. Untuk sekarang ni kena berpuas hati dengan body fixed pack dan kulit hitam macam arang batu.

* nanges.

Pemilihan pakaian penting uols. Kalau tak, toksah pakai baju terus. Sah sah la aku ni berbaju. Body abang yang berketak satu dan lawa(k) ni karang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Sedar diri okeh.

Spek mata lalat jangan di lupa. Habuk nanti kang menganggu permanduan.

So dah siap sedia semua. Ayuh ! Kita mulakan perjalanan.


Peta !

Penting ni.

Walaupun tak de la sampai nak sesat barat tak boleh balik ke pangkal jalan, tapi peta kena ada. At least membantu dan mengelakkan berlakukan pembuangan masa sebab tak tau mana arah tuju. Macam aku. Aku dapat peta kat hotel so aku berpandukan peta tu la merempit dalam misi kali ni.

Then decide la nak pegi ke belah mana dulu. Macam aku di Chaweng, aku decide ke bawah arah Lamai dulu sebab aku nak pastikan aku sampai di bahagian atas pulau nanti waktu Sunset dan boleh layan sunset.

Dah siap semua. Jangan lupa baca doa sikit memulakan perjalanan. Ya lah. Nak jalan tempat orang. Kena la bertawakal dan berdoa semoga perjalanan kita di rahmati.

Ayuh mulakan perjalanan.

Dari Chaweng selepas mengisi perut di makan Nasik Beryani tadi aku pun merempit ke arah Lamai Beach. 

Selepas Chaweng Beach ada Chaweng Noi dan lepas tu ada satu view point yang agak menarik.

Let's singgah untuk mengambik gambar.


Kawasan ni menjadi view point untuk orang tengok sunset. Tapi sunset kat sini tak direct lah tapi masih boleh nampak. Ramai jugak warga Samui yang duduk bersantai dan bercinta di sini. Pelancong pun memang akan singgah post ni sebab ni la antara port paling tinggi nampak view laut dan sebahagian Koh Samui.

Resort aku di hari pertama terletak di kawasan ni. Kawasan ni kiranya kawasan berbukit lah dan banyak resort di bina di lereng bukit ni.

Kalau sunrise. This is the superb place to view.

Turun ke bawah sikit sebelum sampai ke Lamai tu akan ada jalan turun bukit. Kena hati hati. Jalan raya di Samui ni tak de la elok mana. Masih belum berturap betul. Dan banyak jugak lubang lubang. 

Nanti ada satu kawasan tepi tu dan dari situ akan nampak Elephant Rock !


Nampak tak elephant nya??

Tu ha. Tertonggeng kat tengah tengah batu tu. Ada la nampak sikit sikit. Tengah aku park motosikal kat sini tetiba ada 2 pelancong asing park moto belakang aku.

"This place is nice"
"Yes"

Dia tegur dan aku jawab. Couple lah.

"Are you local?"
"No. I am from Malaysia. You guys?"
"South Afrika"
"I see.. Must be nice over there"

Pastu dok borak borak sikit. Macam biasa lah aku ambik gambar dia orang berpeluk pelukan. Kawasan ni memang lawa cuma berbatu batu sikit dan tak boleh nak turun ke bawah. Boleh ambik gambar dari atas je. Tapi kalau belah depan sikit ada satu resort dan beach tapi beach tu kira private. Tak boleh nak turun.

Pastu aku turun lagi, ada la nampak port yang lawa lawa ada beach semua aku cuba singgah. Tapi kebanyakkannya private so susah nak mencelah masuk. Ada satu teluk dekat Banyan Tree tu lawa jugak. Aku naik sampai ke hujung tapi kena patah balik sebab memang tak nampak laut unless kita menginap di situ.

Turun ke bawah, akhirnya sampai la ke Lamai Beach.




Gambar gambar di atas tu adalah kawasan sebelum public beach. Maksudnya kawasan private beach yang ada resort resort tertentu. Nak masuk kena tawakal la. Kalau kena halau, tebal kan muka dah blah !

Hahahaha. 

