Saturday, January 28, 2012

Kisah Superman Di UAE - Part 2

Adeh ! Penat dan letih.

Hari pertama sampai tu, sebaik saja sampai hotel aku membuta ria. Aku duduk satu apartment dengan Parsi le. Dia membuta time aku tiba. Aku tidur dan dia pun tidur jugak. Aku cuak jugak nak tidur sebab takut aku dengkur dengkuran kang saja aku kena keji dengan dia. Tapi kalau dah tidur memang tak sedar apa. Keras je.

Bangun bangun pegi breakfast, Parsi dah kejut aku dia suruh aku pergi ke WTC sendiri sebab dia nak pegi airport ada barang sampai. Aku pun mengiya kan je. Lewat jam 10 pagi aku dah siap siap dan terus ambik cab ke DWTC. Sampai sana terus ler membuat keje sehingga petang.




Penat gila. Aku tak suka kalau ada expo dan conference macam ni sebab letih. Satu hari nak kena pose pose cantik dan menjadi baik. Tu berapa kali aku asyik keluar masuk gi hisap rokok. Kalau tak de rokok mahunya aku mati kutu duduk kat situ.

Anyway, Parsi ni seperti biasa ler menunjuk kepandaian dia walaupun aku admit dia memang bijaksana. Dan dia suka arah mengarah orang ikut suka dia je. Aku pun mengaku aku memang tak tahu apa, so aku tak berani nak melawan sangat. Kang orang kata dah lah bodoh bangang ada hati dan menegakkan keadilan. Ntah adil ntah tidak.

So abis keje jam 7 petang. Kepenatan yang teramat sangat.

Pukul 7 abis semua keje aku pun dengan Parsi bersiap siap nak balik hotel. Hotel aku tu tak de la jauh mana pun ada dekat 10 KM dari DWTC. Tapi nak dapat teksi punya lah susah sebab traffic gila babi. Tahan teksi pun tak de yang nak hantar. Kalau nak hantar pun mesti nak charge lebih. Kalau biasa 10 ADE. Ni mesti nak 50 ADE !

Akhirnya tunggu punya tunggu teksi, Parsi ni pun yakin boleh lah. Dia ajak aku menapak. Katanya tunggu kat jalan besar.




Aku dah bagi tau dia, ada teksi point, naik je bas yang di sediakan. Eh.. dia pun dengan suka hati dia je, aku malas nak bertekak. Punya ler menapak dari satu tempat ke satu tempat. Dia ingat Jalan Sy Zahed ni kecik agaknya. Jalan besar. Kiri kanan semua bangunan pencakar langit. Jalan macam leburaya macam tu mana ada teksi nak berhenti !

Tapi dia tetap yakin. No risk no return lah. Kaki aku dah tebal je rasa. Penatnya bukan kepalang. Kami menapak dari Dubai World Trade Center sampai ke Burj Dubai, bangunan yang didirikan dan bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia tu nanti. Penat woh. Nasib bangunan kat sini lawa lawa. Sambil berjalan tu sambil jugak menjamu mata.

Tapi aku rasa bangunan Burj Dubai tu macam tak cun lah. Tak segah Twin Tower pun.

Akhirnya dah flat gila. Aku dah tak larat. Dia pun dah berputus asa, baru dia berenti. Aku riki riki kat tempat lain, akhirnya ada lah teksi ni nak hantar. Tapi tu pun berapa teksi dah kita orang tanya. Trick dia, kalau nak naik cab kat sini, masuk je kereta dulu. Duduk diam diam then baru cakap mana nak pegi. Jangan bagitau sebelum masuk cab tu.

Dan lewat jam 10 malam. Akhirnya sampai jugak kat apt. Kepenatan bukan kepalang. Aku pun tak sedar apa. Boss aku baru sampai dari SF masa tu. Parsi sibuk ler nak berkenen kenen dengan boss. Aku suruh dia pegi dulu. Kononnya aku nak mandi ler dan bersiap siap.

Tapi aku sedar dah gelap.

Dengar Parsi dok berdengkur atas katil dia. Aku tengok jam, mak ai 2 pagi !

Aku tak tukar baju. Dengan baju keje lagi terdampar di tepian katil. Penat gila babi. Tak sedar apa. Perut bergelora, tak makan malam pun. Tapi mengantuk punya pasal...

Sambung tidur.

Bersambung..................

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...