Wednesday, October 5, 2011

Daya Mon

Suatu hari di tengahari hari tu, aku melewat lewatkan balik opis dari site, so aku, IG dan Gaban pegi berlibur lara dulu minum minum di Putrajaya.

On the way melilau tu, IG drive. Tetiba Gaban kepoh kepoh kat belakang.

"Woi Woi. Viva tu ada chicks ramai siot. Cun cun tuh !"

Ada kereta Viva tengah pening tak tau nak ke mana. Dalam tu memang ada 5 orang awek cun cun. Mat Salleh ke Minah arab yang seksi seksi lah. Teruja kita orang. Pastu masa kat roundabout ada ke patut dia orang tu pusing ikut arah lawan jam !

Suka suka hati dia orang je.

Kita orang bantai gelak. Pastu tak kisah lah. Jalan je terus sampai kat traffic lite, tetiba Gaban perasan minah minah tu kat sebelah kereta kita orang.

"Eh. Dia suruh turunkan tingkap lah"

Gaban cakap.

Kita orang excited lah. IG turunkan tingkap.

"Where is daya mon building?"

Ada minah arab tu tanya.

"Again?"
"Daya mon building"
"Beb apa dia cakap beb? Doremon?"

Aku gelak gelak dulu. Then aku hulur kepala dan tanya dia semula.

"What building?"
"Daya Mon"
"Government?"
"No.. No....Daya Mon"

Kita orang dah bantai gelak. Siap sembang lagi. Digimon ke doremon ke.

"Diamond?"
"Yea yea.. Daya Mon !"

Hahahahhaahaha. Sudah lah kau ! Tetap nak Daya Mon !

Bantai gelak guling guling dulu...

Daya Mon okeh. Korang taukah di mana bangunan Daya Mon ittew?


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...