Tapi OK je aku rasa yang penting gaya tak boleh takut takut. Motip kau nak mencuri tapi lutut gigil??

Macam tu la di ibaratkan.

Dan turun ke bawah ada sign masuk ke Lamai Beach dan di situ la adanya public beach untuk orang suka suka hati je pegi mandi.

Kawasan ni meriah jugak la macam di Chaweng tapi tetap tak boleh nak outdo Chaweng in term of ke happening-an nya.



Lepas Lamai Beach, turun ke bawah ada pantai tapi kawasan berbatu batu sikit.

Aku hampir nak terjatuh sebab aku bawak moto sampai ke pantai dan tanah pasir tu buat motosikal aku hampir terbalik. Nasib tak de orang, kalau tak memang menjadi bahan la orang tengok satu ketul manusia berhempas pulas tahan motosikal tak bagi jatuh.

Ergh. Ergh. Ergh.

Tapi pose tetap kena senyum.

"Sawadeeekappppppp"

* sambil lambai lambaikan tangan ke atas.



Misi aku nak mencari Hin Ta Hin Yai tapi ralit bawak moto tak tau ke mana hala tetiba aku rasa macam terlepas. Aku dah sampai jauh ke bawah.

"Eh"

Begitu hati bersuara.

Stop tepi jalan dan usha peta. Memang betul aku terlepas. Tak perasan pun sebarang tanda. Tapi tak pe. Teruskan dulu di kawasan berdekatan. 

Kawasan ni nama dia Hua Thanon.

Dan di kawasan ni la adanya perkampungan Melayu Thailand dan sebanyakkannya menganut agama Islam.

Ada nampak sign tapi aku tak masuk dulu, aku terus dulu ke hujung usha pantai di kawasan ni.

Di kawasan ni nama dia Haad Nakai. Ada Zoo dan Aquarium di sini. Aku tengok tak ramai orang. Mesti binatang tak berapa menarik kat sini. Aku pun malas nak masuk. Pegi pantai dan lepak lepak tengok tengok je.

Pantai dia agak lawa. Ada resort semua tapi air dia cetek dan agak jauh.





Lepas melepak kat situ. Minum bagi menghilangkan dahaga sambil dok borak dengan couple mat salleh situ maka aku pun berangkat.

Kena cepat tak boleh ralit buang masa. Hari makin petang, banyak tempat lagi nak pegi.

So plan aku nak pegi perkampungan Melayu tadi tu pastu aku nak kena patah balik cari Hin Ta Hin Yai tu.

Aku terjumpa bangunan ni. Macam pelik je.

Aku rasa restoran.


Dan di perkampungan Hua Thanon tu kiranya macam perkampungan nelayan. Aku just masuk dan round round kawasan sekitar.

Ada jumpa satu restoran nama dia Melayu something Restoran. Ramai jugak orang tapi aku tak de la lapar sangat so tak singgah lah.

Perkampungan nelayan

Kawasan persekitaran


Dan di sini la terletaknya satu satunya masjid di Koh Samui ni. Besar jugak la kan. Cukup untuk menampung keperluan penduduk Islam di sini. 

Dia orang pandang pandang gak tengok aku, aku buat bodo je lah. Nak masuk masjid ni tapi aku pakai short. Takut kena halau pula. Sudahnya ambik gambar je pastu blah.

Kawasan ni tak bersih sangat tapi boleh nampak makcik makcik dan kakak kakak pakai tudung. Ada jugak yang bukak gerai dan jual tepi jalan. Aku assume should be halal la kot.

So abis meronda kawasan ni, kena patah balik dalam beberapa kilometer untuk sampai di wonderful rock yang menjadi ikon Koh Samui ni.

Kalau pegi Koh Samui tak sampai sini memang tak sah lah. Kira wajib tengok sendiri apa benar wonderful yang di khabarkan itu.

Actually ada signage jalan masuk cuma kena hati hati sebab signage kat Koh Samui ni tak de lah proper mana. Suka suka dia je melabel kan kat belah atas kena dongak sikit baru nampak.

