Thursday, February 2, 2012

Kisah Cintaku - Dubai UAE

Berikut ada gegambar di Dubai.



Ini adalah hotel penginapan abang. Hotel apartment sebenarnya. Bilik dia biasa je, tapi harga bapak mahal. Satu malam 500 ++ Dirham. Kalau duduk KL boleh merasa lepak kat Mandarin Oriental dah kan? Letaknya di Bur Dubai. Kira kira 5 minit je dari downtown Jumeira. Tapi kalau naik teksi, masak jugak ler kena 10 Dirham.


Ini pulak adalah Syeikh Zayed Road. Kiranya tulang belakang Dubai. Satu stretch Dubai tu adalah Jalan ni. Banyak bangunan bangunan yang tersergam indah sepanjang jalan ni bermula dari Dubai World Trade Center sehingga lah menghala ke Jabel Ali.

Bangunan dia memang unik dan sangat sophisticated. Architecturenya menarik dan design dia bermacam macam. Duduk kat jalan ni saja dah boleh merasa keterpukauan nya.


Ini pemandangan dari Souk Medinat Jumeira. Dia adalah bazaar jual barang barang dari Arab sendiri. Tapi bapak mahal. Ada restaurant tempat makan. Ada amphitheatre. Ada canal dan siap dengan boat boleh ronda ronda. Dari sini boleh nampak Burj Al Arab, hotel yang menjadi ikon bandaraya Dubai.



Ini pula adalah pintu masuk ke Mall of Emirates. Salah satu daripada mall yang terbesar di Dubai. Outlets dia banyak gila. Saiz nya besar gila baboon. Dalam ni lah ada ski dubai yang terkemuka tu. Terletak hampir dengan Burj Al Arab.



Pintu masuk ke Ski Dubai. Barang di ingat, nak main atau cuba cuba nak ski kena bayar. Dan boleh tahan jugak ler mahal dia. Tak silap aku dalam 100 ++ dirham. Tapi kira cool jugak ler tempat dia, macam kat tempat ski betul.



Permandangan dari arah mall ke ski Dubai. Besar kawasan ski dia. Kalau tengok dari luar siap ada tempat ski tu dari atas.



Ini dari Syeikh Zayed Rd jugak. Stretch yang ada banyak bangunan baru mengadap Marina Bay. Memang banyak bangunan lawa lawa dan kondo kondo mewah. Harga satu kondo sini memang cecah juta juta ler.


Hard Rock Cafe Dubai yang terletak di tepi Syeikh Zayed Road. Kira macam tepi Federal Highway ler. Nak masuk pun payah, kena berpusing pusing di Internet dan Media City. Very cool place. Dalam dia setting pun cun.



Ini arah Marina Bay dari Palm Jumeira.

Jalan raya ni kira kawasan yang telah di tambak membentuk pulau Palm Jumeira tu.



Salah satu daripada hotel 6 bintang yang terletak di atas tapak tambak Palm Garden Jumeira. Namanya Atlantis Dubai. Replicate hotel mewah di Bahamas. Boleh ambik gambar dari jarak ni je tapi tak boleh masuk kecuali kita menginap di sini. Memang lawa.



Ini laut lepas di atas Palm Garden Jumeira berhadapan dengan Atlantis Dubai. Ini lah kawasan tambak yang telah di siapkan. Memang port menarik untuk melepak dan merasa angin segar kota Dubai.



Jumeira Beach Resort dan Burj Al Arab. Dua hotel berbintang yang tersergam indah di Jumeira Beach. Pantai ni kira free untuk public mandi manda. Tapi 2 hotel tu tak boleh di lalui dengan jalan ini, semuanya di sekat.

Yang menariknya, depan Jumeira Beach Resort tu ada Al Wadi Water park. Antara taman tema yang terkemuka di Dubai. Dan di kawasan pesisir pantai tu ada club atas air yang di namakan 360. Memang cun gila. Semuanya glasses dan atas air. Kalau mabuk tengah clubbing, silap silap terjun masuk air jer terus.



