Thursday, April 19, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 6 - Osaka - Part 3

Fuh !

Maka sampai la kita di episod terakhir di hari terakhir trip Misi Mencari Maria Ozawa di Jepun.

Sebaik saja siap ambik luggage aku di hostel terus aku naik train semula. Kali ni aku patah balik ke Osaka Station dan naik train lagi ke Shin Osaka.

Actually kalau dari Osaka Station ada train ke airport. Tapi train biasa yang banyak banyak berhenti tu. Tapi  memandangkan JR Pass aku masih hidup so aku boleh naik train express macam Shinkansen dari Shin Osaka terus ke Kansai Airport.

Beza time sangat banyak jugak. Sebab train biasa tu akan berhenti kat banyak station. Sejam lebih nak sampai. Train express ni berhenti jugak tapi few station je dan terus je ke airport.

Jom naik train buat kali terakhir di Japan sebelum kita pulang !




Si Daud yang dah jadi obese.

Walhal aku masa datang tak de la bawak banyak barang. Ni nak balik dok sumbat itu ini terus la beg tu jadi berat. Nasib baik jugak la aku memang beli luggage siap siap so aku dah agak walau aku pegi dengan ringan kalau balik mesti berat.

Belum kira paper beg lagi especially Hard Rock yang aku bawak balik tu. Semua dalam tu gelas gelas yang aku kumpul dan dapat percuma di setiap Hard Rock Cafe yang aku jelajah.

Sapa sangka dalam malas nak mengumpul, now aku ada koleksi HRC dari Japan dah. Fukuoka. Osaka. Osaka Universal. Tokyo. Tokyo Ueno.

Nasib tak pegi Narita dengan Yokohama je.

Tapi tak pe. Yang tu simpan untuk trip akan datang. 2 tu je lagi HRC yang ada kat Japan ni. Insya allah kalau ada peluang aku akan datang lagi.

Aku suka Japan !

Aku puas hati sebab aku dapat cover tempat tempat yang aku nak pegi. 

Serious aku rasa sangat best. Bersih. Kemas. Facilities yang cukup. Selamat. Apa lagi yang kita nak terutama untuk penggembara solo macam aku ni. Nak jalan pun tak risau. Apa yang risau cuma harga di Japan ni agak mahal sikit la berbanding kalau travel ke negara lain.

Tapi masih boleh di kawal. Yang penting jangan belanja sakan. Belanja light light je !



Sampai kat airport masih ada masa tapi kaunter AA dah di buka so ramai jugak la yang beratur.

Aku beratur sama.

Dah ramai tu ada macam macam kes lah. Beg tak lepas lah. Terlebih luggage lah. Tu yang buat queue panjang berjela jela. Nasib baik la bila masuk turn aku mudah je.

Si Daud berjaya lolos ke dalam perut kapal terbang. So aku berlenggang kangkung je dengan beg kamera dan paper beg di tangan.

Ada jugak jumpa dua tiga budak pompuan yang travel di Osaka. Dia orang pun sama dah nak balik ke Malaysia. Tak de la tegur atau borak sebab dia orang borak sesama sendiri dan aku pasang telinga je lah. Macam biasa, kalau jumpa bebudak Melayu ni, mula la dia orang start nak cakap kuat kuat lah. Attention seeker sungguh. Aku buat bodo je lah. Malas layan.

Sempat hisap rokok dua tiga batang dulu sebelum boarding.

Masuk boarding hall then ada duty free shop then terus la menunggu tak sabar nak pulang.


Hah !

Kapal terbang pun dah sampai.

Dan macam biasalah aku ni akan masuk last sekali. Malas aku nak berebut rebut. Kadang kadang pelik tengok manusia ni, kalau annoucement di buat untuk masuk flight, macam berpusu pusu nak masuk. Berebut rebut macam nak kena tinggal.

Seat kan dah ada?

Number pun ada !

Tak de nya yang duduk atas lantai. Kan?

Tapi tetap lah..

Aku masih tak faham. Tapi tak pe lah. Masing masing punya hal.

Apa yang penting, aku pun excited nak balik. Lama sangat dah rasanya tinggalkan bumi Malaysia walaupun tak sampai seminggu.

Hiks.

Ya lah. Rindu nak makan nasik dengan berhemah !

Aku dah kurus aku rasa. Kepenatan tetap ada. Dok fikir, lepas balik dari Japan ni aku nak kena ikut trip GBS lagik !

How?

Tapi tak pe. Semua dah di rancang. So follow jer.


So ayuh !

Kita naik flite. 

Dalam flight aku duduk sorang kat 3 seat tu. Inzal ! Boleh betul betulkan urat. Sepanjang jalan aku cuba tidur tapi agak gagal. Melayan perasaan je lah.

Selamat tinggal Japan. Sayonara. Terima kasih kerana memberi seribu satu pengalaman yang sangat berharga....



Kareha chiru yuugure wa
Kuruhi no samusa wo monogatari
Ame ni kowareta benchi niwa
Ai wo sasayaku uta mo nai

Koibito yo, soba ni ite
Kogoeru watashi no soba ni ite yo
Soshite hitokoto kono wakarebanashi ga
Joudan dayo to waratte hoshii

Jarimichi wo kakeashi de
Marason bito ga yuki sugiru
Marude boukyaku nozomu yoni
Tomaru watashi wo sasotteru

Koibito yo, sayonara
Kisetsu wa megutte kuru keredo
Anohi no hutari yoi no nagareboshi
Hikatte wa kieru mujou no yumeyo

Koibito yo, soba ni ite
Kogoeru watashi no soba ni ite yo
Soshite hitokoto kono wakarebanashi ga
Joudan dayo to waratte hoshii
Mayumi Itsuwa - Koibitoyo

Overall aku suka trip Japan ni dan aku gembira semuanya berjalan lancar. 