Lagi lagi kalau kita bawak moto dengan habuk dan debunya lagi. So kena check dulu.

Masuk dalam kawasan ni akan ada satu tempat parking. Parking motosikal kena bayar. THB10 (RM1). Dan di kawasan ni banyak jugak orang menjual. Ya lah sebab kawasan tumpuan pelancong.


Ada beberapa kedai jual FM yang menarik. Tapi harga agak mahal. Aku dah malas nak beli sebab aku dah beli sebeban masa kat Chaweng tadi. Tu pun jenuh aku menawar dapat la seketul RM3. Tapi berat berat semua macam batu bata. Kalau beli FM saja dah menambah berat beg dah.

Dan akan ada signage untuk ke pantai di mana kita akan nampak permandangan macam ni.


Ya. Itu la Hin Ta.

Tau apa Hin Ta tu? Hin Ta dan Hin Yai merupakan formasi batu yang menyerupai alat kelamin lelaki dan wanita.

Tapi di panggil Ta (Grandpa) dan Yai (Grandma).

Nampak tak?

Hah. Ni close up, Atuk punya.


Kelas Atuk punya cokeng ke atas macam tu. Besar lak tu kan Tasuke?. Mesti Nenek suka. Kan?

Tapi di mana Nenek punya???

Kawasan tu kawasan berbatu batu lah. Banyak batu dan salah satunya formasi yang alat sulit lelaki tu lah.


Apa?

Tak nampak alat sulit nenek????

Raba lagi ! Raba lagi !

Kalau Atuk ada mesti la Nenek nak ada jugak.

Ni hah !


Sama tak?

* mati la kena pelangkung.

Hahaha. Yang penting Nenek punya..... becak !

Hahahaha.

Dia terletak di tepi air, so agak menyorok. Kalau tak tengok betul memang tak berapa nampak. Kena turun sikit. Kalau perlu selak kain, selak la baru boleh nampak ! Macam aku, aku tanya minah salleh ni dan dia tunjuk. 

"Where is the female part?"

Terpinga pinga dia tengok aku. Macam tak nak jawab je. Tapi dia tunjuk jugak. Nasib aku tak sambung tanya.

"Your's look like that too huh?"

Ada aku kena bunuh kat situ kang !

Sebenarnya ada cerita di sebalik formasi batu batuan ni. Aku malas nak rephrase dan translate. Korang baca ni je lah.

The Hin Ta/Hin Yai legend is a tale of tragedy tinged with hope, as described on a signboard near the rocks: “A folklore of Samui Island tells the story of an old couple by the name of Ta Kreng (Grandpa Kreng) and Yai Riem (Grandma Riem) who lived with their son in the southern province of Nakhon Si Thammarat. Since their son had come of age, they felt that it was time he got married.

“One day they decided to sail to the neighbouring province of Prachuap Khiri Khan to ask for the hand of the daughter of a man named Ta Monglai. During their sea journey, their boat was seized by a storm. The old man and his wife were unable to swim ashore. They died at sea, turning into rocks as proof to the would-be bride's parents of their true intentions. The rocks stand there to this day.”

Sedih tak???

Hahahaha.

Bagi aku tak de la impress mana pun. Tu semua rock formation, it could be anything. Cuma sebab nak popularkan skit, apa salahnya, boleh la menarik perhatian pelancong.

Dari Hin Ta Hin Yai tu aku bergerak semula. Kali ni ke arah jalan tadi sebab tadi aku missed tempat ni. Cuaca punya la panas. Aku singgah beli air terduduk atas moto dan fikir, mampu ke aku nak pusing pulau ni lagi?

Ni separuh pun belum abis dah rasa macam kejung.

Sakit pinggang bawak motosikal lama lama. Jalan bukannya elok pun. Lubang bontot pun dah rasa masuk ke dalam asyik langgar lobang.

Tapi tak pe. Slow slow. Usaha pasti jaya. Kena la gigih sikit. Kalau berdua memang ngam la nak buat trip pusing keliling macam ni.

