Friday, April 13, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 5 - Kyoto - Part 2

OK !

Mai balik semula ke Kyoto Station.

Sampai di Kyoto Station kena tukar train dan aku naik Sagano Line menuju ke destinasi ke dua di Kyoto.

Arashiyama !

Ni gambar gambar di Kyoto Station.



Besar boleh tahan jugak la station Kyoto ni.

Berpusing pusing jugak la aku nak mencari train Sagano Line tu. Nasib baik la jumpa jugak akhirnya. Terus naik train dalam 20 minit train stop di Saga Arashiyama Station. Kalau ada JR Pass jangan risau. Covered !

Dari station tu kena jalan kaki sikit. Berpandukan peta. Lalu di kawasan rumah dan kedai kedai kayu fashion lama menuju ke tempat yang menjadi landmark kawasan Arashiyama ni.

 

Tapi cuaca sejuk gila.

Aku menggiggil gigil. Dah la lupa bawak ear cap. Ear cap aku tu hilang aku masih tak sempat nak tanya kat kaunter. Rasanya terjatuh masa aku keluar dari bilik first aku stay tu. Dah tinggalkan note. Malam ni balik baru aku boleh check sebab semalam aku sampai kaunter dah pun tutup.

Nasib la hari ni aku pakai long john. Baju saja 4 lapis termasuk jacket tebal. Tu pun parah jugak rasa. Kalau tak pakai mahu beku terus aku di jalanan dan jadi statue.

Sampai di Arashiyama ni ada jugak beca beca macam ni. Ada je mana mana pun. Naik dengan tak naik pun.

Beca ni boleh di gunakan untuk jalan jalan sekitar kawasan Arashiyama ni sebab kawasan ni agak besar. Aku syorkan kalau rajin sewa basikal je sebab kawasan ni saja memang luas. Tapi aku pilih untuk jalan kaki !

* nanges

Sebab aku ingat tak de la besar mana.

* sambung nanges.


 

Dan akhirnya dalam pada menapak dalam sejuk tu aku sampai jugak ke sungai ni.

Sungai Arashiyama yang menjadi tumpuan para pelancong. Di sini terletaknya sebuah jambatan kayu yang menjadi penghubung ke kawasan seberang satu lagi.

Nama jambatan ni adalah Togetsukyo Bridge atau lebih senang di panggil Sagano je.

Kat sini memang menjadi tumpuan photographer jugak la. Ramai je aku tengok siap dengan tripod semua. Malu aku nak ambik gambar takut orang tengok. Kang gaya je lebih tapi gambar hampeh.

Di sebelah jambatan kayu ni ada kawasan berbukit bukit dan area ni memang lawa la kot kalau time springs atau pun falls sebab banyak daun daun.

Yok ! Layan gambar gambar di Togetsukyo Bridge ni.






Aku tak cross pun sebaliknya aku ambik port kat kerusi dan duduk melepak.

Menikmati keindahan. Ada la dalam 10 minit jugak. Saja lepak lepak mengamati keindahan. Memang lawa pun tempat ni.

Dan abang beca memang sibuk la ke hulu ke hilir.

Mari lihat aksi aksi abang beca di sini.





Sanggup nak naik macam tu?

Kesian dowh dia orang ni kalau aku lah yang naik.

Tapi tu la punca rezeki dia orang. Yang bagusnya dia orang ni tak lah paksa paksa, kalau kita tak nak pun dia orang OK je. 

Di kawasan Arashiyama ni ada beberapa tempat penting jugak. Paling famous adalah Tenryuji Temple yang juga merupakan salah satu lagi Unesco Site. Dan paling di cari cari, di kawasan ni lah ada nya bamboo groves yang glamer dan terkenal.

Ayuh ! Mari kita jalan kaki di kawasan sekitar.

Mula mula kita jalan kaki ke Tenryuji Temple dulu.




Dah sampai !

Tenryuji Temple ni merupakan temple penting di zaman Kyoto lagi. Dinobatkan sebagai salah satu great Zen dan sekarang dah jadi world heritage site. Di bina pada tahun 1339 oleh shogun waktu tu dan dibina untuk shogun yang dah mangkat sebelum tu sebagai pembakar semangat dan sebagai memperingati shogun yang mati tu.

Nak masuk sini kena bayar 500 Yen. Compound tak payah bayar.

Aku tak masuk. Berlegar legar di kawasan luar je.

 


Dan kawasan ni sememangnya cantik.

Saksikan gambar 4 musim di lokasi yang sama yang aku capap di situ. Nampak menarik kan? Tapi aku pegi winter, tak de salji pulak, so layan je lah gambar gambar yang ada ni waktu Cherry Blossom, Springs, Fall dan Winter.





Kawasan dia boleh tahan besar lah. Ada kolam, pokok pokok, garden nak boleh sampai ke main building tu. So memang kena menapak jugak ke dalam.

Ada kolam teratai tapi nampak teratai semua macam dah mati kesejukan kot.

Keluar dari kawasan ni aku menapak lagi.

Kali ni menuju ke Bamboo Groves !


Nampak?

Ni baru permulaannya.

Dan perjalananya berpusing pusing lalu kawasan kubur lah. Siap ada jalan keretapi dalam kawasan hutan buluh ni.

Tapi memang redup dan tenang je. Sunyi juga !

Lawa tetap lawa.





Buluh buluh ni di tanam dan menjadi bahan penting untuk pembuatan seperti tikar, bakul dan sebagainya.

Memang banyak pokok buluh ni. Lebih lawa bila rimbunan buluh ni di sinari matahari tengahari di sini.

Tapi jalan pun boleh tahan jugak lah penat.


Abis berjalan, aku patah balik ke area dekat dengan jambatan tadi.

Kali ni aku rasa macam dah abis tawaf kawasan ni. Dekat sejam lebih jugak dah. Ada lagi temple belah belah atas sana tapi aku skip la sebab macam jauh lagi nak menapak. Ada bas tapi aku memang malas nak pegi sebab banyak tempat tempat penting yang lain aku nak pegi.

Jalan kaki sampai ke station keretapi nak naik train.


Kalau nak free aku boleh je menapak semula ke JR Saga Arashiyama Station tempat aku turun tadi. Tapi kena patah balik dan kena naik bas untuk aku ke destinasi ke 3.

So aku fikir fikir, aku melabur sikit untuk jimat masa. So aku naik train ni.

Train ni nama dia Keifuku Railway.


Tram ni sebenarnya train khas menghubungkan kawasan Arashiyama ni dengan kawasan di belah Utara Kyoto tempat terletaknya Kinkakuji dan yang lain lain.

Train ni tak cover by JR Pass so aku kena beli tiket lain.

Harga tiket 200 Yen. (RM8). Jarak perjalanan lebih kurang setengah jam.

Aku tak reti nak beli tiket kat sini, tengah aku dok belek belek mesin tu then ada minah ni datang membantu. Dia la yang tolong aku belikan. Sanggup dia tinggalkan kaunter dia semata mata nak tolong aku.

Baik budi pekerti mulia. Comel pulak tu.

So kalau naik train ni ke Kinkakuji kena transfer dan naik train lain satu lagi. Tiket yang sama. Train ni popular waktu cherry blossom sebab dia akan lalu di kawasan hutan yang mana banyak pokok pokok cherry berbunga.

Time aku ni tak de lah. Masuk keluar terowong dengan pokok pokok kering je. Apa yang penting, aku jimat masa untuk sampai ke destinasi seterusnya.

Jom !

bersambung...............

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...