Thursday, December 8, 2011

Kembara Perth & Western Australia - Day 1

Hah !

Terkesima rama rama kah korang sebab akhirnya dapat jugak menatap entry basi ini? Entry perjalanan kembara abang ke tanah orang.

Well. Aku pun tak boleh simpan lama lama sebab sebagai duta ni abang ni kan banyak lagi trip trip akan datang. Kalau aku tak start menaip, memang terkubur la entry ni selamanya.

Hiks. Owh. Entry ni panjang jadi pegi siapkan dulu secawan kopi !

Anyway. Bercerita pasal trip ke Perth ni actually nya aku dah plan dah lama. In fact aku rasa tahun lepas lagi. Ingat lagi masa tu aku dengan IG kat Shah Alam. Dia sibuk nak beli TV LCD dengan duit bonus dan aku pulak sibuk la merangka travel plan aku untuk tahun ni.

Memang banyak plan aku dah buat tapi dalam banyak banyak tu aku nak lah ada satu plan yang paling grand. Kiranya ultimate destination aku untuk tahun 2011 ini.

Dan aku book juga akhirnya dengan tiket pergi balik dalam RM600 lebih kalau tak silap.

Dan masa berganti masa, akhirnya detik dan saat itu tiba.

Tup tup makin dah nak dekat tu aku makin rasa kurang yakin. Banyak benda la dengan jadual aku yang agak busy, dengan banyak benda aku tak prepare, dengan macam macam masalah melanda diri so aku rasa macam nak let go je trip ni.

Tapi.

Ntah la mungkin dah memang rezeki aku untuk jejakkan kaki ke bumi Kangaroo ni, so akhirnya sampai detik itu, aku buat buat bersedia untuk berangkat.

Aku memang tak plan apa. Seperti biasalah, aku ni sampai masa, pack beg dan kalau mood rasa OK then aku terus proceed. Kalau tak, memang dah malas nak pegi.

Tak terkecuali trip ke Perth ni. Berhari hari jugak la aku fikir. Dengan masalah duit yang mahal buat aku fikir dah tak nak pegi. Tapi fikir fikir balik, dah lama aku tunggu saat ini. Maka akhirnya, malam tu aku bergerak juga ke airport. OR yang hantar.

Flight aku pukul 11 malam. Kami pegi awal sikit. Sampai sampai kat airport aku nak check in barang. Beg aku memang la tak berat pun tapi aku malas nak bawak sendiri. Tup tup masa nak check in  beg tu, minah Air Asia bagitau.

"Encik kena ada ETA. Dah buat?"
"ETA?"
"Haah. Dia macam Visa. Kena apply online"
"Huh?"

Masak !

Terus aku jadi tak tentu arah. Sejak bila pegi OZ ada Visa? Dulu aku pegi tak de pun. Riki punya riki, dia bukan Visa tapi more to Estimated Time Arrivals lah kita bagitau upfront so that dia orang boleh record kedatangan kita ke sana.

"Abis tu cemana nak buat ni?"
"Senang je. Abang kena apply online"
"Hmm"

Dengan bantuan budak kat kaunter tu dia cakap aku boleh apply online je. Kat depan kaunter tu kan ada macam Cyber Cafe kat LCCT tu. Business Lounge apa ntah. Budak tu siap bagi site lagi. Aku pun pegi la kat situ konon nak guna komputer.

"Boleh Encik. Kita charge setengah jam RM25"

Terus rasa nak koma.

Gila bapak mahal.

Terus aku fikir dua tiga kali. Then aku cakap tak pe la aku try apply ikut phone je. Kebetulan pulak BW call masa tu terus la aku mintak tolong dia dan mengagau la makcik tu apply kan untuk aku. Masalah lagi, kena bayar fee dia AUD 20. Pakai credit card. Aku mana ada credit card.

Sudah.

Aku dah hampir tawar hati. OR masa tu kat Mc D beli makanan dan aku suruh dia tunggu sana je. Aku pun lapar belum makan.

Nasib baik la BW pantas je bertindak. Call CP pinjam credit card dia dan buat pembayaran dan........ akhirnya semuanya kembali seperti sediakala.

Hah. Kira masa tu agak ntah hapa hapa jugak la. Aku pun dah macam hilang punca. Memang aku fikir kalau banyak sangat cekadak memang aku back off dan tak jadi naik flight ke Perth ni.

Akhirnya kat sejam jugak la, semua urusan selesai dan beg aku yang ringan tu berjaya juga masuk dan di check in.

Nak rasa apa? Lega?

Ntah. Aku keluar dan pegi lepak makan dengan OR. Borak borak kejap. Sebab dah lewat so aku suruh dia balik dulu lah. Kesian kena tinggal kan? Tapi aku pegi bukan lama pun. Sekejap je.

"Jaga diri baik baik Yang"
"OK. Awak pun"

Aku hantar dia kat parking tu. Rasa sedih dan sayu tetiba. Memang aku tau aku akan rindukan dia tapi tak pe lah. Hanya sementara !

Dan lepas tu baru aku siap siap boarding dan menanti penuh debar.

Yippeyey. 

Nak tak nak, aku terpaksa teruskan.

Masa nak naik tangga nak masuk flight tu pun aku contemplating lagi. Argh sudah.

