Saturday, November 26, 2011

Cuti Cuti GBS : Lakaran Laut China Selatan - Part 1

Plan GBS kali ni datang tiba tiba.

Aku pun tak tahu macamana boleh datang idea gila macam tu. Ada satu hari tu, aku check website chalet yang aku suka pegi bila bila aku ke sana. Tempat itu dah beberapa kali aku kunjungi.

Masa aku ditimpa masalah besar dalam hidup. Masa aku perlukan kedamaian. Aku pasti jumpa ketenangan di sana.

Dan tempat itu sudah menjadi tempat wajib aku pergi tiap kali aku ingin memencilkan diri.

Aku text bebudak GBS.

'Aku dah book chalet. Pack ur beg !'

Susah nak dapat chalet tu sebab selalu fully booked. Kalau ada pun kena waiting list manjang. Hari tu bila aku check, kosong pulak, terus aku book.

Tapi pelawaan aku mendapat jawapan dingin dari bebudak GBS. Ya lah. Masing masing pun tak de idea, aku lak tetiba book tiba tiba.

MH kata tengok dulu.
BW. Sentiasa bersedia. Bab jalan jalan ni dia tak pernah tolak.
CP kata tengok keadaan. Orang yang busy macam dia selalu tak menang tangan.
IH kata dia tak boleh pegi sebab ada urusan rasmi !

How? Aku dah book chalet ni.

Pastu aku redha. Lantak la. Tak de rezeki sampai lah hari rabu hari tu aku borak borak dengan MH.

Dia masih lesu memikirkan kisah duka perit dalam kehidupan dia.

"Kita pegi bercuti je lah. Tenangkan fikiran"
"OK jugak. Aku pun rasa nak bercuti"
"Set. Confirm nih?"
"Nanti aku bagitau, kena apply cuti. Ada meeting jumaat tu"

Dan aku Jumaat memang selalu free. Kalau ada pun, aku anjak mana yang patut. Keinginan nak pegi bercuti kali ni membuak buak !

Sampai lah tarikh yang di janjikan, MH dan BW buat keputusan. IH tak dapat turut serta. CP minta maaf kali ni tak dapat cuti sama sama.

Fine. Keputusan dah di buat. Aku, MH dan BW. Bertiga saja. Tapi OK lah sebab MH perlukan ketenangan. Hari tu aku macam tertonggeng kejap tapi cepat recover. Elok jugak. Perlu cari ketenangan untuk diri sendiri juga.

Hari yang di janjikan. Masing masing masih busy dengan urusan masing masing.

"Kita nak bertolak pukul berapa ni?"

MH tanya aku. Dia call.

"Aku belum packing lagi"
"Tak pe. Take your time. Lewat pun tak pe"

Itu lah MH. Mudah berurusan dengan dia. Bebudak GBS lain pun senang sebab yang selalu buat pasalnya adalah aku !

Aku masih banyak benda perlu di selesaikan. Balik rumah belum packing lagi. BW dah rengsa menunggu. MH kat rumah bersiap sedia tunggu queue.

Aku? Belum siap apa apa.

"Kalau dah ready, bagi tau. Aku ke sana"

Itu arahan MH.

Sepatutnya plan bergerak jam 11 malam. Tapi dah mencecah pukul 12 malam. Aku masih melangut di rumah.

"Datang je lah sekarang. Aku packing now"

Dah datang mood ! Aku bangun dan siap siap cari beg, sumbat baju dan apa yang patut. Tak perlu lama lama. Bukan nak bawak satu almari. Mana kelengkapan mandi dan beriadah, itu yang aku capai dulu.

Tak sampai 5 minit aku rasa aku dah siap ! Cuma menunggu MH sampai.

Tiba tiba bunyi telefon.

"Hey. MH kat bawah dah tu. Dia telefon U tak dapat !"

BW membebel. Ya. Iphone aku kadang kadang tongong !

Aku cepat cepat turun. MH dah setia menanti.

"Tak dapat call aku ke?"
"Tak"
"Hmm telefon ni bodoh !"

Lebih senang mencari alasan. Hujan baru saja reda. Cuaca sejuk sejuk beku mengiringi perjalan kami berdua nak ambik BW.

"Spek mata bawak tak?"

Aku tanya MH.

"Mesti lah. Nanti cemana nak pose pose"
"Argh ! MH ! Aku lupa kamera !!!!!!!!!!!!"

Tetiba teringat. Kamera dah siap siap pinjam. Tapi terlupa pulak.

"OK Tak pe. Patah balik"

MH dengan gigih berpatah balik. Aku naik semula dan ambik kamera. Pastu turun. Sampai bawah lupa lagi nak bawak UNO. Penting tu untuk aktiviti riadah GBS !

Naik balik semula.

Hah. Gila. Ni lah kalau last minute packing. Semua lupa.

Masuk kereta dan terus bergerak ke rumah BW. Dia dah siap siap menunggu.

MH park kereta dia, dan tukar kereta BW. Kereta dia memang kereta rasmi perjalanan GBS. Semua dah siap siap, bermula perjalanan kami bertiga menuju destinasi kali ini.

Pulau Tioman !

Kami memulakan perjalanan secara rasmi pukul 2 pagi. Jalan sudah mula lengang.

Menyusuri highway PLUS sebelum sampai tol Sungai Besi.

Dan sampai Pagoh tepat waktu orang azan. Kami singgah sebentar. BW masih dalam pose tidur baring. MH pun mengantuk. Aku pun tiba tiba rasa mengantuk gila.

Bertiga kami tidur dalam kereta subuh subuh hari, tersedar dah pukul 7 pagi !

Alamak !

Tak boleh jadi. Kena gerak pantas.

Masa tu mood aku rasa OK sikit. MH pun dah segar. Masing masing dah kembali ceria. Kami bergerak terus sampai exit Air Hitam dan keluar terus ke Kluang.

"Kita breakfast dengan Kluang Station nak?"
"OK je"

Dia orang OK je.

So kami pun singgah kat station keretapi Kluang untuk breakfast. Jumpa warung dia tu tapi orang agak ramai. Nasib ada seat.












Lepak makan dulu. Pekena Bun dia yang inzal tu. BW dengan MH siap tapaw lagik. Makan hingga kenyang sebelum kami tinggalkan pekan Kluang menuju terus ke Mersing.



Perjalanan dan sedikit tenang. Akhirnya kami selamat sampai di Pekan Mersing jam 10 pagi. Terus ke jetty. Beli tiket. Tapi bot penuh pulak. Lepak lepak dan berehat. Bot seterusnya yang ada pukul 2 petang. Kami tiada pilihan kecuali menunggu.

Tak sabar sabar rasanya.

Pulau Tioman seolah olah memanggil kami dari jauh.

Mood percutian mula meresap. Dan perasan mula teruja !

Yale. Yale. Yale.....

Bersambung.......

2 comments :

  1. hye, bole tau name chalet yg u stay?nk jugak rase nasigoreng yg sgt inzal tu..hahahah.. tq!

    ReplyDelete
  2. stay Bamboo Hills.

    Nasik goreng tu dekat ABC Chalet

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...