Sunday, August 28, 2011

Misi Mencari Baju Raya.. !!!!

Aku nak bagitau aku telah pergi shopping di Jalan TAR dengan jayanya !

* sila berikan tepukan gemuruh berserta percikan bunga api tanda gembirah.

Aku dah janji dengan OR nak pegi Jalan TAR tu sebab misi mencari baju Melayu abang masih tergendala. Dia more than happy nak teman aku ke sana walaupun aku memula fikir baik je la aku beli baju Melayu kat Parkson ke atau mana mana mall sebab aku rela berbelanja lebih sikit daripada pegi ke Jalan TAR tu dan aku end up pening kepala dan menjadi amok !

Aku dah lama tak jelajah ke sana.

Bukan aku mengada ke apa, tapi aku memang tak larat kalau berada di tempat yang ramai orang. Nanti aku cepat pitam dan darah akan naik keluar dari ubun ubun dan aku bertukar menjadi Incredible Hulk !

* tolak IH masuk dalam kawah rebusan.

So lepas saja berbuka ala ala lalong kelmarin, kami pun keluar rumah.

Masa yang kononnya terbaik untuk merayau sebab kami pasti time tu orang sibuk berbuka puasa di rumah.

Perjalanan dari rumah ke KL ok je lah tak jem.

Tapi makin dekat nak sampai ke KL aku jadi semakin berdebar debar. Dup dap dup dap jantung abang ni. Ya lah. Tak tahu macamana nak jangka. Last aku pegi sana pun aku dah lupa bila, tapi aku ingat lagi dulu dulu memang aku jadi serik untuk membuat kunjungan hormat lagi ke sana.

First first kami ke SOGO !

Ya. Sogo tu bagi aku menarik untuk shopping sebab banyak barang boleh di cari di bawah satu bumbung. Dulu dulu pun aku kalau raya, ke sana je lah sebab aku tau apa aku nak pasti aku boleh jumpa di sana.

Nak parking je dah boleh buat aku hilang semangat. Ya ampun banyaknya kereta.

Tapi nasib kami baik. Sampai sampai je terus ada kereta nak keluar.

Zap..............

Terus parking dan buat buat muka tak bersalah.

Lepas parking terus naik atas dan sampai kat Ground Floor tu tengok orang terus abang separuh lumpuh jadinya. Ramai gila.

Naik atas bahagian lelaki memang boleh berbuih mulut dan nak koma tepi escalator.

Kami tuju tempat yang nak di cari barang je. OR memang tak de apa nak carik, aku je la yang sibuk nak carik baju Melayu, tapi nak pegi Sogo dulu. Dia pun faham. So tak de la aku nak abiskan masa dia nak tengok tudung lah, jubah lah.

Tengok orang punya ramai. Macam macam bentuk orang. Berpusu pusu. Kat kaunter cashier tak payah kira lah. Dan baju dah macam jual kat pasar lambak je. Asal orang letak stok baru, maka manusia berkerumun laksana lalat menghurung tahik.

Ayoo... Terus nak berjalan pun dah macam bergesel gesel peha dengan orang lain.

Tup tup tengok baju Melayu memang tak de yang menarik. Tapi aku memang nak carik something. Baju bajan ni aku tak heran sangat sebab aku rasa baju aku banyak. Aku cuma nak beli seluar je.

End up, aku beli jeans kat Levi's je 2 helai. Selesai !

Lega. Sebab kat Levi's tu tak ramai orang. Then nak bayar pun tak perlu beratur dah.

Cuma sebab dia nak potong sikit seluar yang aku beli tu, maka kami terpaksa tunggu untuk setengah jam.

Sementara menunggu tu, merayau kejap then OR sambar jugak beli jeans untuk dia sehelai. Tapi dia tak payah nak potong lah. Dan berjalan lagi sampai ke atas kat bahagian letrik sebelum turun semula dan aku ada kekuatan untuk bersesak sesak dengan orang lain dan beli T shirt 2 helai untuk ayah aku.

Tu je lah.

Argh. Serious orang macam ramai gila babun !

Akhirnya Sogo tu macam dah nak tutup dah baru lah kami keluar.

Berjalan kaki dari Sogo nak sampai ke Jalan TAR adalah lebih bercinta.

