Friday, November 11, 2011

Penantian 11.11.11

Aku nak story satu benda ni. Korang semua ada pakai external hard disk kan? 

Aku ni kemaruk nak beli external HD dua tiga hari ni sebab aku takut laptop aku crash ! Sekarang kan ada bunyi gedik gedik dekat HD lappy aku tu macam ada benda yang tak kena. Naya aku kalau apa apa jadi kang tak back up terus kaput.

Sapa yang menangis?

Aku lah.

Dah dalam ni banyak benda yang aku simpan dan aku tak pernah back up kat system office. Patutnya aku sumbat semua dalam database office tapi aku tak rajin. So aku kena la back up sekarang ni. So misi nak memback up terpaksa di lakukan dan aku terpaksa la cari external HD yang mampan, kuat, jitu dan berdaya saing.

So aku usha beberapa external hard disk hari tu kat mall dekat dengan branch tempat aku bekerja.

Bercerita pasal sejarah aku dengan external hard disk drive, aku sebenarnya sebelum ni tak pernah beli pun. Awal awal dulu aku ada satu external HD, tu pun BW yang bagi. Jenama cap ayam. Ingat lagi masa tu kapasiti dia 150GB. Kira macam gempak dah tu. Abis besar la.

So aku sumbat mostly keje keje aku dalam tu dan jugak koleksi lagu lagu. Aku ni bukan la penggemar untuk menyimpan movie ke apa so aku tak rasa ada keperluan di situ. 

Tup tup hard disk cap ayam aku crash !

Ntah apa jadi, data dalam tu semua hilang. Plus kalau aku simpan lagu pun semua sangkut sangkut, bila run semula lagu lagu tu tersangkut dan tak smooth. So aku rasa hard disk tu memang korox !

Then aku dapat satu lagi external hard disk, yang ni jenama Maxtor !

Haaaaaaaaaa. Yang ni rupa dia ada lawa sikit.



Dan di sini la aku menyimpan segala kerja kerja aku seadanya.

Tapi masalah dia, kapasiti pun tak besar. Tak sampai 200GB pun.

So, ada keperluan terbaru dan aku rasa sudah sampai masanya aku kena ada external hard disk terbaru. Kat site aku ada satu yang tak guna dalam 1 TB. Tapi tu kerja punya, takkan aku nak guna untuk personal. Jadi... aku pun usha la beli yang baru.

Aku pegi kat kedai IT hari tu dan usha.

Tapi kat situ tak banyak kedai yang menjual. Yang ada pun agak terbatas. Aku pegi kedai pertama, kedai tu ada jual beberapa jenis. Tapi agak mahal.

Ada yang 500GB jenis Acer di jual dengan harga RM345 !

Dan yang 1 TB di jual dengan harga RM499.

Bapak la mahal.

So aku fikir dua tiga kali dan pegi usha kedai lain, dan aku ternampak kat satu kedai ni. Tapi masalahnya kedai ni tak jual external. Dia simpan stock untuk kedai dia je sebab dia kedai game.

Aku pujuk pujuk dan akhirnya aku dapat yang ni.


Harga dia, RM240 untuk 750GB !!!

So how?

Now abang dah berexternal hard disk yang baru. 

Lalalalala. Boleh menyimpan stok lagu, gambar dan sebagainya. So far aku menyukainya. Bukan setakat rupa dia yang lebih anggun, ruang penyimpanan dia lebih besar dan aku boleh simpan banyak porn dalam ni.

So sapa ada porn nak kongsi dengan aku?

* lari................

Hahahaha.

Teringat kisah dulu aku pernah shoot email kat customer aku, panjang email ni gebang tak ingat, tup tup aku tersilap taip, hard disk jadi hard dick.

Maluh.....

Nasib customer aku tu kira geng geng juga, kalau tak mesti dia ingat aku cuba mengharass dia !

Hari ni 11.11.11. Menarik kan? So apa peristiwa yang korang mahu pahat dalam sejarah bersempena dengan tarikh indah ni?

Apa?

Mahu hilang dara???

* koma tepi kaki Ungu.

Lama kita menanti tarikh seperti ni kan? Dan ianya tak datang selalu, mungkin sekali saja dalam seumur hidup kita. Jadi, lakarkan sejarah tersendiri, mungkin tarikh permulaan yang baik untuk sesuatu yang lebih baik.



Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Penantian

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...