Akhirnya aku berjaya jugak masuk dalam perut kapal terbang Airbus A340 tu. Masa tu aku fikir, ya. Dah tak de jalan untuk berpatah balik. Redah je lah.

Australia.. Here I come..................

Penerbangan memakan masa selama 5 jam setengah. Waktu di Perth adalah sama dengan waktu di Malaysia jadi tak de rasa apa apa perubahan sangat.

Flight smooth lah. Tapi sebab dah lewat malam, bila take off je then tenang tu, terus dia serve makanan. Aku memang ada pre booked makanan. So makan la dalam flight tu sambil melayan perasaan. Cuaca pun baik cuma kat bawah tak nampak apa apa.

Sebelah aku ada satu minah India ni. Dia dengan kawan dia kot tapi mereka duduk lain lain.

Aku rengsa la bila kawan dia tu asyik datang dan duduk bertenggek sebelah dia. Seat aku kat belakang yang 2 seater tu je. Pastu dia asyik dok borak je manjang. Last sekali aku sumpat earphone dan melayan perasaan. Borak la apa kau nak borak kat situ. Jangan ganggu aku sudah.

Tak lama lepas tu minah India sebelah aku tu cakap dengan aku.

"Actually I am flying with my friend. But she is sitting in front, would you mind to switch seat so that she can sit here with me"

Amboi amboi amboi.......

Nak je aku berdiri dan cekak pinggang. Tapi kang terlanggar overhead compartment pulak.

"I am sorry I pay for this seat !"

Begitu ayat abang yang maha kekwat dan keji. Hahaha. Ya lah. Aku dah syok syok dok tepi tingkap ni, dia nak suruh aku pindah la. Dia nak duduk sana pegi je la, pindah dengan orang sebelah kawan dia tu. Aku nak pindah apa hal.

Begitu la abang yang tak bertolerasi ini  hilang kesopanan diri bila naik flight.

Lepas tu aku malas nak melayan dia so aku purak purak tertidur. Terlelap jugak lah sejam dua.

Sampai sampai je flight macam dah nak landing. Ya ariba..............

Intai kat luar. Yes. Sudah nampak balam balam cahaya pagi. 

Yey. Dah sampeiiiii.


Sampai sampai je memang dah subuh. Subuh dia awal lah. Pukul 5 tu dah kira cerah.

So aku macam biasalah lenggang lenggang kangkung, keluar dari flight then ikut orang ramai. Kira aku orang agak last la keluar.

Masa kat imigration, orang dah ramai beratur. Aku pun melangkah lesu lah. Macam biasalah, gaya seorang pengembara, compang camping saja. Dengan t shirt dan jacket, pakai jeans dan bawak beg galas.

Sebelum sempat aku beratur, tiba tiba ada satu mamat ni panggil aku.

"U travel alone?"
"Yes"
"Holiday?"
"Yes"
"You ve been to Australia before"
"Yes"

Then dia tengok passport aku. Aku memang syak dari pakaian dia, dia anggota imigration so aku tak de la ambik port sangat. Pastu dia ada la tanya aku macam macam sebelum dia ambik kad immigration aku tu dan dia bulatkan tanda kosong besar.

Aku tak de la syak apa apa time tu. Then aku beratur macam orang lain sampai la di kaunter imigration.

Dan macam biasa kat kaunter tu dia ambik gambar then verify few benda sampai la dia pulangkan balik passport aku dan kad immigration aku tu dan aku nampak dalam kotak kosong tadik ada tulisan tanda huruf T.

T?

Apa eh? Tourist kot.

Tak de hal. Aku melenggang kangkung lagi. Memang ramai dah keluar masa tu. So lepas cop passport aku pegi ambik luggage. Luggage aku tu satu je dan ringan pulak. Aku tak de la terkejar kejar pun. Lagipun tiada siapa yang tunggu aku kat aiport ni dan aku pun belum confirm cemana aku nak ke town Perth lepas ni. Aku nak riki riki kat luar nanti.

So lepas ambik luggage aku kena tahan lagi.

Ada satu mamat berbaju uniform ni tahan aku dan dia tulis lagi kat kertas tu. Quarantine.

Bapak. Apa hal nak kuarantin aku. Aku dah rasa tak sedap. Apsal macam leceh sangat ni? So dengan beg tu aku beratur untuk keluar dari airport tu. Ada satu lagi tahanan. Biasanya dia akan scan beg la apa kat situ. So aku beratur macam orang lain. Bila sampai part aku, tetiba minah tu tengok kad aku pegang tu dan bagitau aku.

"This way Sir. All the way to the end"

Pergh.

Masa tu aku dah berdebar gila. Apahal orang lain boleh lepas je. Aku pulak dia suruh masuk lorong lain pastu tunggu kat situ sorang sorang diri.

"You wait here, the officer will come shortly"

Ada la satu mamat tu bagitau aku kat situ.

Sudah. Aku di landa debar yang kencang. Memang macam macam aku fikir. Ada ke aku buat salah? Apa kes tahan aku sampai macam ni sekali. Tak sempat aku nak fikir panjang tetiba ada minah ni datang kat aku.

"Follow me"

Dia ajak dan aku akur. Ikut dia di satu compartment dan masa tu aku dah macam nak pitam.

