Monday, April 2, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 1 - Osaka - Part 1

Eh Ah ! Eh Ah !

Ini lah permulaan entry 27 episod yang akan aku cerita kan. Aku try go on details sebab aku nak korang rasa macam korang yang pegi Jepun.

Nak tak?

Tak nak sudah. Kalau nak cepat pegi packing beg. Ingat ! Jangan bawak barang banyak banyak nanti kena charge luggage.

OK. Semua dah tau trip Japan aku ni adalah trip sekejap aku nak pegi sekejap aku tak nak pegi. Dan ada cerita pilu di sebalik trip Japan ni.

Nak tau?

Gini. Pada satu hari yang indah dulu, beberapa bulan masa aku beli tiket ke Japan ni aku terbeli tiket pegi dan balik pada hari yang sama !

Bodoh tak aku?

Ntah apa aku fikir aku pun tak tau. May be dok try adjust tarikh pastu bila confirm tarikh pegi dan balik tu pada hari yang sama. Aku lupa tukar. Yang lagi kelakarnya bertolak pagi pagi sampai Osaka pukul 3 petang dan aku balik KL flite pukul 11 malam tu !

Kau mampu?????????

Dah la masa tu aku lupa yang aku ada trip dengan GBS ke Hong Kong so aku book flight balik tu waktu aku sepatutnya berada di Ghuangzao !

Sekali lagi kau mampu berada di dua tempat pada masa yang sama??????

* koma

Aku ingat lagi aku depan lappy dan OR kat sofa. Aku cakap kat dia.

"Yang. Jom pegi Osaka nak?"
"Nak !"

Dia beriya iya nak pegi. Aku pun gigih la nak book tiket. Aku suka je kalau dia ikut sebab aku tau kalau gi Jepun ni masalah utama adalah aku tak reti cakap Jepun ! OR sah sah la terror. So aku rasa macam mudah la part tu.

Tapi last last dia kata tak nak ikut pulak.

So abang pun buntu.

Dengan salah book tarikh nya. Maka aku edit tarikh tu dah kena bayar penalty pulak. End up tiket sepatutnya dalam RM700 aku kena dalam RM1000. Tapi RM1000 tu kira berbaloi la jugak. Dan macam biasalah aku ni kalau aku rasa nak pegi, dan dan tu je aku book tiket.

Maka hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan akhirnya waktunya pun tiba.

Trip aku ke Jepun 6 hari. Aku dah pening cemana nak cuti sebab aku kena ambik cuti 3 hari. Nasib la kautim baik punya dengan assistant aku suruh dia cover mana yang patut dan berjanji nak rasuah Kuman beli ole ole dari Jepun maka aku ambik cuti 2 hari je.

Sampai masa, yeah... let's berangkat uols !


Tapi sebelum tu banyak benda nak kena siapkan. Seminggu sebelum pegi tu baru aku rasa confirm aku boleh pegi. So berlari lari la aku pegi buat Visa. Nasib baik IG ada teman aku ke sana kalau tak susah nak parking. Then bergegas jugak aku pegi ambik statement ASB sampai ke last day sebelum pegi tu baru la aku pegi beli JR Pass. Kira hectic gila jugak la dengan busy kerja. Last minit jugak aku dapat book hostel kat Osaka tu.

Masalah lagi nak plan itinerary. Aku ni memang la ada benda nak buat, mana nak pegi dalam kepala otak tapi aku malas nak go on details. Sampai masa aku belasah je. Nasib baik jugak Makcik Mayumi ada. Aku just bagitau dia aku nak pegi sana sini dan dia advise aku apa yang patut. Tapi aku tak suka sangat follow itinerary ni sebab bagi aku, kalau aku pegi sorang aku buat je la apa yang aku nak buat dan pegi mana aku nak pegi ikut kaki aku selagi aku larat dan mampu pegi.

Tapi misi utama aku ke Japan ini sebenarnya adalah untuk mencari Maria Ozawa !

Maka cemana uols??

Dah abis ke kemas beg?

