Monday, March 12, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 1 : Macau Part 2

Sini ! Sini !

Aku sambung bahagian ke 2. Hari petama di Macau.

Sampai sampai kat Istana Kacha kita orang yang bernama Auguster Lodge tu kami pengsan sekali lagi.

Hostel dia ada 1 bilik je dan sumbat 6 orang dalam tu. Ada 3 double decker. IH yang buat urusan registration semua sebab dia yang booking. Masuk bilik tengok katil terus tak cakap apa. Diam je.

Sempit. Nak ambik gambar pun aku tak sanggup. 

Lagipun ada satu mamat Cina dalam tu sorang. Melepak kat katil dia dan cakap kat telefon. Kejap cakap Cina kejap cakap English. Tapi bila speaking tu berdesup desup slanga dia.

Sah bukan orang sini.

Bilik tu dah penuh sebab memang ada 3 je katil kosong. Aku dengan BW ambik port atas dan IH port bawah. Letak beg je terus tak tau nak buat apa. Nak bercakap pun rasa segan. Beza la dengan hostel aku duduk kat Jepun tu. Kat sana lebih proper. Tapi dengan wang yang kami bayar sorang dalam 40 RM tu tak boleh nak complain lebih lebih lah.

Letak beg. Betul betul kan urat sekejap pastu kau pandang aku, aku pandang kau.

"So? Jom keluar lah"
"Jom"

Pastu ada la nak charge phone kejap apa lah. Tak lama kita orang lepak dalam masa 10 minit then terus blah ! Tak betah nak duk lama lama kat situ. Janggal okeh.

So malam tu kita orang memang aim nak pegi tengok Casino. Si Vincent yang tak boleh harap tu pun ada cakap la boleh je naik bas Casino ada port port dia dan dia orang akan bawak terus sampai ke sana.

Tapi untuk double confirm setelah kepercayaan kami hilang pada kata kata manis mulut jubur masam Vincent tu kami double check dengan makcik kat receiption tu. Dia quite helpful la. Phillipines jugak rasanya dan dia bagitau kami port naik bas ke The Venetian tak de tapi ada ke City of Dreams ada. Tak jauh dari hostel kami tu.

So kami keluar dan cari tempat tu dan nampak la berduyun orang tengah beratur nak naik bas free ni.

Masing masing nak gi main judi kah?


Sebab orang ramai kami tak sempat pun naik first trip.

Kena tunggu sampai bas tu datang semula. Sambil tu dok usha kiri kanan. Perut dah lapar semua ni. Last makan KFC tu je la. Dalam flite tak makan apa.

Usha jugak kedai kedai haram tak de yang halal. Tapi nampak Mc D. Last resort la tu kalau tak de apa nak makan Mc D kononnya lah.

Naik bas dan kami di bawa ke pulau di mana Casino terbesar ini berada. Ada 3 Casino yang kedudukannya berdekatan satu sama lain. City of Dreams yang baru di bukak yang mana ada Hard Rock Hotel di situ. Dan sebelah dia ada The Venetian yang mana kami boleh jalan kaki je dan satu lagi The Galaxy tapi yang ni jauh sikit nak menapak.

Naik bas free okeh. Dan bas bawak la cross jambatan ni. Nampak suasana malam di Macau. Bergemerlapan dengan cahaya lampu lampa.

Indah !


Kami bergerak dari point D ke point E !


Bas berhenti betul betul dekat City of Dreams tu. Masuk masuk je tengok ada akuarium besar ni ada duyung okeh.

Tapi ni ilustrasi je bukan duyung betul pun. Tapi terkesima rama rama jugak la. 

Sebelah tu ada pintu masuk Casino ni. Aku capap dari jauh tu pun pak guard tu nampak dia bagi sign no photography. Aku buat bodo je.



Aku ni biasalah kalau berjalan tengok tempat usha lebih kurang then berjalan.

Aku jalan cari Hard Rock Hotel. Tup tup pusing belakang tengok 2 manusia tu tak de. Mana dia orang ni. Aku tunggu je la rupa rupanya, BW tengah pose pose duyung jugak. IH tukang ambik gambar.

Aiyo bebudak ni. Tapi tak pe lah. Selagi boleh track dia orang ni aku OK lagi, kalau hilang kang susah. Nak call telefon tau tau je lah. Dia orang pun tak roaming. Aku je la roaming iPhone aku. BB memang aku tak bawak.