"Is this your beg?"
"Yes"
"Did you pack yourself?"
"Yes"
"So you know everthing inside the beg?"
"Of course"

Then dia start geledah aku punya beg. Satu persatu. Abis seluar dalam aku dia tebar atas meja. Tak kira lagi la baju baju dan sebagainya. Memang masa tu aku rasa kalau aku boleh hilang, memang aku nak hilang. Kalau aku boleh naik flight balik KL memang aku balik KL.

Then satu satu dia bukak beg aku. Aku diam je. 

"You coming for holiday?"
"Yes"
"Do you know where are you gonna stay?"
"Yup"

Aku bagi dia email aku dapat confirmation dari B&B aku dah booking. Actually memang aku ada tanya satu Bed and Breakfast ni. Dan aku pun dah dapat reply dia. Tapi aku plan nak cari bilik lain sebab aku rasa B&B tu agak mahal sikit. Tapi nasib la jugak kan, at least ada proof aku stay kat situ.

Jenuh jugak la aku menjawab. Macam macam soalan dia tanya aku. Sampai agaknya dia dah letih kot. Dan dia korek korek beg aku bukan ada apa pun. Cuma ada baju, kain pelikat, t shirt, seluar pendek dan boxer. Pastu ada beg kecik barang barang kelengkapan toiletteries aku.

Dekat setengah jam aku di landa kecamuk yang mencengkam jiwa.

"You know there are something going on in this City"
"Yup"
"You probably coming at the wrong time"
"Hmmm"

Nak buat cemana. Aku redha je lah. So kesimpulannya di sini, dia ingat aku territorist ! Sebab ada mesyuarat CHOGM tu so dia orang agak strict sikit lah. Tapi pelik la kenapa aku jadi target. Sebab aku tak cukur misai dan janggut ke? Sebab aku tak berpakaian kemas ke? Atau sebab aku travel sorang sorang? Ada muka penyangak ke aku ni?

* nanges

Macam macam aku fikir. Tapi tak pe lah. 

"I am sorry. You can go out this way Sir"

Then dia pack balik barang barang aku dan tunjuk aku jalan keluar dari situ.

Argh. Masa tu memang lutut aku tak abis abis lagi terketar ketar. Ya lah. Aku cuak sebab aku tak tau apa salah aku. Takut jugak kang tetiba dalam beg aku ada dadah ke apa ke? Ada komplot ke?

Mati la aku terdampar di negeri orang.

Keluar dari airport tu, aku terus lintas jalan kat parking dan duduk kat satu kawasan tu.

Pergh. Masa tu lega bukan kepalang. Rasa nak sujud cium tanah je.

Memang aku syukur dan lega gila. Sekurang kurangnya drama ini berakhir jua sudahnya............


Lama jugak la aku duduk kat parking mengadap menara kawalan tu.

Hah. Macam macam aku fikir. Apakah macam ni sudahnya percutian aku? Tak abis abis dengan masalah sejak dari kat airport lagi?

Mula la di serang rasa menyesal. Kalau aku tak datang, tak de aku susah hati macam ni.

Mood aku merudum.

Lama aku duduk kat situ ada dekat sejam jugak dan fikir apa sebenarnya yang berlaku, dan apa sebenarnya yang Tuhan cuba tunjukkan.

Mungkin sekadar menduga kesabaran aku kot.

Tak pe lah. Aku redha je lah. Apa yang penting, aku dah lega sekarang ni !

Lepas abis berbatang batang rokok bagi meredakan tekanan aku rasa aku dah ready. Aku berlegar balik semula kat balai ketibaan Perth International Airport tu dan check cemana aku boleh sampai ke town.

Nak kata bas memang tak de bas. Train pun tak de. Aku ada baca dia kata kalau naik teksi dalam AUD40. Agak mahal jugak di situ. Tup tup aku nampak ada satu kiosk ni, dia jual tiket naik shuttle ke town. InterConnect.

Hah. Ni la aku rasa paling murah kot.

Aku riki riki dengan minah kat kaunter tu. Friendly gila. Tapi yang tak tahan, tetek dia besar gila. Dia duduk aku berdiri. Pastu baju dia terdedah nampak la lurah dan dendam. Aiyoo. Pagi pagi aku dah di jamu dengan sarapan macam ni sekali.

Harga tiket ke town adalah AUD18. OK lah tu. Murah sikit.

Dia macam shuttle bas la dan dia akan hantar terus ke hotel.

Tanpa perlu fikir panjang, aku beli je. Nasib aku baik jugak la sebab shuttle tu sejam sekali. Time aku tu, ada shuttle dah nak bergerak. So muat la aku sorang kat situ.

Akhirnya lega. Dapat jugak bergerak. Masih ada harapan dan sinar menanti.

Shuttle tu memula bawak pegi ke domestic terminal dulu sebab dia orang ambik orang lagi di sana. Then dari situ baru terus ke town.

Masalah aku pulak. Aku dah book B&B tu tapi aku ingat nak try hostel lain. Aku dah riki dapat few nama tapi tak sempat nak tanya lagi. So aku just pick up one of the hostel dan suruh shuttle tu hantar ke situ. Nama dia TownSend Lodge.


TownSend Lodge ni terletak betul betul di tengah bandar. Berdepan dengan Pan Pacific Hotel di Adelaide Street.

Masalah lagi. Hotel Pan Pacific tu menjadi tempat penginapan utama ahli ahli mesyuarat CHOGM so nak masuk situ sekali lagi kena kawalan ketat. Banyak jalan dan mula di tutup. 

