Thursday, May 3, 2012

Grand Lexis - Makan & Makanan

Sebelum tu saksikan koleksi makan dan makanan yang disediakan di Grand Lexus tu. Kami makan buffet. Berbeza dengan makanan ala carte masa aku pegi untuk food testing hari tu.

Apa yang aku boleh cakap, makanan dia adalah inzal !!!

Sedap !

So aku tarik balik kejian aku terhadap Grand Lexis. Walaupun aku rasa hotel ni mahal dan tak berapa worth it tapi kalau kaya macam BS tu, anytime. Boleh je pegi melawat !

Enjoice .....


Ini ayam roasted apa benda ntah. Memang menjadi pilihan ramai. Cepat je abis. Kuman cakap sedap gila. Masa aku sampai dah abis. Berkali kali aku suruh orang hotel tu replanish sambil aku cakap kat IG.

"Lu tengok  beb. Kalau dia tambah, gua berlari gi ambik"

Pastu dok makan tetiba IG cakap.

"Beb. Dia dah tambah tu !"

Berlari aku pegi kat buffet tu nak ambik. Tup tup ada cina sorang ni kaut abis !!

* nanges.

Nasib baik la dah abis makan tu sampai jugak ayam ni satu round lagi. Dapat lah merasa. Memang sedap !

Koleksi buah buahan. Macam biasalah. Tak de yang menarik. Buah buah biasa je.

Dessert dia pun biasa je. Tak banyak dan tak de yang best best macam creme brulee ke apa. Kek kek dan kuih kuih Melayu je ada.

Salad dan segala appertizer. Tak menjadi pilihan sebab banyak lagi makan lain !

Restoran dia. 

Setting meja waktu kami BBQ dinner by the pool. 

Kuyah muyah dan dessert.

Buah buahan menjadi pencuci molot

Aha... kebab ! Sangat sedap !

Nasik goreng ketam dan udang. Pastu lasagna dan lain lain. Lasagna dia sedap !

Udang, tiram, mussles dan semua benda mentah yang aku tak berapa minat.

Salad dan sedara mara

Salad lagi

The ultimate dish ! Lobster !!!!

Aku makan dengan banyak !!!!

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...