Monday, November 15, 2010

Jom Tengok Wayang : RED

Kami bersiar siar keliling kota tak tahu nak ke mana. Akhirnya aku bersuara.

"Tengok wayang nak?"
"Cerita apa?"
"Hmmm"

Berkat teknologi di tangan, aku browse thru. Aku memang nak tengok cerita RED tu.

So memastikan cinema yang masih menayangkan cerita tu, akhirnya aku dapat temui jua lewat malam hari, kami ke Berjaya Time Square dan menonton di sana !



Dilakonkan oleh hero hero tua. Sesuai dengan tajuk cerita nya RED : Retired, Extremely Dangerous !

Antara pelakonnya adalah Bruce Willis. Morgan Freeman. John Malkovich dan ramai lagi.

Aku tengok pun tanpa sebarang expecatation.

Mula mula aku ingat cerita kelakar. Sebab Bruce Willis kat rumah dan dia blur blur dan masih mencari cinta. Sehingga lah 10 minit lepas tu, ada serangan ke rumah beliau dan ada cubaan untuk membunuh Abang Bruce Willis nih !

Maka dengan itu, plot bertukar arah dan rentak movie menjadi sangat beraksi.

Dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain. Action pack bermula dan terus berlarutan hingga ke hujung movie. Al kisah. Geng komplot untuk membunuh para bekas CIA yang pernah terlibat dalam satu konspirasi di Guatemala satu ketika dulu. Jadi mereka mereka ini mahu di bunuh oleh Timbalan Presiden dan kuncu kuncu nya satu persatu.

Jadi ! Bruce Willis telah pun meminta bantuan geng geng dia yang lain yang dah tua tua bangka ni semua dan mereka pun sepakat untuk mempertahankan keselamatan mereka dari ancaman bunuh tersebut.

Dan begitu lah sampai habis cerita dia, final story dia aku save la then sapa yang berminat boleh menonton sendiri di pawagam berdekatan anda !

Kalau tak pun, tunggu je DVD sebab cerita ni rasanya nak abis dah kat wayang.

Aku kasik 9/10 !

Must See !

* tengok semua berbondong bondong pegi tengok wayang.

Motip tengok cerita Tamil?

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...