Sebaik saja aku di campak keluar dari shuttle tu aku check kat hostel tu tapi dia belum bukak. Jam menunjukkan pukul 8 pagi tapi dia tulis situ, reception bukak pukul 9.30 pagi. Argh. Lambat lagi. 

Pulak tu nak hujan.

Aku dah mati kutu tak tahu nak buat apa. 

Sudahnya aku rasa baik aku terus pegi ke B&B aku tu je lah. Aku fikir, kalau tak mampu sangat nanti aku stay satu dua malam di B&B aku tu dan hari lain aku try carik hostel lain je. Aku ada peta di tangan aku rembat kat airport so aku rasa aku kena menapak sampai ke sana. 

Tengok dalam peta macam tak jauh. So slow slow la aku berjalan.

Sepanjang aku berjalan tu, hah. Ni aku jumpa.

So kalau aku ada masalah lagi, aku dah tahu mana aku nak rujuk. Excited tengok ada konsulat Malaysia tapi office pun belum bukak tak de nampak sesiapa pun.

Aku jalan je la sepanjang jalan lagi, jumpa church, jumpa patung apa benda ntah dan ada la sambil sambil aku snappy gambar.




Gigih jugak la aku berjalan.

Nampak macam dekat kan, tapi sebenarnya jauh okeh. Sampai sakit kaki aku. Aku rasa adalah aku berjalan dekat 6 KM pagi tu.

Sempat la aku singgah beli air. Tu yang aku jumpa air mineral AUD2. Kalau convert jadi RM6 !

* pengsan

Pastu nampak few hostel aku singgah tanya kot ada bilik. Nampaknya semua penuh. Nampak kedai kedai. Aku dah survey siap siap. Nampak mall. Nampak la segala benda aku dah perhatikan sepanjang jalan. Kedai kedai souvenir especiallynya dan jumpa jugak Sex Shop !

Wah. Excited nak usha. Tapi aku fikir nanti je lah. Aku ada banyak masa lagi. Ni dengan beg beg ni nampak macam tak senonoh pulak nak pegi buat lawatan.

Berjalan la aku sepanjang jalan tu.

So bayangkan aku berjalan kaki dari bawah dan sampai akhirnya di Northbridge tu juga. Kira dah terkeluar sikit dari kawasan City Center.

Dan ini dia map perjalanan aku pagi tu.


Akhirnya lepas penat menapak aku sampai jugak di Brisbane Street.

Actually asalnya aku riki B&B lain. Tapi dia kata penuh so dia refer aku ke Sue B&B ni. So aku OK je lah. Aku memula memang tak nak duduk hostel sebab leceh nak share share macam tu. Pulak tu aku kang tidur berdengkur, segan la pulak.

Tapi bila fikir balik. Macam lah orang lain tidur sopan sangat. So sebab cuba nak minimize budget aku, so aku rasa terpaksa lah.

Tak de rezeki, tak de jumpa pulak hostel. So aku settle down je la dekat Sue B&B ni.

Dari simpang Brisbane dan Beaufort St tu, aku mula mengira rumah berpandukan alamat yang aku ada. Tak jauh la dari situ last sekali aku nampak address rumah tu. Memang tak de sign apa. Macam rumah biasa. Rumah sebuah sebuah la berpagar.

So aku just masuk dan seperti yang di tulis dalam email, dia suruh aku check dalam mailbox dia.

Aku check. Ada satu envelope dah siap siap tulis nama aku.

Argh. Lega. 

Dalam tu ada kunci rumah dan jugak note menyatakan bilik aku yang mana satu. So aku pun senang hati. Masuk rumah memang tak de orang la tapi rumah tu complete. Aku terus menuju ke bilik aku dan usha.

Dan ini yang aku nampak.






So I have the whole house for myself !

Yey !

Memang aku rasa syok lah. Cuma bilik tu satu tu je lah aku punya. Apa apa kemudahan lain di rumah tu aku boleh guna. Semua lengkap. Ada dapur, laundry, ruang tv dan macam macam lagi.

Cool jugak lah.

Cuma harga tu la. Satu malam dia bagi aku AUD75. Kalau kira lebih kurang RM210 semalam. Boleh tidur hotel mewah kalau kat Malaysia ni ! Tapi kat Australia jangan harap la. Hotel dia pun paling korok harga AUD 100 ! x 3. RM300 !

Naya la aku.

So aku puas hati.

Sampai sampai tu je aku riki riki satu rumah. Macam kucing lak. Tanda kawasan !

Kira OK la. Sue tuan empunya B&B tu dia tak dok situ. Masa tu aku tak tau pun dia dok mana. Dia cuma bagi nombor telefon kalau apa apa hal aku boleh call dia. Dia siap carikan aku phamplet. Aku boleh makan apa saja yang ada kat dapur. Lain lain tu semua boleh lah. Guna je.

Cuma merokok je tak boleh dalam rumah. Ada ruang merokok dia belakang dan depan. Siap ada ashtray di situ. OK jugak lah.






Nasib aku baik jugak lah.

Sebaik saja aku sampai kat B&B ni, terus hujan turun dengan lebat. Kalau tak lagi basah kuyup time aku berjalan jalan tu. 

So hujan lebat aku pun tido............. !

Lama jugak la aku tidur. Tengah tengah tidur tiba tiba aku rasa kaki aku cramp !