Ha. Kalau dah. Ayuh ! Mari kita ke airport.


Subuh subuh hari aku dah bersiap. Adik aku dah berkali kali SMS takut lambat. Dia nak masuk keje pulak pagi. So subuh subuh kita orang keluar. 

Perjalanan ke LCCT lancar macam biasa. Sampai je aku terus check in dulu. Tak de luggage macam biasalah tapi kena check document semua. 

Lepas abis settlekan semua tunggu nak boarding. Tapi sempat lepak dulu hisap rokok. Fikir dalam hati. Boleh ke aku nak proceed trip ni dengan jaya?

Kalau stuck kat mana mana parah jugak. Aku dah tukar duit sehari sebelum flight. Harap harap mencukupi sebab orang kata Japan ni mahal. So aku kena prepare untuk itu. Nak budget pun tak tahu berapa.


Dan macam biasa aku orang paling last boarding. Dok berlenggang kangkung lagi sampai la announcement kedengaran baru la nak terhegeh hegeh. Masa tu la nak kencing, nak beli rokok dan sebagainya.

Sedar sedar je aku dah masuk dalam flite dan kapal terbang Air Asia X mula meninggalkan landasan dan terbang di udara menuju ke destinasi yeah yeah.

Aku mula jadi excited ! 




Makan adalah wajib sebab aku tak tau bila bakal aku jumpa nasik lagi. Lagipun 6 hari nak pegi ni, buatnya tak jumpa nasik cemana? Aku ni perut Melayu. Makan apa apa pun at least lepas sehari kena jugak makan nasik kalau tak aku di serang amok dan radang jiwa !

Makan nasik lemak. Aku duduk sorang je tak de penumpang lain kat sebelah jadi boleh la pose pose. Layan MP3 sambil dok melayan perasaan sendiri. Abis majalah 3Sixty tu aku khatam dah.

Dan boleh jugak pose pose ghairah mengambil gambar di luar untuk menghilangkan kebosanan.


6 jam flight time.

Aduh. Rengsa jugak. Dah cramp kaki duduk lama lama. Sempat la aku pegi kencing sekali. 

Lawaknya, keluar dari toilet tapak kasut aku tercabut !

Tidak....................... !

Belum sampai lagi kau dah kecundang?

Aku ni last minit prepare so kasut main pakai je mana yang aku nampak pagi tu. Aku pakai kasut Timberland yang aku sangat jarang pakai. Kasut tu hari tu aku tinggal dalam kereta, so dia mungkin kepanasan dan ada rosak sikit. Tapak kasut aku tu ada 3 tapak kecik setiap satu. 

1 dah tercabut belah kiri. So bila aku berdiri ada macam senget sikit.

How?? 

Perlu ke sampai sampai Osaka nanti aku beli kasut baru?

Dan pada dok ralit ralit melayan perasaan akhirnya pesawat menghampiri ruang udara Osaka. Aku tambah teruja.


Oh. Kalau kita pegi Osaka, most international flight tak landing dekat Osaka Airport tapi landing dekat Kansai International Airport. 

Jangan terkeliru tu.

Dan Kansai International Airport ni di bina di atas sebuah pulau buatan manusia yang seingat aku masa zaman aku remaja lagi aku tengok Dunia Jam 10 pasal kisah ni dan aku sangat amazed!

Sapa sangka, akhirnya aku berjaya jugak menjejakkan kaki di atas landasan kapal terbang yang mengkagumkan ini.


Yeah !

Dah mendarat. Nampak tu jambatan yang menghubungkan airport dengan tanah besar Jepun. 

Cuaca tak berapa menarik sangat. Masa landing tu pukul 3.40 petang waktu Japan tapi dah nak gelap.

Airport dia memang besar. Rupa pun lebih kurang macam KLIA je cuma kurang lawa sikit lah.


Sampai sampai, chop imigration pastu went through kastam semua tak de masalah. Pegawai tu ada tahan aku dan check beg tapi tak de apa lah. Procedure biasa. Sambil tu dok borak borak dengan dia.

