Monday, March 19, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 4 : Shenzen Part 3

Tau idea tak beras nasional kita orang apa?

Naik monorail keliling semua theme park yang ada !

Harga monorail tu RMB20 seorang. Tak pe lah, since konon dia jalan jalan kat theme park ni boleh la kita orang usha dari train je tak masuk pun tak pe lah.

Beli tiket dan naik. Monorail tu bergerak macam siput.

Lebih sedih lagi, dia lalu di persekitaran semua theme park tu. The rest of perjalanan semua nampak pokok pokok je.

* nanges sedu sedan












Secara glance through macam tu aku rasa theme park paling menarik adalah Splendid China !

Yang lain lain semua nampak biasa je.

Abis satu pusingan dalam 20 minit macam tu dengan monorail slow macam tahik tu, kami pun beredar. Bergerak jalan ke subway station. Misi seterusnya adalah nak bali ke hostel je lah.

Shenzen ni memang macam tak de apa apa pun, lebih baik kami spend masa di Hong Kong je.





Naik subway memula ingat nak balik.

Tapi tengok map nak usha lagi sebab masih ada masa. Jadi kami berhenti di Shopping Area Station di point F.

Tetap lah nak shopping tak sedar diri lagi ni.


Tapi turun dari subway tu usha garing kawasan tu macam tak de yang menarik pun.

Cuma ada mall mall dan bangunan bangunan opis. Tak jumpa pun street mall ke yang ada jual benda murah murah.

Aku jumpa minah salleh ni dan sempat borak dengan dia. Dia pun baru datang ke Shenzen tapi dia kata kalau ada pun dekat area Lowu tu je dekat dengan hostel kami duduk tu. Kawasan downtown ni memang tak de apa kecuali mall mall besar bagak dan jual barang barang mewah je. Dulu kat kawasan ni ada Hard Rock Shenzen tapi dah tutup. Di Guangzhao jugak Hard Rock dia dah tutup.





Jadi kami tak de choice kecuali ambik subway balik semula dan patah balik ke Lowu.

Di sana kami merayap lagi. Nampak je tempat ramai orang kami pun tuju. Tup tup jumpa kedai halal lagi.





Dan dalam banyak banyak kedai, kedai ni lah makanan dia ada rasa sikit bagi tekak aku. Tapi tetap tak memenuhi piawaian. Aku ni tak de lah cerewet pasal makan. Ada aku makan. Tak de tak pe. Tapi dah jumpa ni makan je lah.

Konon konon nak rasa.

Nasik dia tetap tawar. Harap pada ayam masak merah tu je lah yang sedikit masin. Lain lain macam tak sedap jugak. Tapi BW dengan IH kata sedap je. Siap berjanji nak makan habis sebab excited jumpa makanan.

Belakang.......................

Eh banyak lah. Muak lah. Macam macam la lepas tu. Dah tak abis tu dah lah.

Aku macam biasa makan tak abis. Tak kena dengan tekak. So aku keluar dulu hisap rokok dan usha kawasan sekitar. Tup tup nampak ada massage center. Urut kaki RMB20 saja ! RM10.

Apa lagi. Aku usul kat bebudak tu. Masa pun masih ada. So lepas makan kami pun bersiap sedia.

Let's uols picit picitin !!!


Massage center dia besar gila.

Biasalah ada private. Ada kat lounge je. Dan urutan dia pun macam macam. Massage kaki. Buang kutil dan kulit mati dan sebagainya. Urut badan pun ada.

So kita orang ni kan berjalan kaki jauh. Hari hari menapak je so kaki pun dah sakit sakit, so kita orang plan nak urut kaki je lah. Harga pun murah untuk sejam. Apa lagaaaaaa..

Sampai sampai dia suruh kita orang naik di tingkat atas. Dan duduk di kerusi yang di sediakan.

Datang 3 orang tukang urut. Sorang pompuan. 2 lelaki. Pompuan tu nak urut kaki aku. So aku bukak kasut dan stokin. Tetiba.

"Aiyahhhhhhhhhhhhhhh !"

Dia menjerit.

Pengsan uols. Kaki bau busuk sangat sangat !

Hahahahaha



Siap dia berkibas kibas.

Mesti keharuman bau kaki tu telah membuatkan dia hampir pengsan di tempat kejadian.

Maka dia suruh rendam kaki dengan air panas dulu. pasang kan kami tv hadap ke muka kami . Chanel cina je pong semua tapik tengok juga lah. Pastu dia mulakan urut mengurut. Picit memicit.

Kan memula minah tu urut kaki aku, BW dengan IH dapat lelaki. So kita orang mintak tukar sebab BW tak selesa kaki dia di urut oleh jantan tu.

Nak bagitau pun payah. Dia orang tak boleh nak faham. Bagi sign tangan je. Nasib baik lah OK. So aku dapat pengurut jantan tu, awek tu pegi urut kaki BW.




Sedap jugak la dia orang mengurut. Sampai boleh bikin rasa nak terlelap je.

Sejam tak terasa. Kaki  je la rasa relaks sikit lepas tu. 

Dan yang ntah hapa hapa nya. Dia orang nampak aku pegang kamera siap posing posing lagi suruh ambik gambar dia orang. Pastu gelak gelak. Aku ni jarang nak ambik gambar candid orang sebab takut orang marah dan tak suka. Tapi dia orang OK je. Aku capap je lah.

Selesai sejam kami pun bergerak tinggalkan tempat tu.

Keluar dari massage center tu, nampak orang berjual di tepi tepi jalan tu. Makin ramai penjual. Usha apa yang patut. Lagipun nak abiskan duit Yuen. Aku beli glass Rayban okeh.

Harga?

RM10 !

* koma

Tapi siap bertag bagai ni macam original je. Ambik dan pakai terus. Hahahhaha

* pose pose Panca Sitara tepi bangunan usang.

Pastu nampak orang jual iPhone 4. Usha garing. Macam menarik gak la. Dia jual dengan harga RMB600. Susah tak faham English. Nasib baik ada sorang pakcik kat situ dia OK. Aku macam berminat sebab tengok function dia sebijik jiban macam original punya. Siap kotak semua.

Aku tawar RMB500 ! 

Then dia bagi.

Terus sambar

* pengsan berkali kali.


So aku ada iPhone 4 di beli dengan harga RM250.

* sambung pengsan !

bersambung............

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...