Serious tak boleh nak bergerak. Aduh. Sakit gila macam nak menangis. Aku tak tau la may be sebab aku berjalan jauh sangat pagi tadi kot paksa kaki aku ni walaupun aku ni tak fit mana. So bila tidur tu rasa macam urat bersimpul.

Meronta ronta aku atas katil tu.

Aduh. Sakitnya.

Dan aku fikir. Mati la aku macam ni. Kalau aku sakit terus terusan cemana? Tak boleh bergerak? Tak boleh nak buat apa apa?

Haram. Langsung tak boleh.

Macamana????????

Dekat 15 minit jugak aku terbaring atas katil menahan sakit kaki kat bahagian betis. Sakit gila lah. Macam putus urat pun ada rasanya. Masa tu macam macam la aku ingat. Ingat kat OR. Ingat kat family. Ingat aku ni jauh daripada semua orang. Kat sini aku tak de kenal sesiapa pun. Kalau apa apa jadi?

Argh. Tak boleh nak fikir !

Slow slow aku gerak gerakkan kaki aku. Lama jugak la then aku cuba berdiri sakit jugak. Nak berjalan makin sakit jadinya.

Dah la aku sorang sorang. Aduh. Tuhan saja yang tahu. Macam macam aku fikir time tu.

Lama gak la aku duduk tenangkan diri. Dan cuba cuba berjalan ke depan ke belakang dalam keperitan menahan sakit macam tu.

Then aku duduk kat luar hisap rokok sambil di temani hujan berdoa Tuhan jauhkan la aku dari bencana apa apa di sini. Kalau nak sakit ke apa, tunggu je la bila aku dah balik nanti. Tak sanggup kalau macam ni jadinya !

Slow slow aku cuba kontrol keadaan. Memang payah lah. Apa yang paling penting semangat lah. Fikir positive je. Dan slow slow aku bangkit akhirnya aku rasa OK sikit. So aku mandi dan bersiap siap. Tengok jam pukul 12 tengahari dah.

Hujan pun dah berhenti. So aku fikir, aku kena bergerak. Keluar !

Tak boleh duduk di rumah macam ni je. So aku bersiap dan bermula la lagi episode kembara di tanah orang ini dengan gaya kaki yang sangat sakit !


Keluar dari Brisbane Street aku menapak.

Ikut jalan yang aku menapak pagi tadi tu jugak. Tak sampai 2 KM aku nampak muzium ni. Tengok macam ada sesuatu yang menarik. 

Selalu kalau aku pegi travel memang aku tak de masa la nak gi melawat muzium muzium ni. Tapi sebab aku rasa aku tak boleh push sangat berjalan so aku kena cool down. So jalannya aku masuk je la muzium ni sebab dia free !!

Muzium Western Australia ni menjadi destinasi pertama aku di Perth ni.

So mari kita pegi muzium !


Masuk masuk je dah nampak dinosaur besar ni.

Sebenarnya sempena CHOGM ni, ada satu pameran khazanah khazanah lama dari negara negara anggota CHOGM yang didatangkan khas dari British Muzium di England sana. So pelbagai barang barang sejarah ada di pamerkan di sini. So aku usha je la mana yang patut.

Kiranya satu negara dia tunjuk satu barang khazanah lama.

Malaysia pun ada. Dia tunjuk pasu !

* pengsan.

Tapi kira pasu artifak sejarah la, bukan pasu bunga biasa biasa tu.

Dan lain lain negara pun ada.



Sebenarnya muzium ni besar.

Tapi pameran dia kira lain lain. Ada satu side tu pameran dari British Museum. Then ada pameran mengenai dinosaur. Ada juga pasal solar dan soil. Dan lain lain la. Kira banyak la.

Kat sejam jugak aku merayau dalam tu. Jalan slow slow sebab kaki masih sakit. Tapi menarik jugak la tengok. At least, ada la benda yang aku tak pernah tengok aku nampak di sini.

Tapi kalau aku tak sakit kaki memang aku tak masuk kot sini. Hehehe.


Luar dari muzium tu ada tapak untuk CHOGM Festival.

Ada banyak la gerai gerai di bukak time tu. Ada orang melepek dan macam macam jugak. Public speech. Movie ada skrin besar dan boleh di katakan agak meriah jugak la.

Dalam banyak banyak gerai tu aku jumpa gerai Malaysia !

Students from UWA ada bukak kedai kat situ dan dia orang jual satay. Aku usha.

"Yes Sir... You wanna try Malaysian Satay?"

Budak tu cakap dengan aku.

"Assalamualaikum"

Ada 2 pompuan dan 1 lelaki. 

"Eh. Melayu"

Dan dia orang pakat gelak.

Then layan borak sekejap sebelum aku try satay dia orang. Mahal okeh. Satu cucuk tu AUD1.00. Kalau kira RM3.00 satu cucuk. Bapak mahal. Tapi tak pe la aku try jugak. 

Sedap jugak la.

Aku tak de la melepak lama. Borak lebih kurang dan then aku terus je berjalan.







Tup tup aku dah sampai kat station keretapi.

Hah. Macam menarik jugak untuk usha. Aku usha apa yang patut tapi aku fikir, aku nak gi jalan naik keretapi hari pun dah hampir petang. So baik aku jalan jalan kat town ni je dulu.

Tengok pada peta yang ada, aku aim satu tempat.

Harbor Town.


