Saturday, September 10, 2011

Trivia Raya 4

Trivia 1

Keadaan atuk aku masih tak sihat. Dia dah tak lalu makan. Makan bubur bubur je. Atuk aku tu umur dia sekarang ni ialah 102 tahun?

Korang berani lawan?

Trivia 2

Sedara mara ramai gila. Macam kenduri kendara. Dah tak rasa macam raya. Rasa macam kenduri. Dah kuih raya pun tak cukup. Makcik makcik aku kejap kejap masak. Kejap kejap masak. Belum kira orang datang tengok Atuk aku lagi. Belum kira yang datang beraya lagi.

* koma

Trivia 3

Yang berkumpul hari tu ada lah dekat 100 lebih. Jauh dan dekat. Yang dekat boleh la balik rumah masing masing tidur. Yang jauh sewa homestay. Yang lain, tidur la bergelimpangan rumah sana sikit, rumah sini sikit. Bersepah sepah. Nak melangkah pun payah, macam banyak periuk api je.

Kebaboooo !

Trivia 4

Paling tak tahan adalah bab makan. Sarapan pagi 2 kali masak. Sekali bee hun goreng. Kejap letak. Langsai. Pastu buat nasik dagang. Langsai. Tengahari, buat pulak nasik minyak. Abis. Pastu petang lagi dan nak menunggu malam. Dapur adalah tak de masa berehat.

Trivia 5

Dah ramai macam tu biasalah kan. Family kena donate RM300 untuk beli ayam ikan daging etc. Sepupu sepupu lain pun sama. Pendek kata............ kalau ada lembu sekor. Siap boleh terkorban !

Nanti sambung.

Capapan hari ni bertemakan masjid. Terimalah gambar Masjid Terapung Kuala Ibai dan Masjid Raja, yang baru siap di bina. Sempat lagi aku mencapap nih !

Cantik tak masjid masjid di kampung habang?













No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...