Sunday, November 7, 2010

Kapal Terbang

Dulu aku kecik kecik benda yang aku paling excited adalah kapal terbang.

Rumah aku tepi pantai. Jadi kalau aku lepak ke mana mana, selalu nampak kapal terbang lalu. Dan aku memang excited tiap kali nampak tu.

Masa kecik kecik excitement tu aku lepaskan dengan menjerit.

"Kapal terbang !!!!!!!!!!!! Kapal terbang !!!!!!!!!!!"

Pastu lambai lambai. As dia orang dengar or nampak aku yang macam semut ni.

Tapi tu namanya kepuasan.

Dan masa kecik aku ada toy toy yang berupa kapal terbang dan menjadi antara mainan yang aku paling sayang.


Sejak itu, angan angan aku pasang. Satu hari aku nak naik kapal terbang ! Aku nak rasa macamana thrillnya terbang di angkasa. Dapat tengok semua benda dari mata burung. Dapat buka seluasnya minda dan jiwa dan dapat tengok sesuatu dari sudut yang berbeza.

Dan peluang tu hanya aku dapat masa umur aku 18 tahun.

Excited terbang buat kali pertama. Aku tetap ingat thrill dia. Aku terbang pukul 12.30 tengahari dari Subang Airport ke Los Angeles !

Itu penerbangan pertama. Itu penerbangan paling lama !

Dan sejak itu, aku terbang berkali kali, tapi sebenarnya sampai sekarang, aku sendiri tak puas lagi naik kapal terbang. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin thrill kot.

Penerbangan pertama aku - Subang Airport - Narita - Los Angeles - Chicago - STL. Semua tu 26 jam !

Dan itu juga penerbangan paling lama !

Kena tinggal dengan kapal terbang pun pernah masa nak pegi JB. Hiks

Penerbangan paling pendek? Penang ke KL. Tak sampai 45 minit. Landing awal.

Penerbangan paling menakutkan. Dari KL ke Jakarta. Ada turbulence buat aku rasa jantung aku berkali kali runtuh !

Penerbangan paling cantik permandangannya. Dari Dubai ke KL. Lalu atas India waktu malam dan aku nampak lampu berkelipan dari atas macam pesta ! Dan aku rasa itu la penerbangan paling best dalam hidup aku. Paling smooth.

Penerbangan paling aku tak rasa apa apa. Dari Brisbane ke KL. Aku masuk flight terus tidur selama 9 jam. Sedar sedar dah sampai. Aku letih sangat time tu.

Penerbangan paling selesa. Semestinya naik Business Class dari KL ke London.

Dan Penerbangan paling cool?

Dapat naik ride kat fun fair masa kecik kecik dulu yang berpusing pusing tu. Masa tu, rasa cool gila dan nak jerit pada sesisi dunia.

Walaupun tak sampai beberapa meter pun tingginya.

Tapi itu la kenangan paling terindah naik kapal terbang !

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...