Harbor Town ni kiranya factory outlet lah.

Memang aku ni bukan nak bershopping. Tapi aku nak gak la usha apa yang menarik di sana. Aku pun gigih la menapak. Jauh jugak la sampai aku rasa macam dah tak daya.

Serious.

Pulak tu bila sampai Harbor Town tu macam ntah hapa hapa je. Memang banyak la kedai dan jualan murah tapi sebab aku memang tak de benda nak cari. Jumpa kedai souvenir je. Aku usha usha Fridge Magnet. Jumpa. Harga dia AUD5.99. Bapak la mahal. Aku beli jugak la 2 ketul. Takut kang nanti kat kedai lain lagi mahal ke apa.

Besar jugak la Harbour Town tu dia macam mall. Banyak outlets dalam tu. Orang pun ramai.

Usha apa yang patut then aku keluar dari situ aku fikir.

Apakah aku akan menapak lagi macam tadi?

Jauh okeh !

Tup tup aku layan hisap rokok kat luar tu aku nampak orang tunggu bas. Then aku fikir. Nak berjalan balik semula memang aku macam penat. Tak larat.

Apa kata aku naik bas?

So bas berhenti aku pun berpusu pusu la naik macam orang lain.

"Will u pass by the city center"
"Where are you going?"
"Hmmmm.. Here"

Aku tunjuk kat peta. Main tunjuk je.

"Yes. This yellow lane going straight untill Metro Station"
"OK. How much?"
"It is free"
"Free?"
"Yeah. Yellow line is Free"

Hmmm.

So? Free uols !

Hah. Sinar harapan menggunung tinggi ! Kalau aku tau free tak payah la aku jalan kaki ke sini tadi.


Dan bas tu kiranya memang sampai kat Metro Station. Aku turun dan menapak lagi. Kali ni aku nak pegi ke area area di mana landmark Perth berada.

Bel Tower !

So mengikut peta yang aku ada, aku menapak lagi. Lalu ikut celah celah bangunan dan orang ramai di tengah tengah kota Perth tu. Ikut King Street di mana banyak kedai kedai boutique berjenama macam LV la, Prada apa semua ada situ. Memang tempat orang kaya membeli belah la kot.

Aku nak usha?

Malas ! Buang masa aku je. So aku berjalan lagi.


Menyusuri bangunan bangunan pencakar langit menapak dan terus menapak.

Aku jumpa la bangunan Tourism Malaysia. Ada bangunan MAS dan beberapa landmark utama kota Perth ni. Jumpa kedai souvenir. Aku berhenti dan usha lagi.

Di sini aku jumpa FM harga lebih murah. AUD2.99 !

Cipet la Harbour Town tu. Mahal kat sana. Nasib aku beli 2. So aku beli banyak sikit kat sini. Dalam 5 ketul kot FM. Murah dah kan?

Dan usha apa yang patut sebelum aku berjalan dan terus berjalan.


Akhirnya............

Sampai jugak aku kat Bel Tower ni.

Kira kira ada dekat 5KM gak la aku menapak kali ni. Tak pe. Slow slow. Jaya juga. Sambil sambil usha kiri kanan jalan dan tengok tengok orang !


Bel Tower ni kiranya landmark Perth lah. Macam Opera di Sydney sana tu. Boleh naik atas tu tapi aku malas nak naik. Aku usha usha kawasan sekeliling je.

Kiranya port ni la tempat tourist center. Ada banyak kiosk kiosk di buka. Untuk cruise lah. Untuk tour dan sebagainya.

Aku usha la apa yang patut sambil melayan diri sendiri dan berehat hilangkan penat.








Lepas lepak kat situ sekian lama dan aku dah tak tau nak buat apa. Aku fikir nak pegi Kings Park naik bas.

Nak menapak memang jauh la. Tak mampu aku rasanya. Masa tu aku dapat tau kat Perth ni bas memang free ! Ada bas bas yang bergerak sekitar city center dan Perth ni yang memang free. So boleh naik sesuka hati je. Dia ada kaler kaler dia lah dan setiap kaler tu akan bergerak mengikut laluannya tersendiri.

Hah. Ni map dia.



So aku study laluan dia sekejap kat situ dan baru la aku faham. Memula pening jugak la tapi lepas tu aku rasa OK.

Hah.

Lega.

So aku rasa aku boleh naik bas sampai ke Kings Park.

Aku naik CAT ( Ciity Area Transport) warna biru ! Aku rasa dia boleh bawak aku ke Kings Park.

"Blue CAT doesnt go to Kings Park. I can drop you but you need to climb 200 steps. You want to climb?"

Terdiam sekejap aku bila aku tanya makcik bawak bas tu dan dia terangkan pada aku. How? Nak menapak kah?

Pastu dia kata dia akn drop aku kat laluan lain so dari situ baru aku boleh naik bas ke Kings Park. Aku setuju je lah dan duduk dalam bas tu diam diam.


On the way tu, makcik tu tanya aku lagi.

"200 steps. You want to climb?"

Aku akhirnya angguk.

"I drop you here. You see. There are stairs you need to climb. 200 steps"

Tak abis abis dia dok ulang. Tapi dia baik jugak la walaupun muka macam masam je. So aku turun dan menapak. Tangga tu tepi jalan je. Memang ada bukit kat situ. So aku tengok. Mak aiii ! Tinggi nya.