"You come travel here?"

Macam biasalah cubaan orang Jepun nak cakap English. Asal aku faham sudah.

"Yes"
"Arone?"
"Yes. Alone"
"Where do you want to go?"
"I dont know yet. Probably around Osaka and maybe Tokyo"
"That is far"
"I know"

Aku tak kisah sebab aku ada JR pass. Cuma aku tak tau cemana nak utilize menda alah tu lagi. Tapi aku yakin aku boleh !

Tapi di airport ni, tak tau la aku je yang kena or orang lain pun kena. Bila kita keluar dari arrival lounge tu nanti ada pegawai lain datang check.

Dia akan check passport kita sekali lagi !

Aku memula musykil gak. Mamat tu tetiba berdiri depan aku pastu mintak passport. Bila aku tanya dia sapa dia cakap imigration. Just nak check. So aku bagi passport aku kat dia, dia catit dan blah.

Settle !



Sampai sampai tu benda pertama yang aku buat adalah???

Ya !

Merokok. 

Nikotin kurang dalam badan. 6 jam ni tak isap rokok. Tak bermaya karin jadinya. So aku keluar dari arrival hall tu. Sebaik saja pintu di bukak.

Umang aiiiiiiiiiiiiiiiiii

Sejukkkkkkkkkkkkkk !

Masuk balik semula. Bukak beg baru keluarkan jacket. Kalau tak aku pose pose riang je keluar dengan t shirt. Kini tak boleh. Mencengkam tulang sum sum.

Smoking dia ada bilik khas. Tak boleh hisap rokok walaupun di luar airport tu ! Bab bab ni aku cuak jugak la. Bukan cuak apa. Malas nak mencari masalah. Kalau kat tempat sendiri lain la. Ni dah la pegi tempat orang kang nak melanggar peraturan pulak.

Layan dulu suasana petang tu. Matahari dah mula menurun.


Habis hisap rokok aku masuk balik dalam arrival hall tadi. Misi aku adalah nak cari Makcik Mayumi !

Dia dah janji dengan aku dia akan datang jemput aku kat airport. Tapi dia kata dia bakal lewat sebab pagi tu dia ada appointment dengan Dr Gigi. Tak pe lah. Aku OK je nak tunggu dia.

Melilau kawasan airport tu aku  sebenarnya nak cari point untuk charge hp tapi tak jumpa. Aku tanya minah dekat customer servis dia kata boleh je pegi kat kedai kedai hp tepi tepi tu.

Barang di ingat, kat Jepun tak semua phone boleh di guna. Even iPhone aku tak de coverage kat sana. Pelik jugak aku. So bila aku usha usha ada kedai bagi sewa phone. Mungkin la isu GSM apa benda aku pun tak pasti plus Japan ni dia punya telco line lain sikit. So kalau nak sewa phone boleh sewa. Harga tak de la mahal sangat kira by hari. Dan kat kedai kedai di situ jugak aku boleh charge hp aku. FOC !


Yeah. Selamat datang ke Japan !

First time aku sampai aku rasa macam tak de beza apa apa pun. May be sebab aku biasa travel so tak de rasa pelik ke apa ke cuma bahasa je lah. Tapi aku rasa OK lagi sebab so far aku tak de la mati kutu dan buntu nak dapat kan apa apa maklumat.

Masalah timbul bila aku tak tau Makcik Mayumi tunggu aku kat mana !

Sebelum tu dia ada bagitau dia akan tunggu aku dekat foyer ke 2 lepas keluar dari arrival hall ni. Macam tu je.

Dah lebih setengah jam aku sampai dah melilau kat airport tu macam tak de nampak kelibat dia. Hisap rokok pun dah 2 kali. Mana makcik ni??

Aku melilau lagi. Dari foyer tu nampak bridge ke train station aku siap berjalan sampai ke sana. Tak de jugak jumpa dia. 

Datang ke tidak ni?

Aku nak call dia tak boleh. Duit kecik tak de. Belum tukar lagi.