"Pengsan lah tengok orang macam ni Yang"

Aku bagitau OR. Dia relaks je lah. Sambil jalan tu aku dok hisap rokok lah. Tengok orang ramai gila. Dengan bingit je bunyi orang berniaga jualan raya. Pastu lagu raya berkumandang memang betul betul buat hari raya ni tampak meriah.

Kami siap berhenti dulu tepi jalan dan tengok orang !

Nak makan di restoran Insaf la konon, tapi misi gagal sebab dah nak tutup.

Kami jalan lagi potong sampai betul betul lorong nak masuk Jalan TAR tu dan redah dengan penuh semangat waja. Sebab kami skip dan masuk ikut jalan lain, jadi tak de la lalu depan Wisma Yakin semua tu. Masuk masuk je terus keluar depan Masjid India tu.

Dan mula la kami riki riki cari baju.

Carik baju tak de la lama pun. Aku just cakap aku nak kaler apa, then OR tolong carikkan. Aku pening tengok baju banyak sangat. Last sekali sampai kedai tu, tanya budak kedai tu then dia tunjuk itu ini, aku cepat cepat je bersetuju.

So.. Misi mencari baju Melayu adalah berjayah !!!

Tapi OR buat lawak. Masa nak pilih pilih baju tu, dia cakap kat aku.

"Yang. Beli la baju yang leher Teluk Belanga tu, cari yang jahitan Telur Tembelang kat leher ni"

Aku terdiam sekejap. Cuba nak associate apa benda Telur Tembelang tu.

"Telur Tembelang?"

Aku tanya dia.

"Eh.. Bukan. Tulang belut !"

Berderai aku gelak. Apa kes ntah, beli baju Melayu nak kena cari jahitan Telur Tembelang !


Beli baju Melayu siap dengan sampin. Tahun ni aku beli kaler cokelat orange orange sikit. OR kata ada matching jugak la dengan baju raya dia tahun ni. Aku siap suruh adik kedai tu cabut sampin kat patung sebab dia kata sampin kan design dia tak sama. Koma tengok patung kena bogel.

Selesai. Beli baju dan sampin semua terus settle. Harga baju Melayu dan Sampin adalah RM400 !

* meraung depan Din Wahab !

Pastu aku rasa stressed ! Aku fikir aku banyak sampin di rumah dan ayah aku pun banyak sampin, boleh je kalau aku tak beli dan match match saja. Tapi tak pe lah, aku dah lama tak beli baju Melayu pun.

Lepas tu baru la balik semula ke Sogo sebab kereta nak parking kat sana.

Masa ni la memang jalan tu jadi haru. Nak redah lepas balik ke Sogo semula macam macam la sepanjang jalan tu. Ada orang jual baju, jual mercun, jual makanan, jual kuih, jual belon, jual jam, jual air, jual keropok.

Macam macam benda boleh di jumpa.

Orang ramai nya.

Dengan kereta sibuk nak masuk jalan yang dah sempit tu.

Hah....... semput.

Dan berkat daya saing abang yang waja ni, akhirnya kami berjaya sampai ke Sogo semula.

Ya ! Berikan tepukan penuh padu sekali lagi kerana tahun ni aku berjaya meredah Jalan TAR buat kali yang tak tahu bila dah.

"Tahun ni I tak nak datang sini dah ! Biar lah. Nasib raya setahun sekali, tapi tahun depan rasa tak tentu lagi nak datang sini ke tak, beli kat mall je sudah"

OR OK je dengar aku yang komplain lebih lebih. Dia teman aku pun dia rasa seronok. Aku tanya gak kot dia nak usha jubah ke apa, dia tak mahu. So kami balik je lah.

Kami sampai Sogo, ambik kereta. Nak keluar parking Sogo pun rasa bercinta.

Tapi akhirnya............ yezza. Kami keluar dan berjaya mengharungi semua ini dengan berlapang dada.

Yey !

Apa yang pastinya, raya tahun ni abang pasti akan tampak lebih gemilang !!!

3 comments :

  1. kena semangat yg tinggi tahap maximum kalo gi jalan tar time2 mcm nih .....

    meg hampir pengsan hari tuh dr pg sampai ptg mengukur jalan di jalan tar sampai medan mara>..... tp suasana meriah gilers...tuh bru 2 weeks pose.......

    OR ikut sekali ray alaaa?? kirim salam dia..

    selamat hari lebaran minal aidil walfaizin.........

    ReplyDelete
  2. slamat hr ry..shopping sakan ye..thn ni ku xde baju raye,bz jahit baju org..sedey

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...