Ada ramai orang jogging naik turun tangga tu. So aku fikir, orang boleh jogging, inikan pulak aku. Aku panjat la slow slow kan?

So aku mula memanjat !



Nak memanjat tu berselisih la aku ni dengan ramai orang.

Mostly yang jogging la. Slow slow aku naik. Semput.

Kejap kejap berhenti. Pastu pose pose konon ambik gambar !

Padahal tengah ambik nafas. Naya. Boleh mati kering kat situ. Tapi nasib baik la sebelum aku keluar dari B&B tu aku dah isi botol mineral dengan air. Aku dah tahu nak beli kat luar ni mahal so aku buat macam tu je lah.

Boleh gak la nak minum cuci cuci tekak.

Dan akhirnya...........

Berjaya jugak aku sampai atas bukit di mana Kings Park tu terletak. Memang besar kawasan dia. Ada banyak rumah rumah mewah di pinggir bukit. Kawasan dia memang park yang besar la. Kiranya antara park yang terbesar dalam kota.

Usha dulu apa yang menarik.





Memang besar !

Dan memang menarik. Dari atas bukit ni nampak bandaraya Perth dari sudut tepi. Lawa lah. Dan atas tu sebenarnya ada macam macam park lagi. Botanical Park la. Wildflower Park. Ada jugak pokok besar yang kiranya tertua di Perth ni. Ada juga memorial dan taman peringatan di atas bukit tu.

Nak usha semua kawasan aku takut tak sempat. Hari pun dah petang.

Usha mana yang patut je la sambil feeling feeling.






Hah.

Berkeliaran la aku di atas tu merayau tak tentu pasal. Menarik lah. Memang menarik. Banyak benda nak usha tapi masa tak berkesempatan.

Aku fikir, cemana aku nak balik ke town. Buatnya tak de bas. Terdampar aku kat atas ni.

Orang ramai la jogging tapi may be masing masing ada kenderaan. Nak menapak balik turun ikut tangga tadi macam jauh benor. Lepas naik tangga tu kena menapak lagi. Memang agak jauh jugak la. Dan dalam kawasan Kings Park ni sendiri bapak gila kawasan dia.

Hari pun dah senja. Aku cuak la nak balik cemana.

Usha usha masa tu dah pukul 7. Kat Perth ni kedai kedai pukul 7 semua dah tutup. Dah tak de apa dah. Semua orang dah balik rumah masing masing. Memang kalau kira memang dah senyap sunyi. Lagi la aku kat park ni. Boleh rengsa aku di buatnya.

Tup tup aku nampak bas lalu.

Hah. Aku kejar la bas tu. Nasib baik dia nampak dan berhenti. Aku naik terus dia bawak aku turun sampai ke City Center. Ntah mana aku pun tak tau aku main turun je lepas tu. Tengok tengok salah tempat.

Hiks.

Terpaksa menapak berpatah balik. Aku jumpa satu kedai Penang. Aku try la nak masuk usha.

"Sudah tutup ! Sudah tutup ! Esok pukul 8 pagi bukak"

Aiyo. Kena halau. Macam dia tau je aku orang Malaysia. Hello ! I am Aussie okeh. Haks. Mengaku la konon padahal kat muka dah terconteng makan belacan.

Ala.. Aku nak tengok je menu dia. Aku lapar nasik !

Hiks. Cina dari Penang ler tu kot. Tak pe lah. Then aku merayau lagi kat City Center. Memang banyak kedai dah tutup. Mall pun semua dah tutup. Cuma ada satu dua kedai je masih buka.



Oh ya. 

Jumpa lagi kedai Sex Shop yang aku nampak masa aku menapak pagi tadi. Dah buka. Meriah jugak. Nak usha segan. Sebelah dia Adult Shop. Memang teruja.

Tapi segan lah. Tak jadi aku masuk.

Hahahaha.

Sebelah kedai Sex Shop ni ada restoran Indon. Aku ingat memula nak makan kat situ. Aku lapar. Tapi macam nampak mahal la pulak. Tak jadi.

Pastu aku nampak satu kedai souvenir ni buka. Check check tengok FM dia harga AUD1.99 !

Pengsan.

Paling murah dari banyak banyak kedai yang aku dah jumpa. Keji. So aku borong kat situ je la siap siap. So aku beli apa yang aku patut beli supaya aku boleh spend duit aku kat lain pulak nanti. At least, apa yang orang pesan. Apa yang orang mintak beli aku dah settlekan. Tak payah nak pening pening kepala lagi.



Hah.

Pastu dah lewat malam. Dah tak tau nak buat apa. Kedai pun banyak dah tutup. Nak pegi mana pun tak tahu. Aku pun fikir nak balik je lah. 

Penat.

So berkat map CAT free ada di tangan. Aku pun mula lah naik bas. Kali ni naik CAT warna biru terus sampai di Aberdeen Street. Kiranya belum sampai lagi ke Brisbane Street tempat B&B aku. Tapi sekurang kurangnya aku tak de la menapak jauh sangat.

Turun bas tu aku menapak. Nampak Cole. Pasaraya. Aku usha.

Aku beli muffin. 4 ketul AUD3. Pastu usha la beli cokelat untuk kawan kawan dan cari barang yang aku perlukan sikit dan menapak lagi.