So macam biasa sebagai bekas peminat setia Hard Rock, jumpa Hard Rock je usha mana yang patut. Tapi kat sini Hard Rock Hotel sekali. Cafe dia kat atas, merchandise shop dia je kat bawah. Kami masuk rockshop je lah. 

Tengok tengok tapi tak beli apa pun.








Dan BW macam biasa membuat Hard Rock Cafe shop ni sebagai lokasi pengambaran dia.

Semua sudut dia duduk dan berdiri, IH la gigih ambik gambar dia. Nasib ada kawan sabar macam IH. Nak harap aku ambik gambar ??

Tunggu la kau situ sampai black out kawasan tu. Hiks.

Usha jugak lobby hotel Hard Rock ni dan kawasan sekitar. Menarik jugak la.




Lepas puas kat situ kami bergerak lagi.

Dari City of Dreams tu dah kelihatan sebuah lagi pusat Casino yang sangat terkenal di bumi Macau ni. Terkenal sebab design dan interior dia yang konon konon ala ala Venice tu. Siap ada gondola dan anak sungai dalam tu. Boleh naik kalau siang. Tapi kami pegi malam so kami usha mana yang patut je.





Struktur binaan memang lawa. Setting nya memang mengancam.

Paling best tengok interior dia. Mengkagumkan. 

Orang pun agak ramai. Kat luar tu saja kami agak lama macam biasalah, aku busy dengan kamera aku, si IH dengan BW pun busy dengan aksi aksi berahi dia orang. Cuaca pun agak sejuk dan berangin tapi tak de la sejuk macam di Jepun hari tu. 2 lapis baju dah memadai.

Yok, kita masuk dalam bangunan ni.





Hah kau !

Impressive tak?

Siap BW dengan girangnya bersuara.

"Ah best nya ! Kat sini la lokasi cerita boy over flower tu"

Aku pandang IH. IH pandang aku.

"Apa tu?"
"Ala.. Lee Min Ho berlakon tu. I suka cerita tu. Memang teringin nak tengok tempat ni"

* pengsan aku dengan IH tak faham.

"Cerita Korea lah"

Kannn? Motip cakap dengan aku. Aku ni TV pun tak tengok. Ni pulak cerita cerita Korea nih !

Memang lawa lah. Orang dalam tu pun ramai. Dalam bangunan tu ada shopping malll yang agak besar. Siap ada south mall dan north mall. Kita orang masuk ikut south mall dan berjalan dalam tu sampai la kawasan tengah tu ada tempat untuk berjudi.

Sorry dalam tu memang tak boleh ambik gambar. Tapi boleh hisap rokok !!

* chicken dance.

Nak berjudi sah sah la kita orang tak reti. Last aku berjudi ni.. masa kat Atlantic City di New Jersey yang mana aku main slot machine dan menang dekat USD100 kot. 

Sekali try je. Tapi duit tu aku buat beli baju Hard Rock Cafe Atlantic City. Hahaha takkan nak makan. Main pun try try je tapi excited la lepas dah menang tu tapi takut nak main lagi. Nasib la aku tak addicted.

Kat Macau malas nak main. Tak reti dah la. Benda alah ni semua kan ikut nasib. So kami usha usha berjalan jalan je dalam kawasan tu tengok penjudi penjudi berkerut dahi dok menghabiskan duit dalam tu.

Ntah banyak mana la duit dia orang habis. Gila betul.

So sebagai penjudi yang gagal berjudi dalam tu, kami cuma memperjudikan masa kami je. Masuk jalan jalan dalam tu sampai hujung sana dan patah balik dan keluar semula sebab kami kena balik ke City of Dreams tu nak naik bas free balik ke Macau nuh.

Kalau tak nak balik dengan apa??

So buat muka tak malu je gi tunggu bus free. Hiks.



Ada perkara menarik berlaku masa kami tunggu bas nak balik ke Macau tu.

Ingat lagi dialog BW masa tu.

"Eh. Bang. Tengok tu ada orang tertinggal barang"

Aku usha. Mungkin orang ni beratur nak naik bas kot, pastu dia tertinggal 2 paper beg dia kat situ. Tertera salah satu paper beg tu dengan jelas dan terang jenama jam tangan mewah.

LONGINESS.

* koma

bersambung..................

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...