Tuesday, March 13, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 1 : Macau Part 3

Aku ingat lagi dialog BW masa tu.

"Eh. Bang. Tengok tu ada orang tertinggal barang"

Aku usha. Mungkin orang ni beratur nak naik bas kot, pastu dia tertinggal 2 paper beg dia kat situ. Tertera salah satu paper beg tu dengan jelas dan terang jenama jam tangan mewah.

LONGINESS.

* koma

Pandang kiri kanan. Dah tak de orang. Memang kita orang jer yang ada. Sah orang ni dah naik bas sebelum ni.

Aku dengan BW teragak agak nak check dalam paper beg Longiness tu. Ada satu lagik paper beg macam ada kotak dalam tu.

"Mesti jam mahal tu"

Aku spekulat.

BW check.

"Ala.......... kosong dah"

* nangis sedu sedan.

Cis ! 

Ingat orang tu mabuk ke tetinggal barang situ, rupanya igauan semata. Mereka tak bodoh lah tu. BW kata nak paper beg tu nak isi barang. So kami pun ambik. Cepat cepat naik bas takut orang nampak. IH kata nanti ada kamera ambik gambar. 

Hahahaha.

Balik ke hotel kawasan hotel kami semula dan bas turunkan kami dekat dengan tempat kami naik awal awal tadik.

Penat aku bawak paper beg tu. Tapi paper beg tu memang lawa lah. Dalam Longiness tu memang kosong. Dalam paper beg satu lagi tu adalah kotak arak !

* mulut berbuih.


So apa lagi campak terus dalam tong sampah !


Dari point F balik ke pont D dan kami pun berkeliaran di kawasan downtown Macau tu dan pegi ambik gambar kat kawasan B di mana bas stop tempat kami turun siang tadi.

Kenangan pahit okeh tempat tu sebab sesat !

Tapi suasana memang cun. Berkerlipan dengan cahaya lampu lampa.

Layan !








Memang lama jugak la kami melepak kat situ.

Ambik port tengok lampu bertukar warna.

Tengok la ni manusia berdua ni tak abis abis posing. Semua sudut nak bergambar. Sampai kat tong sampah pun nak posing.

"Hello ! Kita kan kat luar negeri ni"
"Ya lah !"

IH tu gigih je jadi tukang ambik gambar.




Agak dah lewat kami pun menapak balik ke hostel mewah tu.

Sepanjang jalan ni hah berlambak flyers macam macam ni. Tengok je terus aku ingat Tasuke. 

So Tasuke. Ni gambar memang khas aku capap untuk kau ! Hahahhaaha


Sampai hostel terus mati kutu. Ya la nak bising bising tak boleh. Mamat sorang lagi dah balik dan dah tidur. Apa kami buat? 

Makan !

Lapar okeh. Tak jumpa kedai. Nasib baik la BW bawak biskut dan Milo. Ada serunding dan roti jugak. So belasah la makan benda alah tu. 

"Cemana kita nak semayang ni?"

Masing masing berpandangan. Nak sujud pun tak lepas.

Semua diam tak menjawab sebelum masing masing naik katil dan aku tak sedar apa dah. Tapi aku dah sound BW.

"Kalau I dengkur kuat, kejut ! Takut kacau orang"
"OK"

Memula BW jaga aku okeh. Lepas tu dia kata semua orang dalam tu laksana pemain orkestra. Siap ada semboyan, seksofon dan kastenet.

* hulur Panadol kat Ramli MS

So apa lagi.

"Lantak korang lah !!!!!!!!!!!!"

BW tarik selimut dan membuta ria terus.

bersambung.............

1 comment :

  1. ko paperbag kosong pon ko nak rembat en? hakhakhak! tu belum lgi aku yg jumpa. ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...