Kiranya dari Aberdeen Street tempat bas lalu tu nak sampai Brisbane Street adalah dekat 1.5KM jugak. 

Terpaksa lah.

Nampak la pulak ada Mc Donald's kat situ. Kelaparan aku pun berhenti dan usha. Aku dinner kat situ makan Fish Fillet. Pelik kan aku yang tak makan ikan ni tapi makan Fish Fillet. Tu je la pun yang aku redha nak makan dan aku pun dah terbiasa kalau pegi oversea baru aku carik Fish Fillet Mc D ni.

Kenyang. Sedap jugak. Yang penting budak budak keje Mc D tu cun cun. Nak kata minah salleh bukan minah salleh. Dah kacuk kot. Tapi comel comel belaka.

Makan kat situ. Ada Wi Fi free. Aku usha jugak la pakai iPhone aku tapi connection tak de la bagus sangat. Lepas makan, kenyang dan abis melepak aku pun melangkah pulang balik ke B&B aku.

Hah. Lega sampai rumah akhirnya.

Masuk masuk rumah aku tengok lampu terbukak. Pastu aku perasan ada orang. Tapi aku masuk je la. Bilik aku berkunci dan aku pegang kuncinya.

"Hi"

Aku tegur dia.

"Ya. Hi. You're back. I heard about you from Sue"

Dia tanya aku dan aku mula berkenalan dengan dia. Nama dia Gregg. Pastu aku tengok ada budak kecik.

"Dont worry. She is not staying"

Comel budak tu. Ada la dalam umur 2 tahun. Aku just usik usik macam tu je dan aku terus masuk bilik aku.

Kepenatan. Aku tak de la ambik tau sapa Gregg tu sebenarnya. Aku masuk bilik je. Betul betul kepenatan hari ni. Hari pertama memang banyak dan jauh aku berjalan. Kalau nak ikut map ni hah.


Aku terlelap terus atas katil tak sedar diri. Aku sedar sedar pukul 3 pagi. Aku bangun dan keluar hisap rokok. Cuaca sejuk gila babas.

Lepas abis rokok aku masuk dan pengsan sekali lagi sampai pagi. 

bersambung..........

21 comments :

  1. fuhhhhhhhhhhh satu page bace :) but menarikssss aaa.......

    nih AA buat promosi cik du dok try ke???? bosan duk dalam waiitng room sajork..........

    tak sabo nk bace next entri :)

    ReplyDelete
  2. amik oksigen sblm kul 12 mlm nt ..part 2 mesti sama panjang gak kan abg meng kan kan kan kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. x la kureng skit kot... kurang 2 baris.. hahhaha

    ReplyDelete
  4. buat 2 ayat je lah cikdu....... awal sikit meg tido wakakakakkaa :)

    ReplyDelete
  5. kesian pulak bc kisah bro ni. mmg takde buat research langsung ke? actually, kedai yg paling murah utk beli souvenirs kat city center adalah kedai yg bro pegi last skali tu. sy pn pegi situ gak. hahah byk gakla borong.

    kalo x silap, sepanjang jalan kedai souvenirs tu ade kedai kebab halal. sy makan kat situ je. mahal x mahal dalam aud10 gak la. tp portion besar. so far, sy pn menapak gak 200 steps tu. kalo ade sewa kete senang je drive sampai atas. hahah.

    tp kat perth, city center dia nothing much to see. kene pegi outskirt dia baru awesome! hahah

    ok nk smbung baca ;)

    ReplyDelete
  6. xde hal la danny...

    tu kan namanya menimba pengalaman.

    ReplyDelete
  7. Menarik. Nak tumpang tanya. Kalau saya pergi satu family, anak2 saya umur 15, 12, 10, 6, dan 4 tahun campur saya semua 7 org boleh ke menginap di B & B? kena brp bilik? satu bilik brp boleh masuk? And then penginapan memang kena on-line semua ke, atau boleh walk in? Klu boleh walk in senang pilih. Booking on-line kena bayar ke? TQ

    ReplyDelete
  8. alamak.. banyak nya soalan. tak reti nak jawab.

    rasanya Sue punya B&B ni dia x ambik family kot sebab bilik dia based on single occupancy. tapi tak tau ler kot. lagipun no dia dah tak de.. bayar tangan je hari tu, ni pun b&b lain yang campak ke sini..

    sorry bro.. cuba reccee kat blogger lain yang pernah pegi dgn family, maybe ada cara lain.

    ReplyDelete
  9. tapi ada juga barang yang jual kat kedai souvenir yang last tu lagi mahal dari e shed. kira nasib la... tapi city center dia mmg tak banyak sangat attraction kan.. tapi cukup la dapat jenjalan...

    ReplyDelete
  10. Bole tolong beri sy website or contact details untuk Sue Bnb tu?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. tak de lah. sebab tu pun recommended by hostel lain. dah ilang infonya sebab dah lama bebeno..

      cuba cari kat arb kot ade

      Delete
    2. Arb tu stands for ape?sorry la banyak tanye..saya noob sangat

      Delete
    3. silap.. heheh jari obese.

      AirBnB

      https://www.airbnb.com/

      Delete
  11. heheheh..it has been a great help...makaceh...

    ReplyDelete
  12. Why lah pasu..kenapa x keris ke Malaysia pamerkan. Menarik dan unik sikit org nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ni bukan calang calang pasu... ni pasu artifak sejarah... karun punya harta

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...