Jumeira Beach. Tempat sesuai untuk mandi manda. Ada orang surfing tu. Menarik gak tempat ni. Ada minah salleh selamba bomba je pakai bikini.



Burj Dubai. Bangunan yang tertinggi di dunia. 1.5 kali ganda dari menara Berkembar Petronas kita. Bangunan ni adalah bangunan opis dan juga residence. Yang nampak kuning tu adalah Dubai Mall. Dubai terbesar di Timur Tengah. Aku rasa dalam 3 kali Mid Valley kot.

Besar gila. Ada fountain lake kat depan tu, ada hotel lagi sebelah dia dan jugak shopping mall satu lagi.



Suasana dalam Dubai Mall. Ada akurium besar. Besar gila sampai ke bumbung. Ikan jaws pun ader. Ikan kekek mak iloi iloi tak de. Ikan aku, Ziana Zain dengan Awie, kalau lepas kat sini, mesti bunuh diri ketakutan.



Al Wadi Shopping Mall. Antara shopping mall terawal di Dubai. Yang bangunan macam pyramid tu adalah hotel Regency. Setting dia lebih kurang Sunway Pyramid. Kat sini lah letaknya Planet Hollywood Dubai.


Dan itu lah dia Airbus 330-200, penerbangan yang menerbangkan aku datang dan pulang. Terima kasih Malaysia Airlines di atas hospitality yang tak berapa best tu. Makan OK. Cuma ada passenger belakang aku, kurang asam letak kaki celah seat aku, tetiba aku terbau busuk, usha usha rupanya ada kaki orang. Bau macam bau cagu. Sial betul.

OK lagu ni aku dengar masa dalam flight dari Dubai ke KL hari tu. Time tu pada altitute 39,000 ft, fleet was going smoothly. Cuaca sangat baik. I could see Mumbai down under, and I could see the stars up above, sparkling as bright as it can be. So calm. So peaceful while listening to this song by Peter Pan. Indahnya ciptaan Tuhan. I still have the view in my head....


Ia buat aku teringat apa yang pernah aku lalui dalam hidup, dalam cinta.


Perasaan manusia adalah teka-teki yang paling sulit. Aku cuba jawab segala teka-teki itu tapi tak pernah berjaya. Jadi aku rasa aku kena settle down macam ni je. Tak de apa pun aku yang nak kejar. Banyak lagi priority dalam hidup yang perlu aku capai. Dan yang lain lainnya... terserah !

* matilah berjiwang karant.

Abaikan kaki makcik yang berbau cagu dalam flight tu.

Enjoy the song.



Di malam yang sesunyi ini
Aku sendiri
Tiada yang menemani
Akhirnya kini kusadari
Dia telah pergi
Tinggalkan diriku

Adakah semua kan terulang
Kisah cintaku yang seperti dulu
(mungkinkah terulang lagi)

Hanya dirimu yang kucinta dan kukenang
Di dalam hatiku (di dalam hatiku)
Takkan pernah hilang (takkan pernah hilang)
Bayangan dirimu untuk selamanya (selamanya)

Mengapa terjadi (tlah terjadi)
Kepada dirimu (di dirimu)
Aku tak percaya kau telah tiada

Haruskah ku pergi tinggalkan dunia
Agar aku dapat berjumpa denganmu

Adakah semua kan terulang
Kisah cintaku yang seperti dulu
(mungkinkah terulang lagi)

Hanya dirimu yang kucinta dan kukenang
Di dalam hatiku (di dalam hatiku)
Takkan pernah hilang (takkan pernah hilang)
Bayangan dirimu untuk selamanya (selamanya)
Peter Pan - Kisah Cintaku

2 comments :

  1. meng,

    sajek komen sini...boleh mintak email ko?

    klu ko xnak org tau ko blh email kt email aku..

    passionateactivities@gmail.com

    ReplyDelete
  2. pasai apo..

    klik kat purpose tu ada email aku kat bawah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...