Lepas rasa OK je, aku pun sambung.

Aku tak ikut route biasa sebab tu route masuk ke tengah. Ada jalan pegi ke Air Terjun tu semua. Dan aku tak de rasa nak pegi Air Terjun sebab aku rasa waterfall dia macam biasa biasa je. Siap nak kena trackking lagi. So aku ambik jalan belah bawah yang mana jalan yang kurang dilalui dan pegi ke pantai yang kurang menjadi tourist spot.

Kenapa tak jadi tourist spot?

Meh kita gi usha.

Sampai di area Bang Kao tu, memang kawasan tu sunyi je. Ada rumah rumah penduduk kampung dan kebun kebun kelapa je yang banyak.

Tapi ada pantai jugak la dan aku usha kawasan ni.




OK lah. Tak de la gempak sangat sebab kawasan dia macam berlumpur sikit. 

Tapi di kawasan ni ada orang main ATV. Layan jugak la aku usha sambil duduk atas motosikal dan hisap rokok. Orang yang bawak mat salleh ni semua main ATV adalah budak budak kecik ni hah. Impress tak?

Aku ada biskut, aku ajak budak budak ni makan biskut. Lepak lepak borak borak.

Seterusnya aku ke bawah lagi ke kawasan Tong Tanote.



Ni pun actually kawasan perkampungan nelayan.

Ada rumah rumah je di kawasan ni. Resort pun ada jugak tapi letaknya di kawasan terpencil di lereng bukit sebab pantai kat sini tak de la lawa mana.

Yang penting nampak pokok kelapa ni.



Jelas tak?

Lepas tu aku menyusuri  kawasan belah barat Koh Samui naik ke atas di mana kawasan ni rata rata di penuhi oleh perkampungan nelayan dan ada jugak beberapa resort di sini.

Layan kan je.




Di satu kawasan lain nama dia Pang Ka. Ada beberapa resort mewah jugak.

Kawasan ni popular sebab facing sunset. Dan beberapa pulau kecil di bahagian depannya. Ada jugak trip dan tour ke pulau pulau tu.


Salah satu resort mewah yang ada


Pastu aku teruskan lagi perjalanan.

Kat kawasan ni memang penuh dengan kebun kelapa. Sepanjang jalan. Ada jugak Snake Show tepi jalan.

* pengsan.

Tak de nya aku nak berhenti tengok. Monkey show pun ada. Pelik pelik la dia orang ni. Apa apa pun, di kawasan ni memang lebih tenang dan mendamaikan. Beza dengan Chaweng dan less developed dari kawasan kawasan di Koh Samui ini.



Pastu jalan jalan nampak Elephant Gate.

Tak tau tempat apa, tapi aku masuk je usha di bahagian dalam. Berpandukan peta yang aku ada, ada beberapa resort jugak di kawasan ni.

Ayuh kita pegi.




Pastu aku rasa macam sesat.

Jalan tu kecik je. Tapi kalau ikut peta yang ada macam boleh lepas sampai ke Nathon. Tu aku tawakal je sampai la aku di satu kawasan ada gate. Nampak dia tulis Intercontinental Hotel Samui. Mesti tak boleh masuk.

"Nathon?"

Aku tanya guard situ.

"Yes.. Yes.. "

Dia tunjuk jalan boleh terus. Aku pun apa lagi. Jalan je lah. Kawasan berbukit bukit sikit. Tapi lepas bukit tu aku nampak satu resort mewah. 

Dan sangat lawa.

Apa lagi aku pun berhenti dan pose pose aku stay situ.

Hahahahaha.




Lawa tempat ni. Siap gym dia tepi pantai lagi.

Memang port yang menarik untuk layan sunset.

Tak boleh berlama lama. Lakonan sebagai penginap di hotel mewah tak boleh berterusan lama lama nanti terkantoi lagi. So mari bergerak sekarang dan lalu kawasan kampung lagi.

Jumpa tasik dan bunga teratai di pinggiran jalan.

Stop !