Kalau nak cerita pasal budget, hmmm aku pun tak tau nak cakap sebab aku tak set budget untuk travel aku. Cuma aku try untuk belanja seminima yang mungkin.

Flight tiket tu boleh dapat murah kalau beli awal !

Hostel tu rate dia dalam 100 satu hari. So kalau aku pegi 5 hari, kena la bayar RM500 ! Kalau nak duduk hotel mahal sikit lah. Tengok kemampuan masing masing.

Untuk JR Pass memang agak mahal. Lagi mahal pada flight ticket. RM1000 lebih. Tapi bagi aku berbaloi baloi untuk beli. Kalau plan nak travel satu Japan dan nak explore macam aku ni, OK lah. Tapi kalau setakat nak pose pose di Osaka atau di Kyoto saja, tak perlu lah kot.

So dah berapa tu?

Kira sendiri.

Lain lain. Makan tu ikut perut masing masing. Aku rasa aku tak makan banyak mana pun. Sebab kes babi tu buat nafsu aku terbantut. Tapi aku makan few times dia HRC tu kira boleh tahan la mencekik. Tapi tu lah. Ikut kemampuan masing masing. Jangan sampai tersadai tak de duit nak balik semula sudah lah.

Belanja lain?

Save la dalam RM500 cukup kot untuk train yang tak cover by JR, dan beli ole ole sikit. Dan ni terpulang jugak kalau nak beli banyak barang memang lah tak cukup.

So, kira sendiri berapa budget yang perlu. 

OK?

Tapi serious aku cakap, pegi Japan adalah sangat best ! Dan aku recommend Japan sebagai destinasi wajib setiap orang !

Dan aku sangat gembira dengan trip ni. Semuanya Alhamdulillah smooth saja. Tak de benda yang pahit sangat kecuali isu isu sebelum pegi. Yang manis banyak. Japan has a lot more to offer. Yang penting, kena rajin discover dan explore. Semestinya menjadi destinasi terindah bagi orang orang yang suka berjalan macam aku ni.

Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Akhirnya pukul 5 pagi pesawat mendarat dan adik aku ambik.

Ah lega.

Rindu Malaysia.


Dan nampak tu kuning tu.

Teka apa?

Tapak kasut aku tercabut lagi dalam flight on the way balik Malaysia tu.

Confirm ! 4 tapak telah tercabut dengan jayanya. 

Kenangan pegi Japan. Kesian kasut tu kena cerca !

TAMAT

* fuh !! cuci tangan...............

14 comments :

  1. oh... i will miss misi mencari maria ozawa... thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. hebat meng travelog nih..patutny bleh apply travelog dgn airasia tuh..try la..hu

    ReplyDelete
  3. dari x suka japan, pas follow entry japan ni terus teringin nak pergi...

    tq

    ReplyDelete
  4. ya Fara... dah abis.. u go and share with us ur story.

    AJ.. makasih.. x mau dia ambik. aku merapek je lebih.

    Emy Besar... - Sila pegi. Japan adalah wajib pegi !

    ReplyDelete
  5. fuh..finally abis juga misi mencari maria ozawa ni..macam bace novel plak.
    sebelum ni jepun tak termasuk pun dalam wishlist nak pi melancong.tapi lepas ni mmg nak simpan duit g jepun pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun adalah wajib ! sila pegi... kumpul duit dr sekarang....

      Delete
  6. GBS tu, geng bas skolah ker ?? hehe
    entri yang betul² kaw² feel..
    korekkk².. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GBS tu Geng Berjalan Sakan..... ( kdg kdg je naik bas )

      Delete
  7. Terima kasih Abang Meng....baru selesai baca kisah Jepun Abang Meng. Diharap akan terus menulis..banyak kawan kita dah slow dalam menulis blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama...

      Insha allah. selagi rajin blog ni akan sentiasa di update...

      yang lain2 tu berehat kejap tu.

      Delete
  8. Syoknya baca abg meng punya story..saya ngn husband baru berjinak2 dgn travelling ni.. insyallah tgh meng'usha' tiket ke jepun pulak pas ni..mmg blog ni jadi panduan kalau nk pegi mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang elok di teladani... yang buruk di pelajari. moga impian tercapai. insha allah. amin

      Delete
  9. Thank you abg meng! Travel blog paling menarik pasal jepun. Saya baru discover blog abg ni dari last year. Saya pun baru berjinak collect HRC T-shirt, lepas baca story ni rasanya nak follow collect
    gelas pulak hahah. mungkin boleh start dgn HRC dalam Malaysia ye dok? hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau last year tu mcm tak baru dah.. dah lama dah tu...

      ohh jangan bro start dgn bebenda merapek hrc ni nanti ketagih.. t shirt tu mcm tak durable.. baik kumpul magnet dia/short glass je boleh gak di jual 50 tahun lagi.

      anyway HRC KK pun dah tutup.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...