Thursday, January 19, 2012

Medikal VS Meninggal

Teringat hari tu cerita aku dengan dia masa kat hospital.

Masa nak check out hospital hari tu, aku nak pegi la ambik MC dari Doktor sebab dia kan cuti sekolah beberapa hari, hari tu. So merayau kat floor tu berjalan jalan. Aku melilau dengan Hero. Sambil sambil tu dia suka la membaca apa benda yang ada kat dinding atau katil orang lain.

Tengah aku tunggu nurse tu tetiba ada budak menangis kat katil pesakit. Pastu aku dengar Hero mengeja.

"M.E.................... Meninggal !"

Aku terus terkejut dan toleh dia. Budak melalak tu meninggal ke?

"Hero baca apa?"
"Tu.. M.E me. D.I.di K.A.L"

Tapi bila dia sebut medikal tu macam bunyi meninggal. Terkujat gak aku, tengok kat katil tu parent budak tu pandang semacam je.

Kat katil tu tulis Medical something something lah.

Hahahhaa. Cuak kejap

"Medical lah !"
"Medical tu apa Papa?"
"Perubatan"
"Oh....Perubatan tu apa Papa?"

Aiyo...

Pengsan !

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...