Area ni memang lebih kekampungan lah. Tapi best jugak tak banyak kenderaan. Bawak motosikal pun feeling feeling merempit dengan diri sendiri je.

Dari kawasan ni baru lah aku sampai kawasan bertamadun sikit. Ada perkampungan nelayan lagi dekat dengan Navy punya Base.

Layan kawasan sekitar ni




Pastu baru aku jumpa jalan utama balik semula dan terus je merempit ke pekan Nathon. Kira dah setengah aku pusing Koh Samui ni.

Kawasan Nathon ni memang menjadi bandar untuk Koh Samui ni. Banyak pejabat pejabat kerajaan, sekolah, klinik dan semua di sini. Kedai kedai pun ada. Pelancong tak ramai sangat kecuali orang orang tempatan.

Di sini la letaknya jetty waktu aku sampai naik ferry semalam.

Pantai yang tak berapa lawa

Pekan Nathon

Pasar Malam

Seterusnya hari pun dah nak senja.

Aku rasa aku tak boleh make it around Koh Samui ni sebab tak sempat. Boleh la pusing tapi tak boleh nak ambik gambar sebab hari dah nak malam. So aku pun fikir tak perlu la berkejar kejaran. 

So aku jalan sampai hujung atas singgah kat kawasan Bang Por.

Lepak lepak jap layan sunset.



Pastu sampai ke Mae Nam beach. 

Layan jugak. Ada orang mandi mandi di sini. Pantai ni kiranya pantai yang ke tiga glamer dan banyak resort jugak selepas Chaweng dan Lamai.

Hari pun dah petang tapi awan tebal sangat sunset tak berapa meriah.



Dah nak malam. Aku bawak moto lepas kawasan Bo Phut yang aku dah pegi semalam. Kawasan ni banyak restoran restoran tepi pantai. Nak makan seafood OK la kot di kawasan ni.

Dan akhirnya aku ambik port last sekali dekat Koh pan. Berdekatan dengan Big Budha dan layan perasaan.

Lepas hisap rokok nak tunggu sunset. Kebetulan ada pulak mat salleh ni sorang macam aku gak, dia pun nak capture gambar sunset tapi tak berapa nak ada.

End up kita orang duduk tepi pantai borak borak. Macam berdating pulak maghrib maghrib buta. Kalau mak aku tau ni mesti dia bebel sekarung dua maghrib maghrib duduk di luar rumah. Tepi pantai lak tu.



Lepas melepak dan kecewa dengan matahari yang takde akhirnya kami pun bergerak.

Aku blah dan mamat tu blah. Dia dari Sweden. Dia bawak 2 kamera tapi kamera compact je lah. Siap aku racun dia hisap rokok.

"You should try Malaysia's cigarette. It tastes different"

* mati la jadi jahat.

Dia try dan dia kata ya memang berbeza.

Lepas blah tu aku pusing kawasan Choeng Mon jugak. Dan di kawasan ni memang banyak la resort resort mewah. Pantai kat kawasan ni kira lawa jugak sebab dia sebelah timur macam di Chaweng jugak. Tapi ! Mostly pantai pantai ni semua private sebab hotel hotel mewah ni susah nak bagi access kalau kita nak ke pantai dia.

Ni salah satu hotel mewah dan gah.

Sangat lawa.


Maka tamat juga la tawaf sekeliling Koh Samui sepanjang lebih 50KM ini.

Penat.

Aku singgah kat kedai Fareast tu tapi tutup jugak. Memang bukan rezeki aku lah nak makan kat situ. So malam tu aku berlapar je lah.

Balik ke Ark Bar suasana di Chaweng dah meriah semula. Ya lah dah malam. Bar, disco dan restoran semua dah bukak. Manusia jalan jalan mundar mandir sekeliling.

Nantikan sambungan aku terjumpa seorang yang prominent dari Malaysia dan cerita aku menarik perhatian semua orang dan kena marah ke kena carut ke apa. Sampai sekarang aku tak faham apa makcik tu cakap dan jerit kuat kuat kat aku.

* sigh

bersambung.............

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...