Jenuh la aku merayau sampai belah hujung airport tu. Nampak ada Nikko Hotel dan beberapa bangunan lain. Sejuk tak usah nak cerita lah. Tahan dulu.

Sambil sambil tu aku jadi tukang ambik gambar tak rasmi. 

Ramai je yang sampai kat airport tu nak bergampar so dia orang maybe nampak aku bawak camera, berani je dia orang tahan dan suruh aku ambik gambar. Aku OK je. Tak de masalah.

Masalah sekarang...

Mana Makcik Mayumi Itsuwa nih?????

* nanges


Waktu berlalu pegi. Hampir 2 jam aku tunggu dia !

Dia tak muncul muncul. Aku fikir, kalau aku blah je naik train terus ke Osaka kang apa jadi dengan dia? Dia bagi nombor phone dia tapi aku tak reti cemana nak call. Aku melangut la tunggu. Setiap orang yang ada kat arrival hall tu aku telek.

Tak de kelibat dia pun.

Ke dia dah bertukar wajah? Aku dah tak kenal dia? Tapi kalau dia nampak aku takkan dia tak kenal aku. Aku bangsa asing paling kacak di airport tu sebab semuanya orang Jepun !

Hahahaha.

Hampir give up.  2 jam kelibat Makcik Mayumi tak de jugak. Aku dah tak tau nak buat apa. 

Last sekali aku pegi ke information center ni dan aku bagitau dia.

"I am waiting for my friend. But I cant find her. It has been 2 hours now....."

Susah aku nak cakap. Aku pun tak tau nak cakap apa. Nak suruh dia bagi pinjam phone kat kaunter tu macam tak boleh. 

"Can you spare me some coins. I need to make a phone call"

Tak maluh !

Masalahnya tak de kedai kat floor tu so aku tak boleh nak beli apa apa. Tapi minah ni baik la. Usha gambar dia dulu. Adakah ini Maria Ozawa yang di cari cari?


"I can make an annoucement for you. If your friend is somewhere at the airport, she can come to meet you here"

Dia cakap tak lancar tapi boleh la.

"Seriously?"

Aku terdiam. Perlu ke? Kang saja aku bagi advertisement free kat Makcik Mayumi ni. Tapi aku dah tak de idea. Buntu. Sampai bila aku nak tunggu dia kat airport ni?

Minah ni suruh aku isi satu form semua details la termasuk nama Makcik Mayumi dan nama aku dan tak lama lepas tu berkumandang la suara minah ni menyebut nama Makcik Mayumi !

Nama tu je yang aku boleh trace. Lain lain aku tak faham. Dia cakap Jepun. 

Aku berdiri kat depan minah ni. Aku tak tau apa dia cakap tapi dia suruh aku tunggu kat information counter tu lah.

Tak lama lepas tiba tiba dari jauh aku nampak seorang Makcik tua warga emas berlari lari dengan jacket di tangan.

"Bole chudiyan, bole kangna. Haai main ho gayi teri saajna"

Dum dum dum. Berguling guling di lantai arrival hall tu.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Aku menyambut sambil berguling guling jugak kat lantai airport.

Excited ! Akhirnya Makcik Mayumi muncul di depan mata. 

"Aa aa aa aa aa aa, kabhi khushi kabhi gham"

Dan dia membalas 

"Na judaa honge hum, kabhi khushi kabhi gham"

* mati la sampai sampai Jepun terus kena sawan

Eh. Aku ni kat Jepun ke kat India?

bersambung...............

3 comments :

  1. meg tak mampu sampai sana......... tp baca entry nih........ wah rasa mcm sampai sana gak...... huhuhuhu bravo cik du...... tak sbao nk bace lg nihhhh :)

    ReplyDelete
  2. hahaha... hindustan sgt kat jepun... tapi paling suka part *nanges* - gegurl sgt! hehehe...

    ReplyDelete
  3. lawak giler baca blog supermeng ni..

    ade je lawak sengal...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...